Kesimpulan Mengenai TEknik BLackHat (Maaf kerana membuka thread ini)

nandoi

freshman
Joined
Feb 22, 2009
Messages
374
Points
0

mutt

Newbie
Joined
Feb 24, 2007
Messages
1,928
Points
38
biasanya aku kalau nak elakkan kena speedtrap dekat highway (slalu travel so bwk laju) aku akan follow kereta yg bwk laju sama macam aku. memang aku xpenah kena walaupun dah banyak roadblock speedtrap aku dah tempuh. paling obvious ada skali tu kereta depan dan belakang aku yg sama2 bawak 150km/j kena tahan roadblock walhal aku xkena, selain itu, aku biasanya tau mana spot2 speedtrap (sbb dah biasa sgt travel so dah boleh agak mana hotspot)

kesimpulannya, apa yg aku buat adalah teknik utk elak speedtrap dan aku memanipulasi loop holes (spot2 speedtrap) yg ada utk elakkan dr kena tahan.

teknik yg aku guna ni adalah blackhat dan memanipulasi loop holes yg ada utk elak saman. konsepnya sama mcm blackhat kat internet. kita mempunyai teknik utk mendapatkan result yg lebih baik (cth: dapatkan traffic) dan memanipulasi loop holes yg ada.

jgn ckp korang xpenah langgar speed limit dah la...

p/s; mesti ada orang kata aku ngarut. tapi aku bg cth supaya orang akan lebih mudah paham. dan aku xrase cth yg aku bg ni xrelevan. sbb ia berkaitan undang2 (mcm TOC la..)
 

rizalembi

Newbie
Joined
May 29, 2009
Messages
155
Points
16
Satu jer perkara yang ingin aku sentuh mengenai apa yang korang kata mengenai "Pengharaman arak memang dah ada nas dalam al-Quran dan Hadis. Blackhat takde nas."

Jangan main giler dan jangan di bawa main untuk menyedapkan apa yang di bincangkan.

Kalau nak kira hukum al-Quran dan Hadith, bagaimana nak sabitkan sabda Nabi yang menyatakan umat Islam di galakkan mengetahui tentang 3 perkara ini iaitu:
1) Mesti pandai berenang.
2) Mesti pandai memanah.
3) Mesti pandai berkuda.

Cuba fikir dengan logik apakah maksud Rasulullah.. adakah kita MESTI mempunyai 3 perkara itu?

Sedangkan perbandingan dan maksud yang sebenar ialah kita harus "MENGIKUTI PERKEMBANGAN ZAMAN" iaitu:

1) Mesti pandai berenang.
- bagus kalau umat Islam maju dari segi armada laut.

2) Mesti pandai memanah.
- cemerlang sekiranya umat Islam menguasai dunia senjata.

3) Mesti pandai berkuda.
- tentera yang hebat dalam pertempuran di darat bersama kereta kebal dan seumpamanya.

Kalau hendak ikut bulat-bulat, mati kataklah semua umat Islam!

Sekali lagi, jangan dibawa masuk AL-Quran, sabda dan hadith Nabi semata-mata hendak MENYELAMATKAN BLACKHAT. Sebab kalau tidak jelas maksudnya.... silap haribulan, terpesong pula pemahaman orang lain.

Kawan-kawan sekalian,
Berkali aku nyatakan, kalau BLACKHAT yang menganiaya orang lain... memanglah HARAM. Tapi kalau BLACKHAT hanya pada sekadar nama.. tetapi tidak menganiayai dan menipu orang lain.. itu lain cerita.

Tapi faham-faham sendirilah... kalau risau sangat mengenai BLACKHAT, jangan sampai hadith Nabi pula dibawa masuk.

Teruskan perbincangan, aku suka menjadi pemerhati mengenai kes Blackhat sebab suka melihat pemikiran rakan-rakan lain. Dari sini aku dapat melihat idea yang RASIONAL, juga yang EMOSIONAL.

Keep up this discussion sehingga pembaca lain dapat menilaikannya sendiri.

Yang daif,
aku.
Gua follow ijad je.. bab halal ngan haram jangan memain wow... silap cakap dose.
 

