Peraturan Baru Kod Etika Forum

smartusaha

Active
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,878
Points
48
Mulai sekarang, pihak moderator / admin akan mengemaskini dan menambah kod etika ber-forum. Juga, beberapa tindakan tegas akan dilakukan tanpa amaran terlebih dahulu. So, sila baca semua peraturan forum di sini dahulu sebelum melakukan apa-apa posting terutama yang baru join forum ini.

KOD ETIKA / PERATURAN & TINDAKAN
==========================


1. Mana-mana posting yang salah tempat akan di-alih tanpa diberitahu terlebih dahulu oleh pihak moderator.

2. Jika anda salah posting berkali-kali, kami berhak delete sahaja posting anda itu kerana kami letih nak layan anda sorang. ;)

3. Mana-mana IKLAN yang tidak bagus untuk manfaat bersama, kami akan delete terus. So, kalau iklan anda hilang, maksudnya iklan anda tu mungkin tak baik untuk manfaat bersama.

4. IKLAN yang dilarang adalah skim piramid, skim binari, derma-menderma, autosurf, pelaburan entah apa-apa, HYIP dan Forex. Anda perlu sedar, kita di forum ini hanya fokus kepada PERNIAGAAN INTERNET sahaja.

5. SILA CARI & BACA persoalan yg ingin anda tanya SEBELUM bertanya, melainkan anda urgent dan betul2 memerlukan jawapan dengan cepat. Ingat!! Nak berjaya kena rajin. ;)

6. Sebelum buka topik baru, sila cari adakah topik anda tu dah ada orang buka atau belum.. hehe, kena rajin sikit. Jangan malas.. ;)

* Gunakan fungsi search di forum ni. Menunya kat atas sekali bersebelahan dengan menu FAQ.

Lain-lain kod etika dan peraturan akan ditambah dari semasa ke sama.

Rules Updates
==============

18 Nov 2009
Kod Etika Forum | WangCyber - by RajaKamil RajaKamil

11 March 2008
Kod Etika Forum | WangCyber - by smartusaha smartusaha

26 Februari 2007
Kod Etika Forum - by alang alang

TINDAKAN TEGAS ADALAH MUKTAMAD UNTUK KEBAIKAN SEMUA.

Moderators.
 
Last edited by a moderator:

alang

SZAB Network
Super Senior
Joined
May 24, 2006
Messages
1,716
Points
38
Age
44
Tambahan dari saya

7. Saiz maksimum untuk image signature ialah 500 width dan 100 height. Video klip dalam signature tidak dibenarkan. Untuk text signature, font yang digunakan janganlah terlalu besar

8. Jika anda menulis tentang sesuatu yang menarik di blog / laman web anda dan ingin membincangkan di sini, COPY & PASTE keseluruhan artikel tersebut di dalam thread berkenaan ataupun jika ianya terlalu panjang, copykan bahagian yang penting supaya semua orang faham apa yang ingin anda bincangkan. Jika anda membuka thread untuk berbincang dengan hanya link ke blog / laman web anda, thread tersebut akan didelete tanpa sebarang amaran. Jika anda artikel tersebut bukan dari blog / laman web anda, pastikan anda meletakkan url dari mana artikel tersebut diperolehi.

9. Maklum balas iTrader hanya boleh diberikan apabila adanya urusniaga iaitu jual beli barang ataupun perkhidmatan. Ia tidak boleh diberikan kepada seseorang yang hanya membuat tawaran untuk menjual / membeli / memberi perkhidmatan kepada anda.

10. Sila jangan pm / email pihak admin /mod untuk bertanyakan tentang siapa yang memberikan anda Reputation kerana ia tidak akan dilayan.
 

smartusaha

Active
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,878
Points
48
Sedikit tambahan mengenai peraturan forum. Benda sama, tapi cara penerangan lain sikit. :)

--------------------------------------

Saya tengok, dah ada beberapa orang cuba buat style forum digitalpoint. Kalau nak satu benda, kena PM. Walaupun tak ada peraturan berkaitan hal ni di forum WC ni, tapi bagi saya, tak ada salahnya bagitahu terus sesuatu benda atau bagi link terus. Malah, ia lebih mudah. Kenapa agaknya perlu PM? Kan letih nak melayan. :)

Alasannya mudah. Kalau sesiapa aktif di forum digitalpoint, biasanya link yg mereka bagi adalah link affiliate atau suruh buat itu dan ini.

Sepatutnya, offer2 yg seperti link affiliate dibuka di ruangan iklan, bukan di ruangan perbincangan.

Saya menegur ni bukan sebab apa. Saya takut nanti perkara sebegini dah tak terkawal kelak.

