Joined
Apr 22, 2016
Messages
30
Likes
2
Points
8
Age
38
Offline
#1
Dah makin lama makin sayu dan macam-macam hal timbul dalam kancah bola sepak negara kita ni.
Terbaru adalah kegagalan melangkah ke separuh akhir Piala AFF 2016 yang berlangsung di Myanmar. Harimau Malaya tersangkut kat peringkat kumpulan. Berikut adalah idea yang terbenam dalam kepala aku untuk dikongsikan bersama dalam mengambil langkah drastik mengubah bola sepak di Malaysia:-

1. Penggal setiap ahli (dari presiden sampai ke machai) - 2 Penggal jer. Bosan bila tengok muka sama selama 30 tahun lebih dah ni.

2. FAM dapatkan wakil bola sepak (dari mana-mana kelab la) untuk pelajari bagaimana 'handle' bola sepak sebagai satu entiti bisnes. Dalam erti kata lain, wakil ni buat presentation 'Business Model of a Football Club'.

3. Setiap pasukan negeri dan kelab hantar wakil untuk pelajari ilmu no. 2 ni dan praktikkan ke dalam environment kelab dan negeri masing-masing.

4. Total restructure FAM. Tukar pentadbiran from serendah-rendah jawatan ke peringkat presiden. Dah takder kemajuan, current board member please step down immediately.

5. FAM dapatkan kursus kejurulatihan daripada pengurusan tertinggi (seperti FIFA, UEFA) dan setiap persatuan negeri dan kelab boleh hantar wakil untuk pelajari 'the in-thing' pasal kejurulatihan sekarang. Jurulatih perlu miliki pengetahuan taktikal yang 'up-to-date', bukan main sembrono atau syok sendiri jer.

6. Buat 'link-up' dengan akademi bola sepak kelab-kelab berjaya (tak kira di mana jua), dan hantar pemain untuk 'bertapa' / berguru di kelab-kelab tersebut. Pendedahan berterusan pada suasana asing perlu diterapkan.

So 6 idea ni basic ajer pada pandangan aku. Korang yang lagi hebat daripada aku, sila bagi lagi apa-apa pandangan bernas yang boleh kita 'list'kan untuk tampal kat kepala FAM tu. Meh kongsi meh...
 
Last edited:
Top