Dalam Negara LAGU PALING POPULAR TAHUN 1996 DI MALAYSIA

Joined
Feb 8, 2017
Messages
21
Likes
0
Points
1
Age
35
Offline
#1
GALAKSI VIRAL - Tahun 1996 masih merupakan tahun kegemilangan Diva Pop Ziana Zain selepas memegang status Artis Paling Popular 1995. Komposer paling popular pada tahun ini ialah Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Johari Teh dan Nabila. Tahun ini juga merupakan tahun kemuncak populariti irama Dangdut apabila album Dangdut Amelina berjudul Asyik (album solo) dan Dang Dang Dut (album kompilasi) telah berjaya menjadi album paling laris di Malaysia pada tahun 1996. Selain itu, irama muzik Alternatif juga sudah mula popular di kalangan peminat tempatan apabila ramai artis baru yang muncul membawakan muzik ini iaitu seperti Abot dan Kumpulan OAG. Tahun 1994 sehingga 1997 boleh dikatakan tahun kemuncak kegemilangan irama muzik Melayu kerana pada tahun berkenaan begitu ramai artis baru/lama yang muncul dengan pelbagai jenis muzik di dalam album mereka dan majoriti jualan album mereka juga laris di pasaran tempatan. Jom kita lihat lagu manakah yang dinobatkan sebagai Lagu Paling Popular Tahun 1996 di Malaysia.





TOP 12
LAGU MALAYSIA PALING POPULAR
TAHUN 1996







01. KORBAN CINTA

Artis : Ziana Zain
Komposer : Johari Teh
Penulis Lirik : Johari Teh
Album : Maria Marian OST
Tahun : 1996
Catatan :
Lagu ini adalah lagu paling popular di Malaysia tahun 1996. Lagu ini juga adalah lagu tema filem Maria Mariana yang telah mengutip kutipan sebanyak RM 4.7 juta. Antara kejayaan lagu ini ialah memenangi Persembahan Terbaik Solo di pertandingan Konsert Pujaan 10 Nescafe 1996 dan mendapat anugerah Lagu Paling Popular serta Penyanyi Wanita Paling Popular di Anugerah Muzik Singapura 1996. Oleh itu, tidak menghairankanlah jika Diva Pop Ziana berjaya mengekalkan statusnya sebagai Artis Paling Popular tahun 1996 di Malaysia. Album soundtrack ini terjual lebih 50,000 unit di pasaran. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik ialah No.1 (8 minggu tidak berturutan) dan berada di dalam carta selama 16 minggu.

Info lanjut boleh baca di sumber rujukan ini >>> http://galaksiviral.blogspot.com/2019/11/lagu-paling-popular-tahun-1996-di.html
 
Top