Ku Kejar Cinta Abadi

junaidahhamdan

freshman
Joined
May 9, 2017
Messages
22
Points
3
Age
51
Sebenarnya sebut hal cinta, mesti hati semua orang berbunga-bunga. Senyum-senyum je. Best kan saat jatuh cinta, bercinta dan bernikah. Tetapi adakah itu cinta sejati yang dikejar.

Sebenarnya cinta sejati juga adalah merupakan rezeki kurniaan Allah swt. Seawal sekolah rendah terkadang kita telah terjebak dengan cinta. Cinta monyet kata orang. Ya memang cinta monyet kerana cinta yang melompat dari seorang ke seorang yang lain seperti lagaknya monyet yang melompat dari dahan ke dahan lain. Jatuh cinta lagi ketika kita bersekolah menengah. Ini dinamakan mulanya cinta yang dicari-cari. Berkira-kira kononnya dialah buah hati pengarang jantung yang boleh bahagia hingga ke Jannah. Mungkin kita pon bercinta lagi masa di kolej atau di universiti.

Tetapi benarlah jika jodoh belum sampai, sebanyak mana kita berkawan dan bercinta akhirnya tidak juga kita bernikah dengan orang yang kita sayangi. Adakalanya tanpa rasa bersalah kita meninggalkan cinta hati dari seorang ke seorang yang lain. Adakah anda juga begitu...haha baik mengaku.

Jika jodoh telah tiba, tanpa diduga, tanpa perancangan yang rapi, akhirnya kita bernikah juga dengan sesorang yang baru kita kenali dan sepertinya sangat secocok dengan rasa hati dan dengan rasa tak bersalah bersumpah bahawa inilah jodohku hingga ke Jannah. Tetapi kekandang karma kita meninggalkan rakan lelaki atau wanita ketika kita berpacaran terdahulunya juga tempias kepada kita. Jadi ingatlah adik-adik, jika kita menyakiti hati orang lain, hati kita juga bakal disakiti satu masa nanti.

Adakalanya cinta abadi yang dicari bukanlah pada pasangan yang kita nikahi. Ianya sebagai dugaan supaya kita lebih mencintai Allah swt. Berbahagialah bagi orang-orang yang punya bahagia dicintai pasangan hingga ke Jannah dan pada masa yang sama mencintai Allah swt. Justeru berhati-hatilah adik-adik semua jangan kerana seronok bercinta anda datang dan pergi dengan cinta anda dari seorang ke seorang yang lain. Kelak karma menghantui hidup anda. Begitu juga peringatan kepada diri saya.

Akhirnya saya memilih cinta abadi kepada Allah swt kerana selamanya kita tidak akan disakiti dan cinta Allah terhadap umatnya tiada henti dan sentiasa dekat dengan kita selamanya. Ianya sangat membahagiakan.....Salam Ramadhan semua.
 
Top