Joined
Feb 15, 2019
Messages
1
Likes
0
Points
1
Age
26
Offline
#1
Kereta Sewa Selangor #Provinsi

MOHD ASFARI ISA·THURSDAY, 14 FEBRUARY 20191 read
LUXURY MPV MAXUS G10 , 7- SEATER ,AUTO-TRANSMISSION

Kereta Sewa Selangor #Provinsi


Assalamualaikum WBT dan salam 1-Malaysia,
Tahukah anda?? SATU daripada model MPV saiz besar yang mampu memuatkan penumpang dalam jumlah yang ramai yang pernah diperkenalkan untuk pasaran Malaysia ialah Hyundai Starex, dengan enjin diesel, dan mampu memuatkan sehingga 10 orang penumpang.
Kini, di Provinsi Travel & Tours Sdn Bhd telah mempunyai dan menyediakan satu lagi pesaing terdekatnya ; Maxus G10, sebuah model baru yang dihasilkan oleh pengeluar dari China, dengan kapasiti maksimum penumpang dewasa dalam satu masa.
Maxus G10 adalah manifestasi terbaru yang mempamerkan kesungguhan dan perhatian kepada penelitian yang berbeza dengan tanggapan yang selalu mengiringi mana-mana kenderaan keluaran China.

Kereta Sewa Selangor #Provinsi
Maxus G10 tidak hanya dilengkapi oleh komponen dan bahagian daripada jenama penyedia (supplier) automotif global yang terbukti berkualiti seperti ZF, Bosch, Sachs, Continental dan sebagainya, ia juga mengunjur untuk menjadi sebuah jentera pengangkut penumpang yang menerapkan ciri premium untuk memberikan lebih keselesaan.
Ia dilengkapi dengan enjin petrol 2.0 liter turbo suntikan terus yang mampu menjana sehingga 225hp kuasa maksimum dan 345Nm tork. Walaupun dengan saiz fizikal yang besar, angka-angka ini memberikan cukup kuasa dan tenaga untuk MPV ini memberikan prestasi yang boleh dibanggakan. Enjinnya dipadankan dengan sistem transmisi ZF automatik 6-kelajuan.
Memandunya juga sangat mudah. Input stereng dan pedal minyak misalnya berada pada tahap optimum untuk menyenangkan pemandu. Radius pusingan juga boleh dikatakan baik, terutama untuk membelok MPV besar ini ketika di pusingan U dan sebagainya; tiada masalah atau kesusahan ketara yang dirasakan ketika memandunya.

Kereta Sewa Selangor #Provinsi , Perbezaan SAIZ Kereta Maxus
Walaupun perlu membiasakan diri dan lebih berhati-hati ketika menelusuri jalan ditengah bandar disebabkan saiznya yang besar, pengalaman memandu di lebuhraya dan perjalanan jarak jauh lebih memberikan kesempatan yang lebih menarik untuk melihat penawaran sebenar MPV ini.
Ia meluncur dengan laju dan lancar. Stereng tidak terlalu berat, serta keselesaan baik kepada pemandu mahupun penumpang yang maksimum. Kabinnya yang luas, bumbung tinggi serta kerusi kulit yang tersedia menjadi kombinasi yang anda inginkan jika merancang untuk berada di atas jalan dalam satu tempoh yang lama ke destinasi tujuan.
Maklum balas enjin petrolnya juga sangat baik. Dalam banyak keadaan, penggunaan minyaknya juga dirasakan berpatutan, mengambil kira saiz fizikal dan tampungan penumpang yang mampu dibawa. Enjinnya 'lembut', senyap serta menyalurkan kuasa dengan sangat baik dan berkesan, membolehkannya memberikan pengalaman pemanduan yang sangat menyenangkan.

Kereta Sewa Selangor #Provinsi
Ketika membicarakan tentang ciri mewah yang ada pada Maxus G10, ia bukanlah sekadar retorik semata-mata. Ia dilengkapi dengan pelbagai ciri dan teknologi terkini bagi tujuan memudahkan pengguna; sebagai contoh sistem masukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, sistem AV berkualiti tinggi, paparan kamera undur jelas dan sebagainya.
Meluangkan masa beberapa hari memandu Maxus G10 ini membuatkan penulis sedar sejauh mana pengeluar-pengeluar kenderaan dari China memberikan perhatian untuk meningkatkan kualiti kenderaan buatan mereka. Dan MPV ini membuatkan anda terasa seperti memandu sebuah kenderaan yang sudah cukup matang, setidak-tidaknya dari aspek pengalaman pemanduan dan keselesaan sepanjang perjalanan.

Kereta Sewa Selangor #Provinsi







Kereta Sewa Selangor #Provinsi

Jika ia mampu untuk memberikan ketahanan dan pengalaman pemilikan yang baik kepada pengguna, tidak mustahil Maxus G10 ini mampu menjadi pilihan utama bagi mereka yang perlukan sebuah MPV dalam masa terdekat ini. Tambahan pula, Maxus sebagai sebuah jenama kenderaan sememangnya memberi pengkhususan khas terhadap pengeluaran MPV.
Spesifikasi Maxus G10 yang perlu anda tahu..
Enjin: 2.0 liter turbo, suntikan terus
Kuasa maksimum: 225hp @ 5,500rpm
Tork maksimum: 345Nm @ 4,000rpm
Transmisi: ZF Automatik 6-kelajuan
Ciri-ciri keselamatan: ABS + EBD, ESP + EBA, dua beg udara bahagian depan, Immobilizer dan lain-lain.

BOOKING NOWWW!!!
-Rates from RM80 -RM 450
-Di Provinsi juga menyediakan Perkhidmatan Pemandu Persendirian untuk Kereta Biasa dan MPV.
Documents Required for Rental Car 1-Copy of IC/PASSPORT 2-Copy of driving license 3-Copy of latest bill-(TNB/SYABAS/ASTRO/UNIFI) 4-Copy of latest pay slip @ business card @ worker pass-(for worker only) 5- Student card - (for student only) 6-Business Card @ SSM- (for Company Only)
#Gombak District #HuluLangat District #HuluSelangor District #Klang District #KualaLangat District #KualaSelangor District #Petaling District #SabakBernam District #Sepang District #kereta #Sewa #Murah #Selangor
http://www.wasap.my/0192652054/ - http://www.wasap.my/0172127412/
https://www.facebook.com/provinsiTravel/
asfariisa@gmail.com / asfari@provinsi.com.my
Address: 2-45 2 Floor Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko, Pusat Hentian Kajang, 43000 Kajang, Selangor

Untuk Borang Online sila klik di bawah ini
https://goo.gl/forms/tE6MNBmcsh4FIvQr1
 
Top