So, jika nak kongsi sesuatu, tiada halangan nak buka topik, malah digalakkan sangat-sangat kongsi benda yang baik. Tapi:

1. Jika nak berahsia, amat sesuai buka topik di ruangan iklan. Lagi-lagi kalau nak bagi link affiliate.

2. Jika tak nak berahsia, maka boleh buka topik di ruangan yang berkaitan. Tapi, link affiliate tidak dibenarkan.

3. Jika nak bagi ebook free, terus bagi link download yang direct. Jangan suruh opt-in. Kalau nak suruh optin, maka buka topik di ruangan iklan.

4. Jika suruh PM dan nak bagi link affiliate atau promote something, maka wajib buka di ruangan iklan. Sebab ia adalah promosi, bukan perbincangan.

Ruangan lain adalah untuk perbincangan, bukan untuk promosi. Amat mudah nak faham kat mana perlu buka topik: Kalau topik anda ada unsur promosi, maka tempatnya ruang pengiklanan. Kalau topik anda adalah perbincangan dan perkongsian ilmu, maka bukalah di mana-mana ruangan yang berkaitan.

Saya bagitahu perkara ni untuk semua orang. Sebagai moderator, saya perlu memantau dan menegur apa yang patut. Malah, tak adillah kalau orang lain ikut rules, tapi sorang dua terlepas.

Jika perasan, pihak WC dah sedikit longgar dan open minded dah sikit skrg. Tapi janganlah ambil peluang pulak dengan keterbukaan pihak admin dan mods WC. :)

Harap2 semua warga WC membuka topik di ruangan yg sepatutnya. Ini demi kebaikan bersama.

Yang ikhlas,
Moderator.
 

RajaKamil

Kawan WC Premium
Super Senior
Joined
Jul 10, 2007
Messages
6,833
Points
48
Age
34
Terkini;
Nak collect list , ppl, dan whatsover;
sila buka thread di WTS.
Thread akan didelete terus jika peraturan tidak diikuti.

Nak announce cabaran, sila dapatkan pengesahan daripada Admin/Mod.
Thread akan dikunci jika tidak berbuat demikian.
 

gillgallad

freshman
Joined
Sep 1, 2017
Messages
25
Points
3
Age
40
Sedikit tambahan mengenai peraturan forum. Benda sama, tapi cara penerangan lain sikit. :)

--------------------------------------

Saya tengok, dah ada beberapa orang cuba buat style forum digitalpoint. Kalau nak satu benda, kena PM. Walaupun tak ada peraturan berkaitan hal ni di forum WC ni, tapi bagi saya, tak ada salahnya bagitahu terus sesuatu benda atau bagi link terus. Malah, ia lebih mudah. Kenapa agaknya perlu PM? Kan letih nak melayan. :)

Alasannya mudah. Kalau sesiapa aktif di forum digitalpoint, biasanya link yg mereka bagi adalah link affiliate atau suruh buat itu dan ini.

Sepatutnya, offer2 yg seperti link affiliate dibuka di ruangan iklan, bukan di ruangan perbincangan.

Saya menegur ni bukan sebab apa. Saya takut nanti perkara sebegini dah tak terkawal kelak.

So, jika nak kongsi sesuatu, tiada halangan nak buka topik, malah digalakkan sangat-sangat kongsi benda yang baik. Tapi:

1. Jika nak berahsia, amat sesuai buka topik di ruangan iklan. Lagi-lagi kalau nak bagi link affiliate.

2. Jika tak nak berahsia, maka boleh buka topik di ruangan yang berkaitan. Tapi, link affiliate tidak dibenarkan.

3. Jika nak bagi ebook free, terus bagi link download yang direct. Jangan suruh opt-in. Kalau nak suruh optin, maka buka topik di ruangan iklan.

4. Jika suruh PM dan nak bagi link affiliate atau promote something, maka wajib buka di ruangan iklan. Sebab ia adalah promosi, bukan perbincangan.

Ruangan lain adalah untuk perbincangan, bukan untuk promosi. Amat mudah nak faham kat mana perlu buka topik: Kalau topik anda ada unsur promosi, maka tempatnya ruang pengiklanan. Kalau topik anda adalah perbincangan dan perkongsian ilmu, maka bukalah di mana-mana ruangan yang berkaitan.

Saya bagitahu perkara ni untuk semua orang. Sebagai moderator, saya perlu memantau dan menegur apa yang patut. Malah, tak adillah kalau orang lain ikut rules, tapi sorang dua terlepas.

Jika perasan, pihak WC dah sedikit longgar dan open minded dah sikit skrg. Tapi janganlah ambil peluang pulak dengan keterbukaan pihak admin dan mods WC. :)

Harap2 semua warga WC membuka topik di ruangan yg sepatutnya. Ini demi kebaikan bersama.

Yang ikhlas,
Moderator.
Thanks for the info. Sebagai orang baru sememangnya banyak melakukan kesilapan.Hee.
 
Top