LATEST!! Teknik Internet Marketing Simple Dari JaMaL..

JaMaL

Senior
Joined
Jan 14, 2009
Messages
5,609
Points
38
Salama hormat sahabat WC semua..


Saya membuka thread ini untuk share-share teknik Internet Marketing
yang biasa-biasa yang saya tahu. Teknik kat FB ke, blog ke, emel
marketing ke, forum ke, dll...


Perkongsian simple saja dari saya, tapi insyallah bermanfaat buat sahabat
especially yang baru...


Insyallah saya akan update thread ni dari masa ke semasa, jiak berkelapangan.



Ok lah, malas cite panjang, saya share satu dulu.


TIPS BAGAIMANA NAK TAMBAH FANS DI FB



Bagaimana nak tambah FANS di fanpage? Ramai antara kita yang ingin me"ramai"kan fan di fanpage kita, tapi tak tahu caranya. Sebab tak tahu tu la ada yang promot fanpage mereka cara SPAM. Anda ingin tahu bagaimana untuk menambah fan di fanpage anda? Klik LIKE. Ianya juga bergantung kepada kerajinan anda.

TEKNIK 1: Anda anjurkan CONTEST. Contest photo terbaik ke, posing terbaik ke, contest komen terbaik ke, atau sebagainya. Apabila anda anjurkan contest seperti ini, perlu guna PhoTO ALBUM di mana semua penyertaan dimasukkan dalam photo album. Dan anda boleh menyuruh fans sedia anda klik LIKE pada photo yang mereka sukai. Dan anda juga boleh menyuruh pserta yang mengambil bahagian menarik fan/frens mereka untuk klik LIKE pada photo mereka. Dan ini secara tidak langsung akan mempromosikan fanpage anda. Si peserta akan cuba mempromosikan photo mereka kepada kenalan mereka. Ini mampu meningkatkan fans anda kerana mereka perlu menjadi fans dahulu sebelum klik LIKE. Dan jika anda ada sediakan landing tab, ini peluang baik untuk anda kumpul list. Bagaimana? Anda sudah tahu kan...


TEKNIK 2: KOMEN DI FANPAGE ORANG. Anda klik pada "Use Facebook as your fanpage username" . Lihat kanan fanpage anda, klik Use Facebook as - fanpage anda. Sudah klik, anda cari fanpage-fanpage yang memiliki fans yang ramai yang dimiliki oleh pemilik fanpage yang sama NICHE/Sama BIDANG dengan fanpage anda. Dan anda perlu rajin memberikan komen/reply dengan gaya yang hebat..hehehe. Taklah, anda perlu rajin komen dengan pandangan/cara yang bijak yang mampu menarik perhatian fans di fanpage itu. Anda komen dengan menunjukkan anda ni mahir/berpengalaman dalam bidang/topik yang dibincangkan. Fans yang melihat anda akan tertarik, dan akan klik pada nama anda dan seterusnya akan dibawa ke fanpage anda dan mereka insyallah akan menjadi fans anda. Teknik ni memerlukan kerajinan...

PS: Teknik saya gunakan ketika ke fanpage Dr Irfan Khairi. Tapi saya taklah rajin mana. Tapi setiap kali saya buat, mesti dapat tarik fans IK masuk ke saya punya fanpage. Fanpage Lisa Surihani pun saya pernah saja-saja try..hehehehe


TEKNIK 3: SWAP. BErtukar-tukar fans! Ni memang mudah. Anda cari rakan anda yang sama niche, jumlah fans lebih kurang sama, kemudian anda ajak mereka saling suggest fanpage masing-masing kepada fans mereka. Si A suggest fanpage B kepada fans nya, si B suggest fanpage A kepada fans nya. Yang penting bincang dahulu. Promot pada masa yang sama supaya lebih adil. Boleh suggest melalui fanpage itu sendiri, atau cara paling pantas juga jika ada mailing list. Promosikan fanpage rakan tadi di mailing list. Ini antara salah satu cara pantas untuk tingkatkan fans. Cubalah....


