Kenapa saya dapat tarik traffik tapi tak ada yang beli produk saya?

siti2salwa

freshman
Joined
Jul 1, 2011
Messages
14
Points
1
Assalamualaikum,
Saya ni masih terkial kial dalam perniagaan internet. Baru baru ni saya telah iklankan produk saya dalam Fb ads tapi setakat ini tiada yang membeli. Trafik bertambah juga. Mohon pendapat sesiapa yang boleh beri cadangan apakah langkah seterusnya yang perlu saya lakukan. Kadang rasa terlalu penat dengan advertising ni. Saya selalu juga tukar tukar Fb ads saya sepanjang tempoh pengiklanan tersebut.
 
shuth

Senior
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,936
Points
48
cuba tgk pada statistik web, unik visitor dah sampai 300 orang tak?
 
Kasimo Aloi

Newbie
Joined
Feb 7, 2007
Messages
5,352
Points
38
Mungkin laman web tidak mampu meyakinkan pelawat...

atau

kata kunci untuk iklan tu bukan buying keyword
 
putera izman

freshman
Joined
Jan 1, 2012
Messages
315
Points
0
maybe target sasaran tak kena pada tempatnya contoh nak jual tudung tapi jual pada lelaki(maksud saya minat prospek),status perkahwin,umor,jantina minat semua 2 penting untuk buat sale kalau tak emm per klik makin tinggi namun sale tiada
 
Ak-Modz*

freshman
Joined
Oct 13, 2011
Messages
286
Points
0
meh tngok skit website jualan tu..
 
siti2salwa

freshman
Joined
Jul 1, 2011
Messages
14
Points
1
Saya buat produk fizikal- Pressed flowers dlm frame. Blog saya: pressedflowersinframe.blogspot.com
Ada juga tulis beberapa artikel dalam blog tentang pressed flowers sebab saya rasa setakat ini orang tak berapa tahu pressed flowers tu bukan bunga tiruan tapi bunga asli yang melalui proses penekanan dan pengeringan, disusun dan dibingkaikan.
Minta panduan sikit terutama yang pernah jual produk fizikal yang bukan produk kesihatan. Saya dah jenuh baca ebook pasal pemasaran. Terima kasih.....
 
shuth

Senior
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,936
Points
48
salam pn salwa... setelah melihat website puan..
pada pendapat saya.. website puan kurang "menjual"....

mungkin puan perlu upah someone untuk menghasilkan website yang lebih profesional
dan lebih "menjual"..

Terus terang, saya sebagai pelawat pun kurang tertarikuntuk membeli.. sebabnya?

1. Maklumat mengenai penjual langsung tidak ada.
Makumat seperti gambar pemilik website/gambar kedai, alamat & no tel tidak dinyatakan.
Maklumat ini sangat penting untuk menunjukkan bahawa puan adalah "wujud".
Kalau tak.. orang susah nak beli.. sebab tak berapa nak percaya...
dalam perniagaan internet , kepercayaan & keyakinan pelawat terhadap sesebuah website
adalah sangat penting & kritikal.

2. Susah nak beli....
Sangat baik kalau puan dapat sediakan borang pembelian di website puan.

3. Maklumat Produk Tidak Lengkap
Seeloknya, pastikan maklumat produk adalah lengkap..
gambar yang sedikit profesional (saya tengok semua frame ada tompok cahaya warna putih)
berapa ukuran saiz frame? berapa harga?
letakkan semua info tersebut dibahagian bawah pada setiap gambar.
lagi cantik kalau dapat letakkan sekali butang order dibawah setiap gambar.

Itulah beberapa pandangan saya mengenai website puan.

Pada saya produk sudah ok, trafik pun mungkin sudah ok..
cuma website je kurang ok..

Ibaratnya... kita buat iklan kat suratkhabar suruh orang datang kedai ke,
tapi bila orang datang...
- takde penjual/cashier...
- barang-barang semua tanda tanda harga...
- nak beli underspot tak boleh. kena buat tempahan dulu...
- dan macam-macam masalah..

last-last orang malas nak beli....
mungkin ada 1-2 orang yang akan beli daripada 700 orang yang datang.

jadi, memang rugilah bayar duit iklan mahal-mahal tapi kedai tak berapa nak ready
untuk menjual.
 
Last edited:

MrDisc

Veteran
Joined
May 3, 2008
Messages
2,875
Points
48
Pada Puan Salwa disini sket penambahan dari tips tuan shuth bagi :

(Untuk makluman saya juga jual produk fizikal yg bkn dari niche kesihatan & golongan sasaran saya majoriti wanita/perempuan)

1 - Jika boleh tunjukan gambar PREVIEW BUNGKUSAN PRODUK pn yang hendak di pos. 80% jualan yang telah saya buat saya dapat respon dari pembeli semua sebab dapat lihat PREVIEW GAMBAR PEMBUNGKUSAN tersebut.

2 - Jika mmg nak keluarkan modal untuk buat promosi pengiklanan (FB , ADWORDS etc) , saya lebih galakan puan cari ruang iklan yang serumpun dengan niche puan ini. Disini saya nampak golongan wanita adalah sasaran pelanggan terbaik. Kalo produk/niche ini bleh try pada forum wanita - DISINI , BLOGGER2 WANITA yg ada jual slot iklan. Caj iklan yang ditawarkan pon tidaklah tinggi.

