Dalam Negara Lelaki Malaysia terkandas di Ecuador lepas enggan bawa 'barang' selamat pulang

Offline
#1

Muhammad Fariz (kanan) menceritakan pengalaman beliau terkandas di Ecuador sambil diperhatikan ibunya, Maszita Hussin (kiri) sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi. - UTUSAN ONLINE/ZAKI AMIRUDDIN

SEPANG 26 Jan. - Seorang rakyat Malaysia yang terkandas di Ecuador ekoran keengganannya membawa ‘barang’ ke Malaysia, Muhammad Fariz R. Azli, 24, selamat tiba ke tanah air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Ketibaan mangsa keldai dadah itu disambut kaum keluarga termasuk ibunya, Mazlita Hussein, 42, dalam suasana pilu sebaik sahaja pemuda itu keluar dari balai ketibaan.

Muhammad Fariz dari Pahang telah pergi ke Guayaquil, Ecuador pada November 2016 atas urusan kerja sebelum diminta membawa 'barang' yang disyaki dadah untuk diseludup masuk ke Malaysia.

Walau bagaimanapun, dia enggan membawa pulang 'barang' tersebut sehingga menyebabkannya ditinggalkan keseorangan di Guayaquil.

Kisah Muhammad Fariz mula mendapat perhatian ramai apabila seorang kawan menyebarkan kejadian yang menimpanya menerusi laman sosial Facebook.

Dia turut menghubungi pihak Kedutaan Besar Malaysia di Santiago melalui Facebook kedutaan pada 26 Disember tahun lalu.

Kedutaan Besar Malaysia di sana kemudian telah menghubungi Konsul Kehormat Malaysia di Ecuador bagi membantu Muhammad Faiz pulang ke tanair air. - Utusan