Dalam Negara Lelaki cedera ditembak dalam pergaduhan libatkan anggota polis di Sitiawan

Net

Staff member
mod
Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,929
Points
38
opolijah.transformed.jpg


SITIAWAN: Seorang lelaki cedera dipercayai terkena tembakan dalam pergaduhan membabitkan seorang anggota polis dan sekumpulan lelaki di Ladang Sitiawan, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, lelaki berkenaan dipercayai mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan selepas ditembak sebelum dimasukkan ke Hospital Manjung, dekat sini untuk rawatan lanjut.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, anggota polis yang berusia 36 tahun dipercayai mengalami perselisihan faham dengan sekumpulan berkenaan.

Katanya, akibat tidak berpuas hati, sekumpulan suspek kemudiannya menyerang anggota polis yang bertugas di Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sabak Bernam, Selangor itu termasuk ada yang bersenjatakan pistol.

"Ketika kejadian, mangsa memaklumkan beberapa das tembakan dilepaskan oleh pihak yang menyerang.

"Siasatan seterusnya mendapati seorang lelaki kemudian dimasukkan ke Hospital Manjung dipercayai cedera akibat ditembak," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Fadzil berkata lelaki yang cedera itu bagaimanapun berada dalam keadaan stabil dan siasatan lanjut masih diteruskan. Katanya, susulan kejadian itu, tangkapan dibuat ke atas anggota polis berkenaan dan tiga lagi suspek berusia 20 hingga 30 tahun bagi membantu siasatan.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana terbabit dalam cubaan membunuh," katanya. - BH
Polis, tiga lelaki ditahan kes gaduh

Sitiawan: Seorang anggota polis berusia 36 tahun dan tiga lagi lelaki, ditahan bagi membantu siasatan kes pergaduhan menyebabkan seorang lelaki cedera dipercayai akibat ditembak di Ladang Sitiawan di sini, malam tadi.


Dalam kejadian 10 malam itu, anggota polis dari Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, Selangor, dikatakan bergaduh dengan sekumpulan lelaki akibat perselisihan faham.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, anggota polis berkenaan mendakwa diserang sekumpulan lelaki kerana perselisihan faham dan ketika kejadian, dia mendakwa beberapa das tembakan dilepaskan pihak yang menyerang.

"Siasatan mendapati seorang lelaki dimasukkan ke Hospital Manjung dipercayai cedera ditembak," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, lelaki yang cedera ditembak itu kini dilaporkan stabil dan polis kini menyiasat kes terbabit mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Menurutnya, setakat ini mangsa dalam kes cubaan bunuh ini adalah anggota polis terbabit manakala lelaki yang cedera dipercayai daripada kumpulan lelaki yang bergaduh dengan mangsa.

“Anggota polis berkenaan dan tiga lagi suspek berusia 20-an hingga 30-an ditahan dan direman lima hari mulai hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya. - Metro
 
Top