Izo

Senior
Joined
Nov 14, 2006
Messages
1,342
Points
38
Aku nak perjelaskan skit berkenaan posting aku sebelum ini:
Jauh bagi contoh perbandingan...blackhat ngan arak
Pengharaman arak memang dah ada nas dalam al-Quran dan Hadis. Blackhat takde nas.
Sebenarnya aku bukanlah berniat nak bawa masuk AL-Quran, sabda dan hadis Nabi semata-mata hendak backing blackhat spt yang Bro Ijad katakan. AKu tidak ada masa nak terang, coz bermusafir semalam. :D

Sebenarnya begini, bagi sesuatu perkara yang tiada dalil atau nas daripada al-Quran dan hadis, perkara itu kemungkinan boleh jadi halal atau boleh jadi haram. Jadi bagaimana kita nak mengetahuinya? Kita perlu rujuk kepada sumber pengambilan hukum seterusnya selepas al-Quran dan hadis ialah ijmak ulama' dan qias.

Arak memang jelas haramnya. Ini kerana terdapat dalil dan nas yang jelas di dalam al-Quran.

aku sokong pendapat nko ni.. satu perkara kena ingat ...

" NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA "
..

Bukan semua benda diharamkan ada disebut dalam Al-quran ..cth .. ganja ada sebut ker ? Pil Eramin ada ker ... so kena faham-faham sendiri... nak lagi ? rasuah politik ada ker ? dan macam macam lagi ...
Dadah, ganja, pil eramin tidak ada pada zaman Rasulullah. Tidak disebut di dalam al-Quran dan hadis. Kemungkinan boleh jadi halal atau boleh jadi haram. Jadi bagaimana ulama menetapkan hukum? Qias daripada arak. Arak memabukkan, dadah,ganja dll pon memabukkan. Maka semua perkara yang memabukkan adalah haram.

Di dalam uba-ubatan ada dadah..haramkah hukumnya? Jawapannya tidak coz tidak memabukkan.

Sya tahu BH memang x disebut dalam Al-Quran samalah macam ROKOK.Ya saya sedar ilmu saya memang kurang mengenai BH ni....so saya akan mengkaji teknik BH ni dngn lebih mendalam...
Rokok tidak memabukkan. Adakah rokok haram? Ada 2 pendapat ulamak, haram dan makruh. Sedikit sahaja bilangan yang kata makruh.

Para Ulama' juga pada awalnya mempunyai pandangan yang berbeza tentang hukum rokok. Ini kerana rokok mula wujud pada zaman ini dan tiada nas-nas khusus dalam al-quran yg menyatakan rokok itu haram.

Tetapi kini setelah kesan bahaya akibat merokok telah berjaya dibuktikan, ulama’ telah bersepakat menfatwakan hukum merokok adalah HARAM kerana boleh mendatangkan kesan mudarat kepada perokok dan yg lebih teruk membahayakan org disekelilingnya. Selain itu ia membazir.

Berbalik kepada Blackhat...untuk meletakkannya haram terus tanpa membuat kajian dan merujuk ulama' adalah tidak patut. Sedangkan Ustaz Zaharuddin pon dalam meletakkan hukum mengenai sesuatu program MLM dia tidak terus mengatakan haram jika sesuatu MLM itu tidak dikajinya terlebih dahulu. Aku selalu baca komen kat blog dia berkeanaan pertanyaan mengenai MLM.

Kawan-kawan sekalian,
Berkali aku nyatakan, kalau BLACKHAT yang menganiaya orang lain... memanglah HARAM. Tapi kalau BLACKHAT hanya pada sekadar nama.. tetapi tidak menganiayai dan menipu orang lain.. itu lain cerita.
Aku nampak point Bro di situ. Yang nie aku pon turut bersetuju. Bukan sekadar blackhat sahaja, tetapi jika WhiteHat sekalipon, jika ada unsur2 penipuan dan penganiayaan; hukumnya tetap haram.

Buka akaun ebay guna nama orang = blackhat
Verify paypal guna vcc = blackhat

blackhat = teknik gelap

gelap = rahsia, tersembunyi, tidak dinafikan juga memang ada unsur jahatnya

gelap, sesuatu yang tidak biasa difikirkan oleh orang kebanyakan...

contoh akaun paypal.

