Luar Negara Lelaki sanggup ubah diri mahu jadi makhluk asing

Offline
#1

Ohh juga merancang untuk membuang alat sulitnya bagi melengkapkan transformasi diri.

LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki sanggup menghabiskan AS$50,000 (RM222,585) melakukan pembedahan kosmetik untuk membuat dirinya kelihatan seperti makhluk asing.

Vinny Ohh, 22, dikatakan telah menjalani lebih daripada 110 pembedahan bagi memastikan impiannya berjaya.

Pada masa depan, Ohh juga merancang untuk membuang alat sulitnya bagi melengkapkan transformasi diri.

"Setakat ini saya telah habiskan AS$50,000 untuk penjagaan kulit dan prosedur termasuk duarhinoplasties, pengisi muka di bibir saya, pipi dan tulang kening semua untuk nampak lebih memukau.

"Saya nampak seperti Martian. Saya mempunyai kepala yang besar, tiada bulu kening dan saya sudah terbiasa dengan perkara itu," katanya seperti yang dipetik menerusi Daily.mail.co.uk.

Ohh yang berasal daripada California mengakui pembedahan pertama dilakukan adalah ketika dia masih berumur 17 tahun.

Ohh yang merupakan juru solek percaya dia bukan seorang lelaki mahupun seorang perempuan.

Menurutnya, apa yang dilakukan adalah bagi menggambarkan apa yang dirasakannya dari dalam. - Sinar
 
Offline
#2
"I want to be a sexless alien": Man spends £40,000 on 110 surgeries to become 'extra-terrestrial' and wants genitals REMOVED