Mahalnya wang hantaran!

sally

freshman
Joined
Aug 26, 2009
Messages
2,772
Points
36



RAMAI pasangan gagal meneruskan perkahwinan hingga bercerai-berai kerana menghadapi tekanan emosi. Antaranya, akibat masalah tidak cukup wang belanja selepas hidup berpasangan atau setelah mempunyai cahaya mata.

Perunding motivasi dan kaunseling, Hushim Salleh berkata, kes sedemikian banyak berlaku kepada pasangan yang membuat ******** peribadi dengan bank atau institusi kewangan. Bahkan ada yang berhutang dengan pemberi pinjam tanpa lesen (ah long) bagi menyediakan wang hantaran dan kos kenduri.

“Ramai datang ke klinik kaunseling saya mengadu tertekan sebab terpaksa membayar hutang ketika melangsungkan majlis perkahwinan. Sedangkan perbelanjaan harian berubah bila dah hidup berdua dan beranak-pinak.

“Peringkat awal semua nampak manis. Cinta masih baru. Tak nampak kesan. Lepas berbulan atau setahun dua, pasangan itu akan rasa kesannya. Gaji tidak seberapa tapi hutang yang beribu kena bayar setiap bulan. Bayangkan kalau individu baru tamat universiti berkahwin secara berhutang,” ujar beliau.

Hushim menambah, sedia maklum pasangan baru tamat pengajian jika makan gaji tidak akan terus menerus menerima gaji lumayan. Selepas berkahwin banyak belanja hendak guna seperti duit sewa rumah, bil air dan elektrik, peralatan serta makan minum. Perbelanjaan makin bertambah setelah pasangan mendapat anak.

“Tapi gaji suami atau isteri dipotong setiap bulan sebab nak bayar hutang. Mungkin juga tolak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau sesetengah tu tolak hutang belajar.

"Secara psikologi bila tak cukup duit, biasanya pasangan saling mempertikai dan mengaitkannya dengan hutang wang hantaran dan belanja kahwin dulu,” jelas Hushim.

Tambahnya, akibat pertengkaran tidak berkesudahan, emosi pasangan terganggu serta tertekan. Mereka mula memikirkan semula diri pasangan hingga ada beranggapan tidak mengenali pasangan yang sudah dinikahi. Dalam erti kata lain ungkit mengungkit.

“Bila bertengkar, macam-macam perkataan disebut. Terkeluar sifat sebenar pasangan. Bergaduh setiap masa. Ketika inilah mereka terlupa soal cinta. Dah tak kenal cinta. Cinta jadi retorik semata-mata. Daripada cinta terbalik jadi benci.

“Masalah akan lebih teruk dan tidak berkesudahan kalau ada yang masuk campur keluarga kedua-dua pihak. Tapi tidak mampu menyelesaikan konflik. Kepada pasangan yang gagal mencapai persefahaman kebiasaannya mengambil keputusan bercerai.

“Ada kes seorang pensyarah buat kenduri kahwin besar-besaran. Tapi bercerai selepas 15 hari. Bila lalui kaunseling, puncanya sebab bertengkar dan ungkit mengungkit wang hantaran serta belanja kenduri.

“Waktu bersanding hanya ingat yang indah-indah. Tapi lepas selesai majlis, baru sedar terlalu banyak guna duit. Lalu saling menyalahkan sesama sendiri dan mula fikir tak sefahaman. Akhirnya bercerai,” akhiri beliau.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/mahalnya-wang-hantaran-1.116731
 

Dloanman

freshman
Joined
Dec 25, 2012
Messages
28
Points
1
klu ikut Nabi, kahwin yg berkat tu belanjanya rendah & maskawinnya murah je x membebankan

tapi sbb manusia nak nunjuk2 hebat, maka terimalah akibatnya... baru kahwin, dah cerai...

kite kawin smua org ucap tahniah & kasi duit...

bile cerai, ade org tak orang ucap 'tahniah, slmt bercerai, nah amik 10sen'.. ade? xde... nyampah lagi ader
 

Dloanman

freshman
Joined
Dec 25, 2012
Messages
28
Points
1
haha kenduri kawin ni jamu roti canai & apam balik & kopok lekor dah cukup dah...

kalau tamu komplen buat donno je...

sorang shbt saya, pensyarah di UITM & terkenal jugak sbb buat prgm motivasi sana sini, tapi dia buat nikah & kenduri kawin anak sulungnya di surau je xyah pasang2 khemah, jamu je tamu di ruang makan surau & makan je ape yg ader....upah geng surau je uruskan semua...

jimat & berkat
 
Joined
Jan 1, 2013
Messages
8
Points
0
Kadang2 pihak perempuan taruk wang hantaran tinggi2 bukan apa
nak tengok sejauh mana lelaki tuh betul2 na kahwin dengan anak dia
tapi kebanyakkan nak kahwin grand2 mengalahkan artis . hik hik
 

Jmay

freshman
Joined
Jun 30, 2007
Messages
25
Points
1
Age
31
saya rasa wang hantaran mahal bukan lah segala-galanya sebab gaya hidup kita jugak banyak memainkan peranan. Ramai orang start saving sebab nak kahwin tapi berapa ramai yang start saving untuk survive lepas kahiwn? sebagai lelaki kita perlu kukuhkan ekonomi diri sendiri dulu..macam mana nak ukur ekonomi dah kukuh ke belum? bukan dengan berapa gaji yang kita dapat setiap bulan2..tapi berapa gaji bersih yang kita dapat setiap bulan..jika kita tengok gaji bersih setiap bulan untuk diri sendiri pun tak cukup cuba pikir balik mampukah kita untuk sara keluarga selepas berkahwin nanti? maka kena buat sesuatu contohnya start buat bisnes atau pun kurangkan bebanan hutang...just sharing apa yang saya rasa mungkin betul :)
 

agogo

freshman
Joined
Oct 19, 2012
Messages
39
Points
8
nasib la kalau dapat mertua yg cekik darah :p
 

suhyeme

freshman
Joined
Sep 6, 2010
Messages
14
Points
0
Sebenarnya pengurusan kewangan antara punca yang perlu diberi perhatian selain soal agama. Ini yang selalu dipandang ringan bakal pengantin.
 
Top