Orang kebanyakan yang takda kad credit atau debit card akan cakap tak boleh verify paypal.
Tapi orang yang tau "teknik gelap" tahu, bahawa boleh guna virtual credit card.

Tapi, bukan semua blackhat adalah "jahat'...
Thanks bro atas contoh2 blackhat.

:rolleyes:
They call it blackhat for a reason... These are methods that most people would never think of... It's an approach that uses “out of the box” thinking to capitalize on opportunities that only a few people in the world even know exist...
 
Last edited:

Shahrul

Senior
Joined
Mar 23, 2006
Messages
838
Points
18
well, dosa tu tetap dosa la.... ngaku jer la.... macam aku pun bukanlah baik sangat tetapi bila cerita fakta, dalam Islam, berkatalah benar walaupun pahit.... kan kita diberikan akal, kan kita boleh tahu niat kita.... kan kita boleh membaca dan faham apa kita baca....

kalau dah besar panjang takkan tak boleh beza.....

tengok niat la.... contoh....


Kes 1
kalau korang guna dan bayar ppc untuk dapat traffic. katakan guna ppc memang langgar TOS google adsense. tetapi anda tidak letakkan google adsense di laman web tu... so tiada pendapatan dari google adsense. perbuatan kamu tu tak berdosalah....


Kes 2
kalau korang guna dan bayar ppc untuk dapat traffic. katakan guna ppc memang langgar TOS google adsense. tetapi anda letakkan google adsense di laman web tu... so anda dapat pendapatan dari google adsense. perbuatan kamu tu berdosalah.... duit yang kamu terima tak samalah dengan akad persetujuan dahulu memang haramlah....


kes3
orang yang jual cpa tidak haram duit yang dia dapat melainkan dia offer kalau beli offer dia dia akan suruh member dia klikkan link adsense itu.....


dulu aku fikir macam korang jugak.... apa pulak haram... mana ada haram, lepas bercerita dengan kawan yang alim-alim sikit, kene tibai pulak.... lagi pertahankan lagi kene tibai.....kalau semua tibai siap macam audit........ maka barulah aku faham yang blackhat ini memang tak berkat ler..... sebab tu lah ada kategori blackhat(jahat), whitehat(baik), greyhat(separuh-paruh).....

masalahnya kita nak pertahankan blackhat nie..... adakah article, dokumen, jurnal, buku sahih yang boleh kita jadikan sebagai bukti blackhat ini tidak jahat? setau aku takde.... melainkan forum terbuka cakap2 tu bukan artikel itu statement ikut hati.....

so....... selamat makan duit blackhat... hat hat hat
 

Shahrul

Senior
Joined
Mar 23, 2006
Messages
838
Points
18
aku nak tanya.....

menipu tu haram tak? sumber menipu tu haram tak? berdosa tak?

guna akal ekkk

buat cara blackhat jika adalah bertujuan untuk menipu (salah satunya melanggar TOS, buat senyap2 tak bagitau uncle g korang)..... so haram tak?

ke ko nak kata "perbuatan menipu" tu kita tak boleh kata haram atau tak, tu kene tanya mufti?

kamon la... benda umum




satu lagi.... kalau benda itu bukan tujuan menipu, bukan langgar TOS aku takkan panggil blackhat tetapi whitehat tak kiralah teknik tersembunyi ke... apa ke..... korang suka black ekk. aku ada black paper, sapa nak heheh :p
 
Last edited:

shuth

Senior
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,936
Points
48
setuju with izo..

kesimpulannya, pembuka thread ini yang dengan angkuh menjatuhkan hukum secara mutlak bahawa blackhat adalah haram... adalah seorang yang gelojoh dan terlalu dangkal pemikirannya. Masakan boleh dibandingkan blackhat = arak?.. terlalu jauh perbezaannya.

p/s;- menjatuhkan hukum halal & haram adalah sesuatu yang sangat-sangat serius. Sila fikir beribu2 kali sebelum menyatakkannya.. saya tahu anda pun tahu apa hukumnya "menghalalkan perkara yang haram dan mengharamkan perkara yang halal"

sebab itulah saya bersikap neutral tentang blackhat ini.. menyokong tidak dan membangkang pun tidak = menghalal tidak mengharam pun tidak.. terlalu besar "dosa/pahala" yang perlu diatanggung kelak.
 

