KISAH BENAR!! Ramai BANKRUPT Selepas Raya

JaMaL

Senior
Joined
Jan 14, 2009
Messages
5,609
Points
38
Salam sahabat semua..

Rasanya tak terlambat saya nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri
buat sahabat WC semua samada mengenali saya atau tidak...

Bagaimana sambutan Aidilfitri anda? Meriah? Saya jamin meriah..

Almaklumlah, ramai geng WC di sini yang jana income lumayan ataupun ramai
telah mendapat duit raya dari bisnes internet yang mereka ceburi....

Saya bukan apa, cuma nak sembang-sembang di sini..

Dah lama tak melepak di WC ini..HArap-harap dapat berkenalan dan dapat
bersembang semula dengan rakan-rakan WC lama mahupun yang baru..

Raya dah lepas (walaupun tak tamat lagi - raya kan sebulan), tapi masalah besar
yang sering dihadapi ramai orang adalah - duit banyak habis semasa menyambut
raya...Biasalah kan, raya..

Biasa kita banyak keluar duit semasa menyambut raya untuk:


# Membeli pakaian raya
# sedia duit raya untuk keluarga, orang tua, anak buah dll
# selenggara kenderaan - ada juga beli kereta baru
# beli kuih raya
# duit balik kampung
# dan macam-macam lagi..

Dan selepas raya - iaitu ketika nak masuk kerja, duit dah kering!!
Biasalah berlaku kan...duit dah habis guna semasa raya...


Sebagai IM, affiliater, blogger dll yang hebat-hebat seperti anda, bagaimanakah
anda nak cari duit balik? Adakah:

# jual produk baru?
# promosi affiliate?
# guna duit simpanan?
# manage kewangan semula?

Atau apa saja?

Tips anda dan juga nasihat anda amat dialu-alukan untuk dimanfaatkan bersama-sama...


satu tips ni mungkin boleh digunakan:
TIPS ELAK POKAI LEPAS RAYA

Tips Urus Kewangan Elak Pokai Lepas Raya

Kaedah pengurusan kewangan terbaik ketika menyambut musim perayaan

* Mengambil kira soal kepentingan berjimat dan menguruskan kewangan dan mempunyai simpanan khusus sebagai tabungan. Melalui tabungan inilah kita boleh membeli pakaian dan persiapan lain.

Konsep tabungan

* Mengamalkan konsep simpanan musim perayaan serta menetapkan nisbah 70/30 dalam keseluruhan jumlah pendapatan bulanan.
* 70% purata itu merangkumi perbelanjaan dan bayaran wajib setiap bulan. Manakala baki 30 peratus sebagai simpanan. Tidak kira sama ada simpanan pelaburan, amanah saham atau caruman, ia sedikit sebanyak membantu kita dalam aspek tabungan jangka masa panjang.

Kad kredit?

* Jika penggunaan dalam kuantiti sedikit, ia boleh membantu, tetapi jika salah penggunaannya ia juga boleh membebankan dalam tempoh jangka masa panjang.
* Kita seharusnya segera membayar jumlah kredit yang dipinjam supaya tidak ada kos tambahan dan caj dikenakan.

Tip mengelak penggunaan kad kredit musim perayaan

* Tinggalkan saja kad kredit di rumah. Apabila ke pasar raya, elak menggunakan troli, sebaliknya ambil bakul. Biarpun dua benda yang sama, tetapi secara psikologi menyaksikan kita hanya mengambil barang yang perlu saja.
* Arahkan pihak bank mengurangkan jumlah had atau credit limit sebagai alternatif mengelak daripada terus menggunakan kemudahan itu.

Perbelanjaan selepas cuti raya

* Tabungan adalah langkah alternatif mengatasi krisis kewangan selepas musim perayaan.

TIPS: Belanja berhemah:

1. Senaraikan barang keperluan yang ingin dibeli
2. Letakkan dalam bajet jumlah barangan yang dikehendaki
3. Lakukan penelitian premis yang hendak dikunjungi untuk lebih berjimat.
4. Elak menggunakan kad kredit.
5. Usah berbelanja ketika perut lapar kerana ini mendorong kita berbelanja lebih
6. Beli barang keperluan secukupnya dan elak pembaziran
7. Pastikan barang yang dibeli mempunyai nilai berpatutan
8. Elak membeli barang diimport sedangkan anda barangan buatan tempatan memiliki kualiti sama.

Rumusan petikan dari: Kempen Kosumer Kebangsaan, http://www.kkk.org.my/melayu/index....-tip-urus-kewangan-elak-pokai-lepas-raya.html
 

ZACKER

freshman
Joined
Sep 14, 2010
Messages
27
Points
0
Hehe..aku salah sorang...tapi walaupon da pokai sanggup aku lantak meggi
tiap2 hari agar x terusik duit simpanan ...
 

JaMaL

Senior
Joined
Jan 14, 2009
Messages
5,609
Points
38
Sebelum berbelanja, adalah lebih baik terlebih dahulu buat kira2.
betul tu...tu paling penting..saya pon fail juga....saver lebih baik dari spender..

Hehe..aku salah sorang...tapi walaupon da pokai sanggup aku lantak meggi
tiap2 hari agar x terusik duit simpanan ...
kena makan megi jugalah...tapi takut badan tak sihat pula.

Saya ingat nk jual ebook lah nanti - pasal SEO lama dah terbengkalai..
dan nk main adsense....white hat ...
kompem saya beli..almaklumlah pakar SEO nak buat ebook..harap ebook dibuat memudahkan saya
nak fahamkan pasal SEO ni..almaklumlah saya ni lembab SEO ni
 

tukunkayu

freshman
Joined
Jul 19, 2008
Messages
517
Points
16
Age
44
duit aku banyak lagi lepas raya, tak pokai pon.
sebab aku raya kat spital, org rumah masuk wad....huhuhuhuhu.
 

DilaWriter

Guest
Joined
Aug 20, 2009
Messages
992
Points
0
alhamdulillah lepas raya rezeki mencurah2 jugak. ramai yang datang buat tempahan freelance saya. hehe.. walaupun raya boleh tahan berhabis, tapi lepas raya senyum balik sebab deposit masuk. sikit pun jadilah. hehe.. (ada jugak warga WC & client luar saya tak pokai lepas raya!) :)
 
Top