Teknologi Leica Hadir Dengan Kamera D-Lux 7 – Kamera Kompak ‘Murah’ Mereka

Deli

Active
Joined
Jun 6, 2015
Messages
18,652
Points
48
Leica sedia terkenal dengan lensa serta sensor kamera yang baik. Huawei turut bekerjasama dengan Leica untuk muatkan ‘sensor’ yang Leica iktiraf dalam peranti mereka. Tetapi, Leica juga mempunyai kamera mereka yang tersendiri. Terkini, mereka hadir dengan sebuah kamera kompak baharu bernama Leica D-Lux 7.

Leica-D-Lux-7-001-650x650.jpg


Untuk dalam barisan kamera-kamera Leica, D-Lux 7 adalah antara yang paling ‘murah’. Kamera ini menggunakan sensor Leica DC Vario-Summilux 10.9– 34 mm f/1.7–2.8 ASPH yang bersamaan dengan sebuah lensa 24–75 mm in 35 mm. Kamera ini menggabungkan optik kelas pertama dan teknologi kelas utama. Menurut Leica, kamera ini mempunyai hasil rakaman gambar dalam keadaan cahaya kurang yang baik. Saiz sensor pula adalah 17-megapixel dan sensor 4/3 kamera ini mampu menangkap cahaya dan memberi hasil yang kurang hingar.

Leica-D-Lux-7-002-650x650.jpg


Seterusnya, sistem dalam kamera ini mampu merakam 11 fps dan mempunyai kemampuan melaras titik focus selepas memgambil gambar. Kamera ini mempunyai sokongan sambungan Bluetooth, Wifi, sokongan skrin sesentuh dan juga pengecasan melalui port USB-C.

Disebabkan Leica D-Lux 7 ini adalah yang paling ‘murah’ dalam siri kamera Leica, ia djual pada harga $1,195.00, iaitu sekitar RM4992 sahaja.

Sumber: Amanz
 
Top