shuth

Senior
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,936
Points
48
Tak payah tutup.
Sket-sket, nak tutup, sket sket nak tutup. Biarlah orang berforum, dan biarlah pengguna forum lain menilaikannya sendiri. Kalau tak, baik story kat blog sendiri. Habis cerita.
Kalau dah jadi tempat melawak dan menyimpang dari topik.. baik tutup jer.. buat bikin panas je..
dan sila bagitau kat mana yang "Sket-sket, nak tutup, sket sket nak tutup" sila tengok kadar close topik kat forum nie..
banyak sangat ke?
 

zakeri

Senior
Joined
Oct 20, 2008
Messages
4,854
Points
38
Tumpang Lalu... newbie nak mengutarakan pendapat :D

Halal & Haram sebenarnya dah jelas..

Al-Quran hanya bagi guide... macam TOS jugak :D

Kalau Al Quran nak cerita detail berapa punya tebal daaaa....

Aku juga tak terlepas drpd buat silap.... :( pernah buat blackhat... tapi bila baca TOS, aku terus surrender

Ttg isu blackhat ni, terpulang pada semua...
 

sayyidbest

Senior
Joined
Apr 20, 2009
Messages
1,353
Points
38
Assalamualaikum dan salam ukhwah kepada semua otai-otai dan ahli-ahli WC.Mungkin saya x berhak bersuara kerana saya adalah newbie dlm forum ni.Tapi disebabkan saya sebagai seorang Muslim,sya wajib menjalankan amal makruf nahi mungkar.

Untuk pengetahuan semua,saya juga masih baru dalam business internet ni dan ilmu saya hanyalah sebesar zarah mengenai BH ni.

Apa yang saya dengar,Shuth mengatakan ada BH yang salah dan ada BH yang baik.BH yang salah sudah semestinya haram,dan BH yang baik belum tentu Halal atau boleh dikatakan meragu-ragukan disebabkan namanya sendiri Black Hat.

Saya ingin membuat perbandingan BlackHat dengan ARAK.

Apa yang anda akan katakan bila mendengar perkataan arak? perkara pertama yang terpacul di mulut anda ialah HARAM.

HAram disini maksudnya segala perbuatan yang dikaitkan dengn arak samada pembawa arak,penjual arak,disuruh rakan mengambil pembuka tin arak,menolong orang membeli arak ,dll adalah 100% haram..Jadi sebarang perkara yang berkaitan arak adalah haram walaupun mungkin satu hari nanti ada saintis yang berjaya membuat Arak yang menyihatkan badan yakni ubat yang berasaskan arak..Ia tetap haram


Apa yang anda akan katakan bila mendengar perkataan BlackHat? ramai orang akan berkata haram! dan selebihnya masih ragu-ragu kerana mereka menggunakan teknik ini.
Jadi sebarang perkara yang melibatkan BH adalah haram.Jika anda ragu-ragu tentang BH..ia lebih afdal untuk ditinggalkan kerana ragu-ragu itu adalah tipu daya syaitan.

Kesimpulannya: Teknik BH adalah haram tidak kiralah samada penjualnya,pelakunya,penyebar berita teknik BH,dll.Kita tidak perlu merujuk kepada mufti atau alim2 ulamak jika prkara tersebut sudah jelas salahnya.Black hacker and white hacker? sapa yang halal sapa yang haram?


-Saya juga manusia biasa yang banyak melakukan dosa,maka mohonlah keampunan dari Allah atas apa yang anda lakukan selama ini.Maaf jika saya ada tersilap cakap.Assalamualaikum
Abis Nanti Dekat Akhirat.Allah Pernah Berfirman.Ada Arak Yang Boleh Kita Minum.Still Haram ker???
 

