Lelaki lebih baran, kuat bertengkar di Facebook berbanding wanita, kata kajian

Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,265
Likes
15
Points
38
Offline
#1

Kajian mendapati lelaki lebih baran berbanding wanita di Facebook. — Foto fail

LONDON, 30 Mei — Asyik berbalah dengan pengguna lelaki di Facebook?

Anda mungkin tidak keseorangan, kerana sebuah kajian baru-baru ini mendapati golongan lelaki didapati lebih baran dan kuat bertengkar di laman sosial Facebook berbanding wanita.

Kajian dibuat penyelidik di Universiti Stony Brook di New York, yang menggunakan perisian komputer untuk menganalisis kira-kira 10 juta coretan dan komen yang dibuat lebih 65,000 pengguna Facebook.

Menurut mereka, tutur kata wanita di Facebook “lebih mesra dan mudah diterima” berbanding lelaki, yang cenderung menjadi lebih mencetuskan permusuhan dan tidak mesra, lapor portal UK, The Independent.

Perbezaan itu jelas apabila pengkaji dapat meneka jantina seseorang dengan mudah daripada bahasa yang digunakan dalam status yang dimuat naik, dengan ketepatan 90 peratus.

Antara perkataan yangs sering digunakan wanita dalam coretan yang dimuat naik adalah “menarik”, ”gembira”, “hari jadi”, “anak perempuan”, “bayi”, “teruja”, dan “bersyukur”.

Sementara antara perkataan yang sering digunakan lelaki adalah “kebebasan”, “kemerdekaan”, “menang”, “pertempuran” dan “musuh”.

Walaupun lelaki kelihatan lebih agresif di Facebook, mereka bukanlah lebih meyakinkan, malah wanita dilihat lebih mendesak dan membuat kesimpulan dengan cepat.

Penemuan itu dipaparkan dalam tajuk kajian itu: “Wanita lebih mesra tetapi tidak kurang tegas dari lelaki: Jantina dan bahasa di Facebook” yang kemudiannya diterbitkan dalam jurnal PLOS ONE.

Menggunakan data, pasukan itu mencipta laman web yang membolehkan mereka daftar masuk ke dalam Facebook untuk melihat bahasa yang digunakan mengikut jantina. - MMO
 
Top