TEKNIK 4: TEKNIK LIVE CHAT. Anda anjur live chat di fanpage anda. Dan anda jemput mereka yang pakar dalam topik yang dibincangkan sebagai panel. Sebaiknya lebih dari seorang panel. Umumkan sessi live chat ni beberapa hari awal kepada list/fans anda supaya mereka bersedia. Dan semasa invitation, anda tag kepada panel-panel yang terlibat. Dan ini secara tidak langsung menarik fans mereka untuk STANDBY! Semasa sessi live chat berlangsung, anda perlu menguruskan soalan-soalan yang ditanyakan, dan menggalakkan fans untuk menanyakan soalan. Panel akan menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan pantas. Masa yang diberikan untuk sessi LIVE Chat ni - 1 -2 jam. Cukup! Gero Azrul sering gunakan teknik ini! Anda juga boleh lakukannya. Tapi pastikan niche/bidang anda dahulu, dan jemput mereka yang bersesuaian sahaja. Sebaiknya anda membina relationship dengan panel yang bakal dijemput dahulu. Jika terus jemput, jangan harap...hehehehe


TEKNIK 5: Gunakan MAILING LIST. Anda ada memiliki mailing list? Apa lagi? Invite mereka jadi fans. Offer sesuatu yang hebat untuk mereka jadi fans anda. Anda broadcast ke mailing list anda dan selepas itu berikan kata perghargaan kepada mereka kerana telah menjadi fans. Mereka bertanya, cepat-cepat jawab. Insyallah mereka suka jadi fans anda. Ketika hantar emel di waktu biasa juga, anda boleh letakkan url fanpage di signature emel. Ini akan menambahkan lagi fans anda. Cecube...cecube..


TEKNIK 6: Letakkan plugin LIKE FANPAGE/FIND US ON FB di setiap laman web jualan anda, di blog anda, di forum. Jika blog anda sememangnya ramai follower, atau memiliki pelawat ramai dari search engine, ini akan menambahkan fans anda. Anda juga boleh promosikan fanpage anda di post artikel di blog. Teknik ini sememangnya sangat berkesan. Soft technique! Tak perlu paksa orang jadi fans, orang akan datang sendiri. Tahukah anda ada IM yang hanya dengan gunakan blog, berjaya kumpul fans lebih 100k dalam masa kurang 1 tahun! Dan selain itu sambil menyelam beliau minum air! Dari 100k fans, 40k jadi mailing listnya...Buat duit memamng mudah selepas itu!
 

JaMaL

Senior
Joined
Jan 14, 2009
Messages
5,609
Points
38
Bagaimana Naikkan Kredibiliti Dalam IM




Pada pengalaman peribadi saya, bagaimana untuk naikkan kredibiliti
dengan cepat adalah dengan beberapa cara:

1. Hasilkan produk yang berkualiti, yang ada demand tinggi yang
mana ramai affiliater akan sertai dan ramai orang akan lihat
kita
..Mereka lihat produk yang dilancarkan, dan mereka sudah
pasti akan cari siapa yang lancarkan produk itu. Mereka berkata,
siapa ye tuan punya produk A ni..Di internet, mesti la ramai
orang lihat produk kita. Semakin ramai promosikan ebook kita,
semakin naik kredibiliti kita. Lebih2 lagi jika produk kita
memang bagus..Itu baru satu produk, jika dua, tiga empat produk?
LAgi kita akan dikenali...


2. Dengan menyertai affiliate. Dalam IM kita tak boleh hidup sorang2.
Kita juga kena membina NETWORK dengan menyertai affiliate. Kita
Bersungguh2 dalam affiliate supaya IM2 lain membuka mata terhadap
kita. Kita tolong orang, nanti orang tolong kita pula. DI sini
memang agak mencabar sikit, tapi kita kena usaha. Tak usaha,
memang tak dapat la. Bila kita bagus dalam affiliate pula, sudah
pasti JV akan hargai kita dan akan membantu kita di lain masa.
Dan ini juga akan membuka mata prospek2 JV lain, di mana mereka
melihat kita mampu membantu mereka. Jadi langkah awal, mereka yang
akan membantu kita dahulu. PErasan tak, top5, top 10 affiliate
biasanya amat dikenali? Jika kita baru sekalipun, jika kita berjaya
jadi top affiliate ni, ramai yang akan buka mata. Mereka akan
bertanya, siapa agen affiliate no sekian-sekian tu. Ini salah satu
cara terbaik dalam menaikkan kredibiliti. Apabila kita jadi top
affiliate ni, IM2 lain juga akan support kita, memuji kita yang
mana ianya akan dilihat oleh follower, members IM tersebut. Sekaligus,
menaikkan kredibiliti kita..

