Macam mana nak buat duit dari internet

Joined
Feb 7, 2007
Messages
5,330
Likes
0
Points
38
Offline
#1
Rasa-rasanya bagi otai-otai IM (Internet Marketer) mesti muak dan bosan dengan soalan di atas tu. Itu lah soalan yang sering ditanya oleh newbie sampaikan kadang-kadang mereka ni dicop “PEMALAS”. Kalau mereka (otai) jawab soalan tu pun mesti sebab mereka ada masa yang terluang dan jawapan yang paling ringkas mungkin adalah “bro try search kat google”. Kalau newbie tu jenis orang yang positive, mereka akan terima jawapan yang diberi oleh otai tu tapi kalau sebaliknya mulalah kata macam-macam.. sebagai contoh kedukutlah,tamaklah,sombonglah dan banyak lagilah….

Sebenarnya otai tu tak sombong atau kedekut tapi soalan tu terlalu luas dan menunjukkan orang tu tak berusaha langsung untuk cari maklumat sendiri. Cara nak buat duit dari internet ni sebenarnya banyak sampaikan kalau anda tahu semua tu mesti anda nak buat semuanya sehinggakan ada yang “overload infomation”. Semua benda dah buat tapi “apa pun tarak” kecuali penat dan masa terbuang. Sebenarnya aku pun dah alami “overload inforamation” ni sebab tu lah sampai sekarang ni aku tak dapat income ribu-ribu lagi. Aku dapat maklumat cara buat duit A aku buat…. aku dapat maklumat cara buat duit B aku buat…. last-last yang A tebelangkalai dan yang B tak dapat apa. jadi jangan jadi macam saya yang dulu. Jadilah macam saya yang sekarang. Fokus pada satu cara jak. Jadi reseller untuk produk orang lain

Kalau macam tu macam mana nak hindari masalah “overload information” ni ? Caranya mudah jak. Anda kenali diri anda dulu. Lepas tu baru cari peluang yang ada untuk diri anda. Anda boleh buat analisa tentang diri anda dari segi minat,kemahiran,kekuatan,peluang dan tidak lupa juga kelemahan diri. Jika anda dah lakukan ini semua barulah anda boleh fokus dengan kelebihan diri anda tu. Sebagai contoh

Anda sorang yang kreatif dan pakar dalam design dengan menggunakan Adobe Photoshop dan seumpanya. Jadi peluang buat duit anda adalah dalam bidang service (design).
Untuk lebih mudah anda boleh buat analisis seperti kriteria dibawah ni

* Kelebihan dalam diri anda
* Peluang yang ada
* Halangan yang dihadapi
* Kekurangan diri anda
* Buat penyelesaian untuk menghilangkan kekurangan dan halangan tu.

Dengan analisis ini anda dapat kenal pasti kelebihan dan yang ada dalam diri anda. Selain itu anda juga dapat mengenalpasti peluang-peluang yang ada serta halangan-halangan yang anda hadapi. Contoh macam nak buat service design tadi.

Anda ada kelebihan dalam menggunakan adobe photoshop dan anda juga seorang yang kreatif (kelebihan). Dengan kelebihan ini anda boleh membuat service design di internet sebab ramai IM diluar sana yang tidak pandai dalam bidang design(peluang) tetapi anda tiada talian internet dirumah(halangan). Selain itu anda juga tidak mahir dalam bab-bab promosi dan pemasaran menerusi internet(kelemahan).

Setelah anda membuat analisa diatas. Tugas anda seterusnya adalah cuba menghapuskan kelemahan dan halangan yang anda alami. Bagi kelemahan untuk mempromosi servis anda, anda boleh memberikan servis percuma kepada beberapa orang didalam forum Wangcyber. Dengan servis percuma ini anda dapat memperkenalkan diri anda kedalam dunia IM dan secara tidak langsung anda boleh menunjukkan kelebihan anda itu kepada ahli forum yang lain. Anda boleh pergi ke cyber cafe untuk online jika tiada talian internet di rumah.
Jadi tugas anda sekarang adalah kenali diri anda dengan menbuat analisa yang saya cadangkan. Oh ya, di kesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada anda semua.


Artikel ni saya copy paste dari blog saya....
www.kasimo69.com
 
Joined
May 20, 2008
Messages
3,186
Likes
3
Points
38
Offline
#2
Patut la macam pernah baca artikel nie...

Apapun...
hormat menghormati penting dalam biz itnet nie...
 
Joined
Feb 7, 2007
Messages
5,330
Likes
0
Points
38
Offline
#3
memandangkan blog aku tu tak popular jadi aku paste jak kat sini.... nak kongsi dengan ahli WC
 
Joined
Dec 13, 2009
Messages
248
Likes
2
Points
18
Offline
#8
Assalamualaikum.......

Saya merupakan orang baru dalam bisnes internet. Saya mengambil masa hampir 2 tahun untuk melakukan apa yang kebanyakan orang dalam bisnes online lakukan untuk buat duit. Hari ini saya sangat percaya intenet memang boleh buat duit. Buktinya saya baru melancarkan produk saya sendiri iaitu www.rahsiasisteminfoproduk.com.
Tak sampai seminggu dalam bisnes internet ini saya telah berjaya mendapat RM300. Walaupun jumlahnya kecil tetapi saya berasa puas kerana apa yang saya lakukan selama ini berbaloi.

View attachment 5768

Saya telah melancarkan produk saya di Cabaran WC pada 23/10/11. Saya telah berjaya mengumpul hampir 1000 list sehingga kini tidak termasuk yang dicari oleh agen affiliate. (lead yang dicari oleh agen sehingga kini 500++).
Pada minggu pertama saya telah mencuba untuk testing list saya.

Keputusannya amat memeranjatkan saya dimana saya telah mendapat income pertama melalui internet.

Saya juga tahu bagaimana untuk mencipta duit selepas ini. Tak kisahlah samada sikit atau banyak sekurang-kurang duit telah bekerja untuk saya. Selama ini saya bekerja untuk duit.
 
Joined
Feb 19, 2010
Messages
1,003
Likes
0
Points
36
Offline
#9
Bagi saya bila orang tanya macam mana nak buat di internet..

1) Mesti tahu membina website sendiri..
sebagai contoh landing page, squeeze page, minisite dll.

2) Mesti tahu menggunakan autoresponder..
sebagai contoh membuat email promosi, email broadcast dan email follow up.

3) Mesti tahu cara-cara yang betul untuk promosi..
sebagai contoh promosi di mailing list, forum, youtube, website percuma atau berbayar dll.

Sekian, TQ... :)
 
Top