Dalam Negara LAGU PALING POPULAR TAHUN 1995 DI MALAYSIA

Galaksi Viral

freshman
Joined
Feb 8, 2017
Messages
22
Points
1
Age
36
GALAKSI VIRAL - Tahun 1995 merupakan tahun kegemilangan Diva Pop Malaysia Ziana Zain kerana banyak kejayaan beliau telah kecapi pada tahun ini. Komposer Saari Amri pula merupakan komposer paling popular pada tahun ini. Tahun ini juga boleh dikatakan tahun kegemilangan irama muzik Melayu Malaysia kerana banyak album terjual lebih 20,000 unit ke atas tidak kira artis solo mahupun berkumpulan. Untuk tahun 1995, album kumpulan Slam berjudul Kesan Terbukti boleh dikatakan album paling laris pada tahun itu kerana terjual hampir 300,000 unit untuk tahun itu saja. Selain itu, irama muzik pada tahun ini juga masih variasi sejak tahun 1992 di mana pelbagai genre muzik telah muncul daripada pelbagai artis tempatan. Namun, yang paling ketara ialah irama Dangdut yang mula menunjukkan pengguasaannya di pasaran muzik tempatan pada tahun ini. Tahun 1994 sehingga 1997 boleh dikatakan tahun kemuncak kegemilangan irama muzik Melayu kerana pada tahun berkenaan begitu ramai artis baru/lama yang muncul dengan pelbagai jenis muzik di dalam album mereka dan majoriti jualan album mereka juga laris di pasaran tempatan. Jom kita lihat lagu manakah yang dinobatkan sebagai Lagu Paling Popular Tahun 1995 di Malaysia.



TOP 12
LAGU MALAYSIA PALING POPULAR
TAHUN 1995





01. RINDU


Artis : Amelina
Komposer : Darwis
Penulis Lirik : Darwis
Album : Amelina
Tahun : 14 Disember 1994
Catatan :
Amelina adalah Artis Baru Paling Popular tahun 1995. Ini adalah disebabkan fenomena lagu Rindu Ah Ah yang menjadi kegilaan ramai peminat pada tahun itu. Album pertama Amelina telah booommm di pasaran tempatan dan banyak lagu dalam album ini menjadi popular sehingga ianya terjual lebih 200,000 unit di pasaran tempatan. Lagu ini tidak pernah dicalonkan di dalam Carta Muzik Muzik 1994/1995. Namun yang pastinya, lagu Rindu Ah Ah adalah lagu Amelina paling meletop pada tahun itu dan seterusnya menjadi lagu paling popular tahun 1995. Sungguhku tak mampu, menahan rindu.. Aahh.. Aahh..

Info lanjut boleh baca di sumber rujukan ini >>> http://galaksiviral.blogspot.com/2019/11/lagu-paling-popular-tahun-1995-di.html
 
Top