3. Rajin bersosial di forum WC ini juga sangat membantu. Kongsikan
tips2 terbaik di sini. Banyak yang akan menghargai kita. Semakin
banyak kita aktif/share di WC, semakin naik kredibiliti kita. Cuba
aktif di sini dengan perkongsian hebat anda, anda akan tahu hasilnya
nanti. ketika di forum, jangan banyak promo, banykkan sharing.
Itulah rahsianya...Kalau boleh, hari2 masuk WC ni - SHARE :)Kan
kat Wc ni banyak members, dan juga banyak visitor. Di tambah lagi
dengan SEO yang tinggi, ianya mampu menarik pelawat untuk kenal
dengan anda lebih dalam di atas perkongsian artikel, tips anda
dalam forum ini. Try la ye, belum try belum tahu, dah try hari2 mau.


4. Kumpul list. Orang kata list adalah MONEY. No! List adalah ASET.
Aset yang kita perlu jaga untuk jangka masa panjang. Selalu beri
tips, info, support list akan membantu kita menaikkan kredibiliti.
JAga relationship dengan list, dan mereka akan jaga anda juga.
List bukan sekali je kita kena kumpul, kita kena topup list kita
dengan KONSEP LIST BUILDING. Kita perlu sentiasa cari LIST2 baru
untuk menaikkan kredibiliti kita. Semakin besar LIST yang berkualiti,
semakin besar ASET kita dan semakin tinggi kredibiliti kita. Tahu tak
bahawa mereka yang memiliki LIST kebanyakannya adalah mereka yang
memiliki KREDIBILITI tinggi.


5. Ada blog? Blog juga boleh bina kredibiliti tinggi. Di blog, anda
boleh kongsikan tips2 hebat yang akan menarik pelawat memberikan
komen dan pandangan mereka. Dan jika anda membalas komen mereka
dengan baik, ianya juga mampu membantu menaikkan kredibiliti anda.


6. Fanpage juga boleh menaikkan kredibiliti anda. Anda ada fanpage?
Fanpage khas yang membrandingkan nama anda juga? Ianya sangat
membantu. Anda berikan tips, soalan, interaksi dengan fans anda
akan menaikkan lagi kredibiliti anda. Jangan buat promosi di
fanpage, tapi anda perlu sharing di FB dengan lebih interaktif.
Semakin aktif anda di fanpage, semakin ramai fan anda dan semakin
naik kredibiliti anda. Orang akan kenal anda lebih cepat. Tak
percaya? Try lah...


Itulah rumusan dari saya berkenaan nak naik kredibilit dengan
cepat. Bukan buat semua sekaligus, tapi satu persatu dan ikut
kemampuan anda.
 

xtrm_cdr

freshman
Joined
Jul 21, 2006
Messages
124
Points
16
Age
33
Tahniah! Perkongsian yang baik dari TT. Harapnya ada lagi tips untuk naikkan FB fan ya.
 

JaMaL

Senior
Joined
Jan 14, 2009
Messages
5,609
Points
38
Tips Email Marketing Pula



Saya sering saja terima pertanyaan dari subscriber-subscriber saya berkenaan cara mengumpul email. Lihat saja soalan-soalan lazim di bawah:

# Senarai kenalan email saya sikit je En. Jamal. Bagaimana saya nak dapatkan beribu-ribu senarai email ye?

Jawapan saya: Bagaimana nak dapatkannya? Bina landing page/squeeze page yang dimasukkan autoresponder dan promosikannya. copynpastemillionairedotkom. Tiada produk yang dijual di web tersebut, tapi ada offer ebook percuma dengan syarat pelawat masukkan nama dan email. Jadi, inilah cara mengumpul email yang sebenar, bukannya kutip-kutip je email forward yang sering anda dapat tu.

