Kisah Anak Anjing Disimbah Air Mendidih Kerana Kunyah Handphone Tuannya

Joined
Dec 7, 2016
Messages
26
Likes
0
Points
1
Age
28
Offline
#1
Sungguhpun manusia dan binatang kedua-duanya dikurniakan otak, namun apa yang mengangkat darjat manusia adalah kuriaan akal fikiran yang boleh mengimbangi kewarasan serta tingkah laku.

Berbeza dengan binatang, otaknya adalah digunakan untuk menyimpan tindakan refleks, memori sedar dan separa sedar setara dengan sifatnya sebagai seekor binatang.

Malang bagi anak anjing bernama Tuffy ini apabila bekas tuannya 'hilang akal' selepas menghukumnya kerana mengunyah telefon bimbit dengan mencurahkan air panas ke seluruh badan anak anjing malang ini.

Berusia hanya 6 minggu, Tuffy, sepertimana kebiasaan anak anjing lain bergerak aktif untuk mengenali dunia barunya.

Binatang yang serba naif ini dihukum sebegitu teruk ditambah lagi ianya dicampak dari tingkat empat balkoni sebuah pangsapuri.

Syukur, seorang individu yang lalu lalang dibawah tempat Tuffy dicampak melihat kelibat si cilik ini dalam keadaan paling sayu, lantas membawanya ke klinik veterinar untuk mendapatkan rawatan susulan.

Baca selanjutnya di sini [VIDEO] Kisah Anak Anjing Disimbah Air Mendidih Kerana Kunyah Handphone Tuannya
 
Top