Kita move on' - Anwar tak mahu jawab soalan skandal seks

Dellxx

freshman
Joined
Aug 26, 2019
Messages
19
Likes
0
Points
1
Age
26
Offline
#1
Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini enggan menjawab sebarang soalan berkaitan kontroversi video seks yang mengaitkan timbalannya, Mohamed Azmin Ali.

"Kita move on. Domo arigato (terima kasih)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas berucap di Simposium Ekonomi Malaysia.

Antara soalan yang ditanya pemberita ialah dakwaan yang dibuat setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak selepas dibebaskan daripada tanahan polis, dan khabar angin Azmin merancang untuk keluar parti.



Farhash mendakwa penahanannya selama lapan hari bertujuan menjatuhkan reputasi Anwar dan rakaman CCTV di hotel di mana hubungan seks itu didakwa berlaku telah dipadam.

Anwar yang juga anggota parlimen Port Dickson menggesa pemberita agar memberi tumpuan kepada simposium yang diadakan, yang menurutnya telah dirancang sejak tiga bulan lalu dan menampilkan taklimat daripada pegawai tinggi kerajaan.



Tiga penyampai ucapan utama ialah Gabenor Bank Negara Nor Shamsiah Mohd Yunus, Timbalan Ketua Pengarah (makro) Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Zakiah Jaafar dan ahli ekonomi Universiti Malaya Edmund Terrence Gomez.

Simposium anjuran bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof, Majlis Ahli-ahli Backbencher dan Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus itu dihadiri anggota parlimen dan diplomat.


Sumber:
https://helloworld-ntjsvrx6uq-an.a.run.app/aHR0cCUzQSUyRiUyRnc5bm5sOS5jbiUyRjc2YXRDNW4xUUZIQg==
 
Top