Ada beberapa cara utama nak kumpulkan senarai email ni melalui landing page/squeeze page. Iaitu:

1) Kumpul sendiri – Anda boleh promosikan landing page yang anda hasilkan bersendirian. Ianya memang menjimatkan, tapi anda lambat untuk mengumpul senarai email dengan pantas melalui kaedah berseorangan ni. Cara ini sesuai bagi orang yang baru atau yang tiada modal besar.

2) Anjurkan PPL – Anda anjurkan program Pay Per Lead. Maknanya anda pasangkan system affiliate pada landing page/squeeze page anda. Jadi, anda akan merekrut agen-agen affiliate untuk mempromosikan landing page/squeeze page anda. Upah buat agen-agen affiliate ini adalah biasanya dalam 30 sen hingga RM1 bagi setiap yang daftar/download dari link affiliate (referral) mereka. Teknik ini sangat efektif untuk mengumpul senarai email hingga beribu-ribu orang, tapi ianya memerlukan modal besar iaitu kos upah pada agen affiliate. Semasa saya anjurkan PPL buatebook.com dulu (kini dah ditutup) saya keluarkan belanja hamper RM4 ribu untuk mengumpul 12 ribu senarai email. Tapi anda juga boleh mulakannya dengan kos bawah RM500 untuk mengumpul senarai email dengan kos 30 sen hingga 50 sen per email/subscriber/list/referral.

3) Lancarkan ebook sendiri – Ya, ini memang power. Sambil menjual ebook anda sendiri, anda masukkan rungan opt in untuk pelawat berikan nama dan email mereka sebagai tukaran pada pemberian percuma yang anda tawarkan. Cara ini antara paling menguntungkan! Anda bukan saja berpeluang untuk mendapatkan hasil jualan terus dari ebook anda, malah anda mampu mengumpul email dengan cara ini. Web wwwdotkerja-kerajaandotcom dalah contohnya. Dengan web ini, saya berjaya mengumpul senarai email sebanyak puluhan ribu email dalam niche kerja kerajaan ini. Dan pastinya ianya menghasilkan income berterusan secara pasif kepada saya.

# Software apa yang digunakan untuk mengumpul senarai email ye. Kita boleh kutip-kutip je email dari internet kan?

Jawapan saya: Softaware apa? Autoresponder lah..Apa lagi. Bukannya software mengutip email yang sering SPAMMER-SPAMMER gunakan tu. Tu SALAH! Dengan menggunakan autoresponder, email yang dihantar boleh personal kan nama penerima, ada option unsubscribe bagi subscriber yang dah tak minat terima email anda, boleh lakukan survey, hantar email bergambar, boleh sekali klik hantar email kepada semua senarai email anda, dan paling PENTING – Boleh menghasilkan income besar buat anda dengan cara mudah, cepat dan efektif.Tapi dengan syarat anda perlu mahir dulu la dan juga senarai email anda sudah beribu-ribu.

# Susah la nak jana income di internet ni. Saya takde senarai email.

Jawapan saya: Dah tahu tiada tunggu apa lagi. Mulakan tindakan. ACTION NOW! Tunggu esok lusa dah jauh kena tinggal.

# Saya tak mampu la untuk dapatkan autoresponder untuk tujuan mengumpul email dan promosi.

Jawapan saya: Anda boleh bermula serendah RM35 setiap bulan. Besar ke jumlah tu jika dibandingkan hasil yang bakal anda perolehi apabila senarai email anda semakin bertambah nanti dan pulangan yang diperolehi? Kedekut juga? Gunakanlah autorespodner yang trial 30 hari punya. Sila baca artikel ni sampai habius jika nak tahu autoreponder yang mana.

