Kisah benarku dengan Jutawan.... Mesti Baca Wajib Baca!!!!!!!!!!!!!!!

mamatpenang

Senior
Joined
May 11, 2008
Messages
2,551
Points
38
Kisah ku dengan seorang jutawan Cina kisah benar

Ianya bermula sejak aku gila nak jadi kaya aku selalu ronda rumah orang kaya di penang yang setiap sebuah berharga lebih RM1juta

Ronda punya ronda ternampak seorang mamat cina kaya naik kereta porche RM1juta aku pun ikut dia dan merapati dia dia turun di kedai nasi kandar lalu aku pun pi sembang ngan dia

aku tanya brother sori kacau leh sembang dia pun kata apa dia jom sembang dia amat peramah tanya dia macam mana kaya dia pun khutbah macam macam macam mana biz dia dan pelbagai benda dia bagi nasihat

Akhir kata dia you betul ka mau kaya saya pun kata mau la sapa tak nak kaya kat dunia dia kata minta la saya kata kat sapa

Minta sama Tuhan la Dia paling kaya minta jalan kaya sama Dia you boleh kaya dari i

Ya Allah Ya Tuhanku Allah Maha Bijaksana Maha Kaya Kurniakan la jalan kekayaan pada ku

Kesimpulannya nak apapun kat dunia minta sama Allah Taala Dia yang maha kaya Dia akan beri petunjuk dan jalan pada Kamu
 
Last edited:

Offline

freshman
Joined
Oct 2, 2009
Messages
432
Points
0
Tjuk je dah buat sy terkena.... Ingatkan mmt penang yg jd jutawan tu... Rupenye.... :)

Pe pn, kdg2 kita terlupa... sbuk sgt kejar kekayaan n abaikan tmpt utk kita memohon...

Usaha tanpa keredhaannya hanyalah sia2...

Insaf2.....
 

Duit Internet !

freshman
Joined
Sep 3, 2009
Messages
854
Points
0
btol
kite perlu beringat-ingat
kne de keredhaan
 

codak

freshman
Joined
Apr 24, 2009
Messages
571
Points
0
thanks ingatkan...bile dapat duit rasanyer dh lupa tuhan,padahal sebelum tu ingat gak skit...

dpt duit trus igt enjoy smpi lewat solat...
 

alamniaga

Senior
Joined
May 4, 2009
Messages
674
Points
18
btol apa yang apek tu cakap...lagi pun satu sen menda haram masuk dalam darah daging, sampai mati kita akan tanggung...
crita psal apek teringat saya pasal kisah ketam ni...

ada sorg mcik ni dia nk gi beli barang dapur kat pasar...so, bila sampai je dia kat pasar dia jumpa sorg apek jual ketam...ada 2 bakul ketam tu...satu bakul tertutup rapat dan satu lagi di biarkan terbuka...lalu dia tanya laa apek tu di sebabkan kekonfiusan dia ni... dengan selamba apek tu ckp, bakul yg tertutup tu ketam cina pasal kalo seko dapat kluar, dia akan tarik jugak ketam yg lain kluar...yang ketam dalam bakul di biarkan terbuka tu adalah ketam melayu...sebab kalo ketam melayu dia akan cuba naik keatas dengan memijak sesama sdiri dan tak akan dapat panjat kluar sebab dia tak bantu sesama sdiri....

moralnya: jangan laa kita menjatuhkan rezeki orang lain sesama melayu dan islam selagi rezeki yang di perolehi berada di jalan yang betul...bantu membantu lah kita sesama kita kerana sikap ini bukan sahaja memberi pahala malahan memberi kesan yang baik kepada bangsa kita...

trima kasih...
 

mamatpenang

Senior
Joined
May 11, 2008
Messages
2,551
Points
38
Ya hidup melayu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Semoga Allah murahkan rezeki bangsa melayu dan diriku juga amin
 

azlanhussain

Senior
Joined
Aug 27, 2008
Messages
1,868
Points
38
Sepengalaman saya, bila memohon pada nya, mohonlah untuk diberikan kesenangan dan kemudahan mencari rezeki yang halal, supaya dapat kita selesaikan segala hutang, dan dapat kita menjalankan kewajiban kita memberi kesenangan dan kebahagiaan untuk anak, isteri, mak, ayah, mertua, adik2, & ipar2 kita... InshaAllah pasti termakbul..

Sebab sebagai hamba Allah dimuka bumi ni kita dilahirkan dengan tanggungjawab dibahu kita. Setiap insan ada tanggungjawabnya kepada insan yang lain. Dan selagi kita bergerak untuk menjalankan tanggungjawab kita, selagi itulah, Allah maha pemurah, akan memakbulkan segala permintaan kita untuk kejalan tersebut..InshaAllah..

Dalam masa yang sama jangan juga kita lupa akan tangguingjawab kita pada -Nya... Allah, Tuhan pencipta sekelian alam.. amin...

Wasalam...
 
Last edited:

engshahrul

Senior
Joined
Dec 6, 2008
Messages
2,482
Points
38
Akhir kata dia you betul ka mau kaya saya pun kata mau la sapa tak nak kaya kat dunia dia kata minta la saya kata kat sapa
Aku susah nk faham ayt ni, x de koma langsung. Anyway, thanks mamatpenang atas peringatan ini.
 

azeri

Senior
Joined
Oct 14, 2009
Messages
339
Points
18
Rezki semua dari Allah.Walaupun sedikit tetapi tetap bersyukur pasti ditambahi rezki kita.Itu lah janji yang empunya dunia ini.Alhamdulillah 3x.
 

marshita

freshman
Joined
Oct 23, 2009
Messages
291
Points
0
Jangan terlalu mengejar kekayaan sehingga terlupa mengejar keredhaan Allah :) Salam ukhwah untuk semua warga WC..
I'm still new here..seronok ada topik yang saling mengingatkan kita :) Love it!!
 
Top