Dalam Negara Kerana penghawa dingin, wanita dipukul jiran dengan topi keledar

Net

Staff member
mod
Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,929
Points
38

Noor Shahfiza menunjukkan kecederaan dialami akibat dipukul jiran dengan topi keledar. FOTO Mikail Ong

Bayan Lepas: Wanita cedera di kepala dipukul jiran lelaki dengan topi keledar dalam pergaduhan di kawasan perumahan kos rendah dua tingkat di Permatang Damar Laut, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa Noor Shahfiza Yusoff, 38, turut pengsan dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

Menurut Noor Shahfiza, jiran yang tinggal di tingkat atas tidak berpuas hati kerana dia memasang alat penghawa dingin baru dan memberi alasan pemasangan kompresor di dinding terlalu hampir dengan tangga rumahnya.

"Jiran meminta tukang supaya menanggalkan kompresor terbabit namun saya menghalang tindakannya menyebabkan dia terus menghayun topi keledar.

"Berikutan itu, saya membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Anuar Omar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan setakat ini suspek berusia 50 tahun ditahan bagi membantu siasatan. - Metro
 

Net

Staff member
mod
Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,929
Points
38
Lelaki didakwa cederakan jiran



Balik Pulau 7 Sept: Seorang penghantar barang syarikat kargo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana mencederakan jirannya menggunakan topi keledar ketika bergaduh disebabkan pemasangan kompresor pendingin hawa, Jumaat lalu.


Tertuduh Shamsuri Yusoff, 50, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati.

Nur Azzuin kemudian menetapkan wang jaminan RM3,500 dengan syarat tambahan tidak boleh mendekati mangsa dan mana-mana saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Shamsuri didakwa mendatangkan kecederaan terhadap jirannya Noor Shahfiza Yusoff, 38, pada 12.30 tengah hari di perkarangan blok 2F-1 rumah kos rendah Permatang Damar Laut, di sini, Jumaat lalu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Mahadi manakala tertuduh diwakili peguam Datuk V M Ravindran.


Didakwa cederakan jiran | Harian Metro
 
Top