# Saya tak reti pasang landing/squeeze page la untuk tujuan pengumpulan senarai email.

Jawapan saya: Haiyyyya….Usah risau! Jika belajar, pasti akan reti. Dulu anda belajar matematik di sekolah start masa darjah satu. Berapa lama anda pandai mengira? Kejap je bukan? Tak pandai kita boleh belajar. Memang la awal-awal kita anggap susah, tapi jika dah belajar tiada masalah. Sehari pon boleh buat. Minat nak belajar? Saya ada sediakan video panduannya di akhir artikel ini. Lihat nanti.

Dan bermacam-macam lagi la..

Tak faham?

Tidak mengapa, saya terangkan buat anda.

Memang benar, dalam pemasaran internet, tidak kira jual ebook ke, affiliate ke, atau jual produk fizikal di internet, email adalah medium promosi yang paling efektif. Ianya 80% efektif berbanding kaedah-kaedah pemasaran yang lain seperti blog, facebook, SEO, forum dan lain-lain.

Walaupun dah ramai tahu email adalah paling efektif, tapi ramai yang tidak mempedulikannya. Mungkin disebabkan persoalan-persoalan di atas?

Dan biasanya, mereka ni akan berkata begini sekiranya melihat usahawan lain yang menjana income besar di internet.

“ Aku orang baru. So, tak perlulah kumpul senarai email ni. Otai-otai je boleh la”

“ Jamal boleh la dapat income besar di internet,dia ada senarai email besar. Aku takde pun senarai email.”

“Kalau aku ada senarai email, aku pun boleh jana income yang besar”

“Dia banyak bagi ebook free untuk offer untuk orang menjadi senarai email dia. Aku mana ada apa-apa nak bagi”


Ya, itulah yang sering saya lihat di santero dunia IM Malaysia. Kebanyakan mereka hanya tahu mengomel tanpa mengambil apa-apa tindakan. Takpe! Lepas saja baca artikel ni, saya jamin mereka akan berubah. Berubah untuk berjaya…

Sebenarnya, step-step mengumpul senarai email tidak lah sesusah mana. 4 langkah utama diperlukan untuk melaksanakannya. Dan serius saya kata, sememamngnya, ianya memerlukan sedikit modal. Tapi, jika anda tak sanggup keluarkan sedikit modal, usah bermimpi untuk mengumpul senarai email. Modal tak sanggup keluar, usah mimpi nak dapat income besar.

STEP 1: Mendaftar Autoresponder

Ni yang paling ramai ditakuti oleh orang-orang baru. Takut nak keluar duit, takut tak reti guna, takut tiada hasil. Perkara biasala kan, tak familiar lagi memang takut. Tapi saya dulu, saya ‘******’ je untuk mencuba semuanya. Walaupun saya keluarkan sedikit kos untuk mendaftarnya. Tapi kini, usah risau lagi. Autoresponder yang berbayar yang terbaik pun, anda boleh gunakannya percuma dahulu. Percuma trial selama 30 hari. Dan anda boleh mengumpulkan email secara percuma dahulu. Selepas 30 hari anda rasa anda rasa tak best guna autoreponder tu, anda boleh stop. Tak perlu bayar apa-apa. Dan jika dalam masa percubaan 30 hari tu, anda dapat kumpul email yang banyak dan anda berpuas hati dengan autoresponder tersebut, anda boleh upgrade sebagai pengguna sah selepas itu. Saya amat mencadangkan anda menggunakan system autoresponder Traffic Wave edisi percubaan selama 30 hari untuk melihat apakah keberkesanannya.

STEP 2: Bina kempen dan dapatkan kod opt in

Ni senang saja. Dah daftar autoresponder, cipta satu kempen dengan fungsi autoresponder. Maksudnya, jika kita ingin mengumpul senarai email berkenaan sesuatu niche, kita perlu sediakan kempen atau gorupnya. Ianya ibarat satu folder khas dalam autoresponder. Contohnya, saya ada:

kempen kerjakerjaaan – untuk senarai email berminat berkenaan kerja kerajaan

kempen buatebook – untuk senarai email berminat berkenaan buat ebook

kempen affiliate – untuk senarai email yang berminat dengan affiliate

kempen rahsiaemas – untuk mereka yang berminat dengan pelaburan emas.

