Legenda Manchester United lawat JDT

Net

Staff member
mod
Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,929
Points
38
14237493_677381569091812_4159911715660597491_n.transformed.jpg

PEMILIK JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bergambar bersama Ryan Giggs dan Gary Neville. - Foto ihsan JOHOR Southern Tigers

KUALA LUMPUR: Bintang legenda Manchester United, Ryan Giggs dan Gary Neville mengadakan kunjungan ke kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) di Johor Bahru, semalam.

Kunjungan mereka ke pusat latihan juara Piala AFC 2015 dan Liga Super sebanyak dua kali di Padang Seri Gelam itu, disiarkan menerusi akaun Facebook kelab berkenaan, Johor Southern Tigers, hari ini.

Antara gambar yang disiarkan adalah pertemuan kedua-dua legenda United ini dengan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Istana Bukit Pelangi.

Mengikut akaun Facebook itu, Giggs dan Neville turut bertukar-tukar pendapat dengan Tunku Ismail mengenai pelbagai perkara berkaitan sukan bola sepak selain visi serta hala tuju JDT.

"Ternyata mereka berasa teruja dengan perancangan yang telah dilakukan untuk JDT," menurut catatan dalam Facebook berkenaan.


gegaryy.transformed.jpg

BINTANG legenda Manchester United, Ryan Giggs dan Gary Neville mengadakan kunjungan ke kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) di Johor Bahru, semalam. - Foto ihsan JOHOR Southern Tigers

14138598_677262399103729_7739415065480161362_o.transformed.jpg

BINTANG legenda Manchester United, Ryan Giggs dan Gary Neville mengadakan kunjungan ke kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) di Johor Bahru, semalam. - Foto ihsan JOHOR Southern Tigers

14125627_677262285770407_7210315095238737649_o.transformed.jpg

BINTANG legenda Manchester United, Ryan Giggs dan Gary Neville mengadakan kunjungan ke kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) di Johor Bahru, semalam. - Foto ihsan JOHOR Southern Tigers

14103029_677262152437087_8496233193125179659_o.transformed.jpg

PEMILIK JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersalaman dengan Ryan Giggs. - Foto ihsan JOHOR Southern Tigers/BH
 
Top