Lelaki maut ditembak ketika makan bersama keluarga

sally

freshman
Joined
Aug 26, 2009
Messages
2,655
Likes
0
Points
36
Offline
#1

Anggota polis forensik sedang menjalankan siasatan terhadap kejadian seorang lelaki yang mati ditembak di Pusat Komersil Oakland di Seramban malam tadi. - Foto Bernama

SEREMBAN - Seorang lelaki mati ditembak dari jarak dekat ketika sedang makan bersama keluarganya di sebuah restoran di Pusat Komersial Oakland, Seremban 2, di sini semalam.

Tan Kok Soon, 56, mati di tempat kejadian selepas terkena tiga das tembakan di bahagian belakang badan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri Sembilan Supt Zazali Hashim berkata Tan ditembak oleh dua lelaki yang datang dari arah belakang ketika sedang makan malam bersama isteri dan dua anaknya pada 6.55 petang.

"Kejadian itu berlaku amat pantas sehingga beberapa pelanggan lain yang berada di restoran itu tergaman," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-dua lelaki terbabit kemudian melarikan diri dipercayai dengan sebuah motosikal.

Polis masih menyiasat motif kejadian dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan, katanya. - Bernama




sumber:http://www.gempak.org/forum/newthread.php?do=newthread&f=237
 

limyh

freshman
Joined
Feb 26, 2013
Messages
118
Likes
0
Points
0
Offline
#3
dah banyak kes ini macam berlaku kebelakangan ini, minggu lepas hometown sana ada seorang kena tembak mati di kopitiam. berapa minggu yg lepas, ada seorang ditembak mati semasa memandu kereta dan berhenti di depan lampu isyarat di penang. dah tak aman masa kini.
 
Top