Dan banyak lagi..

Ya, satu kempen ibarat satu folder. Di bawah kempen/folder kerjakerajaan, saya memiliki beribu-ribu senarai email atau subscriber. Ianya mungkin termasuk juga diri anda?

Dengan jumlah senarai email/subscriber yang ramai ini, ianya sangat membantu saya dalam promosi jualan. Tahukah anda, senarai email di bawah kempen kerjakerajaan ini, ianya pernah menghasilkan RM12 ribu dalam masa 10 hari dengan menghantar 3 kali email promosi sebuah ebook. Siapa nak bagi RM12k dengan semudah itu? Tapi senarai email saya telah memberikannya. Apabila saya promosikan sesuatu yang bermanfaat buat mereka, mereka mudah untuk membelinya. Senarai email besar seperti ini amat bermanfaat buat saya. Apa yang penting, saya perlu menjaga senarai email ini dengan baik.

Dalam system autoresponder, setelah kempen dibina, (kejap je) 1 minit tak sampai anda boleh dapatkan kod web form, atau kod bagi ruangan nama dan email untuk diletakkan pada minisite landing page/squeeze page. Mudah saja. Ianya memang mudah jika anda belajar bagaimana melakukannya. Tak tahu nak buat, jangan risau. Baca hingga ke akhir artikel ini. Ada sesuatu buat anda.

STEP 3: Upload sqeeze page/landing page ke hosting.

YA, apabila squeeze page anda dah siap dengan dimasukkan kod opt in/web form/borang isi nama dan email tadi, anda uploadkan semua fail tersebut ke hosting anda. Tiada domain dan hosting? Belilah..RM40 boleh dapat dah untuk setahun guna. Berapa sen je sehari kosnya. Dah upload, barulah landing page boleh di internet.

Sambungan di next page...
 
Last edited:

JaMaL

Senior
Joined
Jan 14, 2009
Messages
5,609
Points
38
STEP 4: Masukkan ayat email follow up

Web anda dah dipaparkan di internet, tapi tiada maknanya jika anda tak masukkan ayat-ayat promosi susulan yang menjalankan fungsinya secara automatik. Ini bermaksud, anda perlu memasang ayat promosi yang akan diterima oleh subscriber anda mengikut selang masa yang anda telah tetapkan. Ada faham? Begini..Sebaik saja pelawat isikan nama dan email mereka pada landing page/squeeze page anda, mereka diminta untuk semak email mereka dan klik satu link untuk sahkan email mereka adalah benar. Selepas mereka klik, mereka akan terima link download ebook percuma yang anda tawarkan. Selepas itu, iaitu 2 hari selepas mereka berdaftar dengan web anda, mereka akan terima email susulan. Kemudian seterusnya, 3 hari berikutnya, 6 hari berikutnya mereka akan terima email dari anda melalui autoresponder. Biasanya subscriber ini tak tahu yang mereka menerima email follow up susulan yang telah anda pasang awal-awal tadi. Jadi, inilah yang saya panggil email promosi/follow up autopilot. Buat kerja sekali, tapi ianya berjalan secara automatic berterusan. Sesiapa saja sesuai gunakan teknik ini, tak kira anda penjual ebook, affiliater, peniaga barang fizikal dan lain-lain.

STEP 5: Promosi Landing Page/Squeeze page

Landing page dah siap? Jika tak lakukan apa-apa, tiada gunanya. Tugas yang PALING, PALING, PALING PENTING adalah mempromosikan landing page anda. Tanpa promosi, bagaimana landing page anda boleh dilihat oleh orang ramai. Dan bagaimana anda boleh mengumpul senarai email? Jadi, promosikanlah landing page anda samada di facebook, blog, forum, email sediada, dan lain-lain. Rajin promosi, semakin tinggilah kebarangkalian senarai email anda bertambah. Dan semakin tinggi peluang anda untuk menjana income darinya.

Dah faham ye bagaimana ianya berfungsi?