SFX

Senior
Joined
Apr 1, 2008
Messages
1,930
Points
38
dah dah la tu.Benda ni pun nak gaduh.tidak menunjukkan kebijaksanaan betul para IM malaysia ni..ingatkan cerdik sangat.maaf sesapa terasa aku memang sengaja.kalau yg dah main blackhat takkan diorang nak cakap haram sebab diorang main..Yang belum main lagi cakap haram nanti dah pandai main blackhat diorang cakap halal pulak..melayu biasa la..
 

codak

freshman
Joined
Apr 24, 2009
Messages
571
Points
0
mm, sekarang kita di dunia atau dah kat akhirat?
logical thinking please.
aku sokong ko.
org bijak fikir dlu sebelum ckp,org 'kurang bijak' ckp dlu baru fikir.....


aku suka thread ni,memberikan kita kesempatan fikir tentang duit yg kita cari ni halal ke haram,aku pun terfikir apa yg aku buat ni betul ke salah....

thanks TT :)
 

azlanhussain

Senior
Joined
Aug 27, 2008
Messages
1,868
Points
38
Kesimpulannya: Teknik BH adalah haram tidak kiralah samada penjualnya,pelakunya,penyebar berita teknik BH,dll.Kita tidak perlu merujuk kepada mufti atau alim2 ulamak jika prkara tersebut sudah jelas salahnya.Black hacker and white hacker? sapa yang halal sapa yang haram?
Saya faham niat saudara nak cuba manasihati. Itu sudah semestinya jadi tuntutan & kewajiban setiap manusia. So saya hargai pandangan anda.

Dalam masa yang sama tolong hormati pandangan orang lain juga. Di mana bila kita membuat sebarang rumusan, kita kenalah faham bidang yang nak kita rumuskan, baru lah boleh beri rumusan. Saya cuma nak sentuh kesimpulan yang anda buat diatas. Bagi saya statement itu dibuat atas dasar kurang ilmu. So bila masih belum cukup ilmu jangan buat rumusan seperti itu. Belajar dahulu, baru buat kesimpulan.

So now saya cadangkan anda lihat semula kesimpulan yang dah anda buat, dan kalau masih tak nampak dimana silapnya, bertanyalah pada sesiapa yang dah lama dalam dunia Internet ni. Ilmu tak datang bergolek, so kena la berani untuk bertanya untuk belajar.. sepertimana beraninya anda membuat kesimpulan sebelum cukup ilmu didada.

Wasalam...
 

zee

freshman
Joined
Oct 6, 2009
Messages
56
Points
0
Saya faham niat saudara nak cuba manasihati. Itu sudah semestinya jadi tuntutan & kewajiban setiap manusia. So saya hargai pandangan anda.

Dalam masa yang sama tolong hormati pandangan orang lain juga. Di mana bila kita membuat sebarang rumusan, kita kenalah faham bidang yang nak kita rumuskan, baru lah boleh beri rumusan. Saya cuma nak sentuh kesimpulan yang anda buat diatas. Bagi saya statement itu dibuat atas dasar kurang ilmu. So bila masih belum cukup ilmu jangan buat rumusan seperti itu. Belajar dahulu, baru buat kesimpulan.

So now saya cadangkan anda lihat semula kesimpulan yang dah anda buat, dan kalau masih tak nampak dimana silapnya, bertanyalah pada sesiapa yang dah lama dalam dunia Internet ni. Ilmu tak datang bergolek, so kena la berani untuk bertanya untuk belajar.. sepertimana beraninya anda membuat kesimpulan sebelum cukup ilmu didada.

Wasalam...
yang nie saya stuju banget.. even ulama pun mengambil masa untuk menjatuhkan satu hukum tu.. nie bukan soal main2.. kene faham dulu ape dia istilah blackhat tuh..

elok close jer la topic nie.. takkan sudah punya.. sebab kita pun bukan ahli ugama.. ilmu tak cukup lagi.
 

zee

freshman
Joined
Oct 6, 2009
Messages
56
Points
0
Kalau dah jadi tempat melawak dan menyimpang dari topik.. baik tutup jer.. buat bikin panas je..
dan sila bagitau kat mana yang "Sket-sket, nak tutup, sket sket nak tutup" sila tengok kadar close topik kat forum nie..
banyak sangat ke?
yer.. yer.. sgt setuju juga.. bukan semua topik di close begitu sahaja.. cuma topik2 tertentu jer.. contohnya thread nih.. ada potensi utk kene tutup.. heheh ..
 
Top