kisah seram

Joined
Jan 20, 2017
Messages
27
Likes
0
Points
1
Age
28
Offline
#1
Sy ingin berkongsi satu cerita yang seram(seram ke). Hehe.cerita ini betul dan telah dialami oleh pakcik saya sendiri. Ceritanya macam ni, pakcik saya bersama seorang kawan dia balik dari tempat kerja, dua dua menaiki moto sendiri. Dalam perjalanan , pakcik saya dan kawan nya berhenti ditepi jalan kerana ingin mendapat kepastian .
Pakcik: kabir, kita nak lalu jalan "shortcut" ni, tapi jalan dia gelap dan kiri kanan hutan, kau kena ikut je belakang aku, jangan jauh sikit pun.
Kawan pakcik : okey je ,janji cepat sampai rumah sebab aku penat keje lagi pun dah lewat malam ni.
Pakcik : ok , disebab kan laluan tu orang kata tempat "keras" , aku ada kata kunci untuk kita lepas kita dah lalu jalan tu .
Kawan pakcik : ok apa dia .
Pakcik : lepas je kita dah lalu jalan gelap tu, berhenti tepi jalan tau, kau kena mengucap depan aku, aku kena mengucap depan kau. Kalau betul, itu betul lah kau (sambil bergurau)
Kawan pakcik : kau time macam nilah nak bergurau ! Ok lah, aku ok je, jangan lambat pula nanti.

Pakcik saya bawa moto diikuti oleh rakan nya di belakang. laluan disitu agak gelap dan sunyi,kerana mereka nak cepat ikut jalan "shorcut".
Apabila mereka sampai di akhir laluan jalan yang gelap itu, pakcik saya berhenti ditepi jalan dan menunggu kawan nya sampai
Seperti mana yang telah mereka janji kan. dalam beberapa minit ,kawannya telah sampai.

Pakcik : weh asal kau lambat.dah lah muka cuak .kau takut eh kita berhenti dekat tepi jalan ni?(mereka bergurau)
Kawan pakcik : mana ada, aku sejuk ni .
Pakcik : haa kau try lah mengucap cepat.
Kawan pakcik :haa mengucap?(hanya tersengeh2 macam kerang busuk)
Pakcik : tu lah, dah besar2 tak pandai mengucap dulu sekolah mesti panjat pagar.
Kawan pakcik : aku reti lah ! , aku nak kau mengucap dulu. lepastu baru aku mengucap.

Dalam masa yang sama, pakcik saya terus mengucap
Pakcik : (Ashaduanlailahaill Allah, waashhaduannaMuhammaddarrasulullah)

Kemuadian, pakcik saya memnyuruh kawan nya untuk mengucap
Pakcik : cepat lah ,kau pulak !
Tiba tiba rakan nya
Kawan pakcik : (tersenyum dan mngucap) ashaduanLALALALALALALALALALALALALALALA

dengan mata yang besar dan gelak2 , dan dia bukan lah kawan pakcik saya sebenarnya.
Selepas itu, pakcik saya balik rumah dengan keadaan yang takut,kelam kabut dan meninggal kan kawasan itu .. Keesokan harinya,pakcik saya demam seminggu, dan kawan dia datang melawat nya dirumah. pakcik saya diberitahu bahawa , kawannya ditinggalkan oleh pakcik saya apabila mereka lalu di laluan gelap itu . kawan pakcik saya tak jumpa pakcik saya, dan dia terus balik kerumah. Sekian...
 
Top