Ini sahaja sket tips tambahan yang mana puan bleh gunakan. Selamat maju jaya!
 
siti2salwa

freshman
Joined
Jul 1, 2011
Messages
14
Points
1
Terima kasih banyak banyak pada En Shuth dan Mr Disc kerana bagi pandangan yang sangat berharga. InsyaAllah saya akan perbaiki apa yang patut dalam blog saya.

Minta maaf nak tanya lagi. Dalam facebook ads tu ada saya letakkan gambar dalam album dan saya suggest Klik ke album or lawati blog saya. Nampak gaya tak banyak yang klik ke blog. Cuma yang saya musykil orang boleh nampak ke album saya kalau bukan "friend saya"? sekali lagi minta pandangan sesiapa yang sudi.
Terima kasih sekali lagi.
 
siti2salwa

freshman
Joined
Jul 1, 2011
Messages
14
Points
1
Saya gunakan pages tu untuk Fb ads dan letakkan gambar dalam album for viewing. Kalau nak buat style macam shop/store tu kena buat urusan perniagaan dalam USD dan tak boleh bank in.Kalau yang macam style senarai and click tu rasanya kena additional cost per month.
 
mamatpenang

Senior
Joined
May 11, 2008
Messages
2,551
Points
38
Jangan hanya fokus pada satu teknik promosi je ada banyak teknik promosi anda kena kuasai.

Selain itu anda boleh guna iklan offline.

Memang pelik biz internet iklan di offline tapi sambutan memang best

Tak salah mencuba.

Ilmu promosi kena ditingkatkan.

Kaji produk yang nak promosikan ada permintaan tinggi di pasaran atau tidak.

Juga terbaik web memberi pelbagai pakej produk dan perkhidmatan,baru ada banyak pilihan pada pengguna.Bayangkan jika anda tawarkan produk menguruskan badan orang dan orang ramai view tak berminat maka anda tak ada sale.

Cuba tawarkan banyak pilihan produk kuruskan badan,produk seks suami isteri,pakej umrah dan perlancongan maka potensi buyer akan lebih tinggi.

Tak lupa juga web kena ada grafik yang cun menarik hati pengguna jangan guna colour dan theme yang menjemukan.
 
Last edited:

siti2salwa

freshman
Joined
Jul 1, 2011
Messages
14
Points
1
Terima kasih En Mamat atas tips yang di beri. Promote offline tu maksudnya buat flyers ke? Nak hantar rumah ke rumah?

Saya akan cuba buat website yang lebih menarik, InsyaAllah.
 
fiza_ismail

freshman
Joined
Dec 2, 2011
Messages
5
Points
0
Assalamualaikum,
Saya ni masih terkial kial dalam perniagaan internet. Baru baru ni saya telah iklankan produk saya dalam Fb ads tapi setakat ini tiada yang membeli. Trafik bertambah juga. Mohon pendapat sesiapa yang boleh beri cadangan apakah langkah seterusnya yang perlu saya lakukan. Kadang rasa terlalu penat dengan advertising ni. Saya selalu juga tukar tukar Fb ads saya sepanjang tempoh pengiklanan tersebut.
masalah kita sama la.saya pun masih terkial2 dan baru belajar berbiz intenet. susahnya nak dpt jualan. mungkin usaha pn sgt sedikit kot. ada sesiapa boleh bantu bg idea nak dptkan fan biz di FB?
 
sal15

Newbie
Joined
Mar 24, 2009
Messages
132
Points
16
Assalamualaikum,
Saya ni masih terkial kial dalam perniagaan internet. Baru baru ni saya telah iklankan produk saya dalam Fb ads tapi setakat ini tiada yang membeli. Trafik bertambah juga. Mohon pendapat sesiapa yang boleh beri cadangan apakah langkah seterusnya yang perlu saya lakukan. Kadang rasa terlalu penat dengan advertising ni. Saya selalu juga tukar tukar Fb ads saya sepanjang tempoh pengiklanan tersebut.
ni 1st time sy dengar psl pressed flower...rasanya mmg belum dikenali...sy pernah cuba FB ads, tak tau la mana silapnya, kena belajar bnyk lagi......traffic bnyk tp sale tak der...so, sy stop & fokus dulu pd cara iklan lain...walaupun sy jual produk digital tp mungkin puan pun boleh cuba juga salah satu cara ni. Produk puan ni termasuk dalam jenis cenderahati...apa kata Puan serach kt "google" guna keywords yg pelbagai berkaitan dengan cenderahati atau bunga2an...lepas tu tgk mana tempat yg boleh letak komen & link terutamanya yg ada kt 1st page, Puan letak link kat situ...tp, kena letak komen yg berhemah...kihkihkih...contohnya, sy promot ebook menjahit sy, kt dlm komen sy sy letak juga link blog org lain yg buat kelas menjahit & link blog yg ajar cara menjahit...ayat kena ala-ala mcm kita nk berkongsi apa yg kita tau...hehehehheee...insyaAllah, admin takkan delete....sedikit sebanyak kita dpt tempias & insyaAllah, dpt sales...;)

Jgn stress2 Puan...have fun promoting your product!!;;)
 
Bizstudent

freshman
Joined
Sep 8, 2010
Messages
589

Wah.. bernas idea ni... hehehe :)
 
Top