Dalam pemasarana emel:

1. Kita sediakan landing page/opt in form. Contoh cuba masuk blog saya, fanpage saya,web jualan saya, laman web pizza hut

2. Kita ada offer freegift,ebook ke, report ke, newsletter ke, kupon ke, yang penting ianya dimahukan oleh pelawat/prospek

3. Jika mereka berminat dnegan apa yang kita offer(freegift) tadi, mereka perlu berikan nama dan emel supaya freegift dapat diemelkan kepada mereka. Dan juga kita akan maklumkan bahawa mereka akan terima info2 dari kita dnegan mendaftarkan nama kepada mailing list kita. Jadi, prospek tadi kenal kita siapa/dan bersetuju untuk menjadi subscriber untuk terima emel dari kita

4. Dan jika kita publish squeeze page atau opt in form tu kepada 100,000 orang yang mungkin datang dari promosi kita, search engine, fanpage, forum dll, katakan 10% berminat untuk dapatkan freegiftkita dan mereka berikan nama dan emel sebagai tukaran. nak freegift, kena la jadi follower/subscriber/mailing list, so mereka bersetuju.

5. dan pabila senarai mereka dah daftar, nama dan emel mereka akan masuk dalam sistem autoresponder kita. Dan kita boleh hantar emel tips ke, promosi ke kepada mereka dengan sekali hantar saja. Iaitu menggunakan sistem autoreponder, iaitu sistem yang bebayar yang menghilangkan SPAM/tak kira SPAM..Dengan autoresponder, emel yang dihantar kepada subscriber lebih persoanal dimana nama penerima emel disebut...

Itulah fungsinya..gunakan autoreponder untuk kumpul list secara sah. Kejayaan email marketing bergantung kepada 3 faktor ini:

1. MINAT
2. SUKA
3.PERCAYA


Dan dalam email marketing, RELATIONSHIP adalah OBJEKTIF utama. Semakin tinggi ratio relationship, semakin mudah anda menjana wang dengan email marketing tak kira short atau long term

Untuk tidak SPAM - Clear Engagement amat penting. Apa yang prospek/pelawat/subscriberr akan dapat setelah menjadi mailing list anda. Offer anda perlu clear. Apa yang akan anda berikan kepada subscriber? Offer ebook kurus badan, takkan bagi ebook jerawat?

So relevant content itu perlu.

RELEVANT content kepada ENGAGED SUBSCRIBER (mereka mahukannya) dan no 1 paling penting - MEREKA MENGENALI ANDA (TRUST/KREDIBILITI)

Mana satu anda nak pilih:

1. Software - yang memang tak masuk spam box, tapi prospek/penerima emel menganggapnya SPAM dan tidak ingin membuka emel anda, dan sudah pasti tak akan membeli apa-apa dari anda kerana mereka akan kata "siapa awak? boleh percaya ke awak? Ni tipu syle apa plak?" Saya ada berkenalan seorang affiliater yang jana ribuan RMdalam sebulan guna software camni 2009 dulu. Tapi sekejap saja, 2 bulan selepas itu dia tak leh pergi. Semua dia hantar SPAM. Malah dia di BANNED oleh pemilik/penganjur affiliate kerana promosi membuta tuli dan merosakkan kredibiliti owner produk. Memang dapat hasil, tapi sekejap saja. Dan anda juga akan dapat maki hamun dari orang. so, tak lama lah kejayaan tu.

2. Autoresponder - anda kumpul list secara sah, mereka inginkan dari anda. mereka kenal anda, mereka tahu anda boleh dipercayai, mereka tertunggu-tunggu emel dari anda. Ini emmang mudah buat duit, cuma ianya memakan masa. Dan ianya akan sentiasa terus berrjalan. LIST adalah aset...untuk long term bisnes..
 

marc55

freshman
Joined
Apr 25, 2011
Messages
19
Points
0
Saya rasa business in mudah tapi rupanya perlu tahu banyak benda.
 

zmohd

freshman
Joined
Jul 13, 2010
Messages
4
Points
0
teknik ringkas dan mantap.ada teknik, ada strategi..nak take action kena tanya diri..byk lagi kena tau nie..tq kat pakar internet marketing saudara jaMal..
 
Top