Kepentingan ISO 9001 Sistem Pengurusan Berkualiti Terhadap Syarikat Pembinaan

Joined
Sep 16, 2021
Messages
32
Points
6
Age
33

Sistem Pengurusan Berkualiti ISO 9001 amat penting kepada syarikat pembinaan untuk memastikan mereka mempunyai perancangan, jaminan dan kawalan yang berkualiti pada setiap masa. Hal ini adalah untuk memastikan projek yang dibina selamat dan berkualiti. Kualiti projek dapat dijaga seandainya syarikat mempunyai Sistem Pengurusan Berkualiti ISO 9001.


Pada masa kini, syarikat pembinaan sanggup mengeluarkan modal untuk mendapatkan ISO 9001. Ini adalah untuk memenuhi keperluan yang telah digariskan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Akta 520, kualiti dan keselamatan pembinaan merupakan tunggak utama yang diwartakan penguatkuasaannya.

Terdapat beberapa tahap pendaftaran – Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) & Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari G1 hingga G7. Gred yang berbeza adalah nilai kerja atau had angka tender. Untuk mengambil bahagian dalam perolehan kerja kerajaan dalam pembinaan, kontraktor perlu mendaftar sebagai pemegang SPKK. Semasa mendaftar sebagai kontraktor SPKK G7, pensijilan ISO 9001 yang sah adalah suatu kemestian.

Dengan mempunyai Sistem Pengurusan Berkualiti ISO 9001, ia dapat membantu meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kesalahan dalam sesuatu projek. Selain itu, melalui Sistem Pengurusan Berkualiti ISO 9001, syarikat pembinaan dapat menguruskan sumber dengan baik dan mencapai penjimatan kos. Akhir sekali, Sistem Pengurusan Berkualiti ISO 9001 dapat membantu meningkatkkan kecekapan dan keberkesanan dengan cara membantu merancang dan mengawal proses sebelum, semasa dan selepas projek dijalankan.

Untuk maklumat yang lanjut, sila klik link ini

https://www.pearl-certification.com/kepentingan-iso-9001-syarikat-pembinaan/
 
Top