macamana nak patenkan idea atau produk

uzairubiah

Newbie
Joined
Sep 21, 2006
Messages
551
Points
16
Age
37
assalammualaikum..

lama dah x datang forum.nak tanya sikit macamana nak patenkan idea atau produk..ad sesiapa yang tau tak?
 

percuma

Newbie
Joined
Sep 12, 2006
Messages
801
Points
16
produk mungkin ada cara nak patenkan..tapi kalau 'idea' nak paten tu mana boley...kita kena buat dulu baru boleh paten... idea tu benda yang tak nampak secara fizikal..camner nak paten? cakap pasal benda tak nampak ni... bunyi motor harley davidson telah dipatenkan...yang pertama di dunia tu...
idea aku tak pernah dengar lagi orang patenkan.. :)
 

matkay

freshman
Joined
Nov 23, 2006
Messages
41
Points
6
kalau idea susah sikit nak patent dia mesti ada testimonial dan yg penting sekali product. Tapi apa yg paling senang nak buat kalau nak patent idea adalah copyright. Copyright cara paling senang ialah, compile semula idea tu,, printout or burn dalam CD then hantar ke alamat sendiri. jgn lupa setem,, yg penting cop post office..dan jgn lupa cover letter yg menyatakan tarikh berkuatkuasa idea kita tu.. tu cara yg paling mudah sebab kalau dalam mahkamah, kita ada bukti.

biasanya cara tu paling selamat,, setahu saya kalau nak patent 'malaysia patent' ambik masa 2 thn kot, kalau 'US patent' pun sama,,tapi bayar certain amount lah,,,
 

abg_x

freshman
Joined
Dec 14, 2006
Messages
2,030
Points
38
Sebenarnya, idea pun boleh di'patent'kan walaupun kita tak mengeluarkan produk tu. Patent nampak jer senang tapi makan masa nak approve, kurang- kurang 5 tahun. Duit processing fee pun beribu-ribu juga. Kalau di dalam industri, orang selalu hantar idea untuk patent di http://www.uspto.gov/ dan kalau dalam Malaysia, boleh visit web ini.. http://www.mipc.gov.my/
Bolehlah tengok patent yang sudah tersedia ada dan boleh find out cara- cara menulis literature patent.
 

rurouni_khairul

freshman
Joined
Sep 22, 2006
Messages
333
Points
16
Age
39
Berikut adalah idea-idea yang tertakluk dibawah definisi 'rekacipta' tetapi tidak boleh dipatenkan, menurut s. 13 Akta Paten 1983:

(a). Penemuan, teori saintifik dan kaedah matematik;
(b). Kepelbagaian tumbuhan dan haiwan atau semestinya proses biologi untuk menghasilkan tumbuhan atau haiwan, selain daripada mikro-organisme hidup buatan manusia, proses-proses mikro-biologi dan produk-produk daripada proses-proses mikro-organisme tersebut;
(c). Skim-skim, peraturan atau kaedah-kaedah untuk menjalankan perniagaan, menjalankan kegiatan mental semata-mata atau bermain permainan; dan
(d). kaedah-kaedah untuk tujuan perubatan tubuh manusia atau haiwan dengan cara surgeri atau terapi, dan kaedah-kaedah diagnosis yang dipraktiskan ke atas tubuh manusia atau haiwan.

Tapi selain paten, ade satu lagi perlindungan yang boleh mintak iaitu 'utility innovation' tapi jangka masa dia pendek siket la compare dengan paten.
 
Top