Kenapa Ramai Orang ***** Reti Buat Duit?

Labanon

Senior
Joined
Jul 14, 2006
Messages
1,802
Points
38
Apa yang kita belajar di sekolah adalah mengenai fakta dan mengetahui fakta.

Tugas kita di sekolah pula adalah memahami fakta dan mengingatinya. Semakin banyak yang kita ingat, maka kita semakin pandai.

Sesiapa yang tidak mengingati fakta, mungkin kerana tidak minat atau malas untuk menghafal, mereka dilabel sebagai *****. Lebih parah, ada di antara mereka tidak lagi minat untuk sambung belajar.

Kebiasaanya adalah disebabkan fakta perlu difahami berdasarkan teori semata-mata. Jadi, ini tidak bermakna mereka yang tidak sambung belajar adalah *****.

Contoh Bill Gates, dia belajar di universiti antara yang terhebat di dunia dan bukan calang-calang orang boleh belajar kat situ. Tapi dia keluar demi impian dan cita-citanya.

Setiap orang mempunyai impian dan semua orang boleh mencapai impian tersebut walaupun tanpa segulung ijazah. Have you noticed how the cleverest people at school are not those who make it in life?
 

uniquelyme

Senior
Joined
Feb 18, 2007
Messages
1,001
Points
18
Age
29
sebenarnya orang yang masuk U ramai pun tak fikir bisnes. Kalau cakap bisnes je... dikaitkan dengan susah nak buat duit. That's why masuk U lagi mengancam dia punya umpan.

Berbanding buat bisnes yang keberangkalian berjaya secara average kurang daripada 23%...

Lagi satu saya bukan kutuk sesiapa, cuma nak highlight yang berjaya tapi tak masuk U. (Dah bape kali saya ulang ayat nih? Tapi tak pe, untuk kurangkan salah faham)
 

Lightning

junior
Joined
Feb 16, 2010
Messages
178
Points
0
bukan macam tu uniquelyme. cuma fakta saudara tentang bill gates tu tidak tepat. jadi, orang yang tahu susur galur bill gates itu tetap akan mempertikaikan kenyataan saudara. :)

saya pasti saudara sebagai penulis memahami pantang2 dalam menulis :)
salah fakta sikit je, lagu lain yg keluar

p.s: cuba buang nama bill gates tu. mesti dapat respon berbeza.
 

faezil

Newbie
Joined
Oct 2, 2007
Messages
7,061
Points
38
tak rasa pelik ke kenapa ramai sangat orang dropout jadi usahawan berjaya?

daripada taiko besar seperti Bill Gates, Paul Allen ke yang tempatan macam Labanon, Zhaf, dan ramai lagi yang namanya tak feymes tapi buat banyak duit...

korang tak rasa pelik ke? Apa "rahsia" diorang?

Ni nota saya pasal hal ini:

kelabim.com/183/kenapa-ramai-orang-b o doh-reti-buat-duit
aku up balik 1st posting TT :D

ok..... jawapannya.... takde apa2 yang perlu dipelikkan.

Memang pelik jika orang b0doh tetapi boleh buat duit.

tetapi mereka yang berjaya buat duit itu tidak b0doh. Kita anggap dia b0doh hanya kerana mereka tak masuk/dropout U.... tetapi hakikatnya mereka tidak b0doh...... orang yang b0doh takkan boleh buat duit...
 
Last edited:

PinguSpy

Senior
Joined
Jan 7, 2007
Messages
7,432
Points
38
sebenarnya orang yang masuk U ramai pun tak fikir bisnes. Kalau cakap bisnes je... dikaitkan dengan susah nak buat duit. That's why masuk U lagi mengancam dia punya umpan.

Berbanding buat bisnes yang keberangkalian berjaya secara average kurang daripada 23%...

Lagi satu saya bukan kutuk sesiapa, cuma nak highlight yang berjaya tapi tak masuk U. (Dah bape kali saya ulang ayat nih? Tapi tak pe, untuk kurangkan salah faham)
tp kan aku tgk kebanyakkan yg berjaya semua masuk U...
tp dalam U tu diorang x tere... ade yg subjeck fail.. ade yg kne tendang..
contoh Owner digg.com ... dia penah kena tendang kuar dari U..

bill gates.. belajar sekerat jalan je sebab nk fokus bidang dia...

mark zukerberg(pengasas facebook.com) yg ni kuat buat hal time masuk u godam sana-sini...

pengasas google.com(bekas pelajar u)

pengasas youtube.com(bekas pelajar u)

pengasas yahoo.com(bekas pelajar u)

yang bukak kompeni besar2 dalam IT mesti ade amik bidang based on pc(it, sains computer, software engginer)...

aku pun dkt u pemalas gak ....

kadang2 kalau aku ckp aku lebih pandai dari lecture time setting website+server+sedikit security+design..
mesti lecture x percaya.... design dah cantik dia kate buruk... design buruk dia kate cantik....

dan akhirnye aku dapat C- .... budak2 buat web cam budak tadika dia kasi A+ :( :(

kalau setakat nak buat biz tenet x masuk u pun xpe...
jual ebook ke , jual barang dkt tenet ke....

tp kalau nk bukak compeny besar2 based on IT kne gak masuk u...

kne ade knowledege programming networking etc...(hard knowledge)..

sebab aku nk bukak compeny based on it lah aku masuk u...

kalau x jgn harap lah...

sebab di u ade byk ilmu aku belajar

- marketing/programming/security/interface design yg user nk dan mcm2 lah...

kalau aku x masuk u serius mmng aku tataw... aku ingat aku dah cukup tere hehe...

yg berjaya tp dgn x masuk u mmg ramai...

masuk list most richer people in the world pun ade...

tp ade yg hident(pendapatan lebih beratus billion(politik etc)... x masuk senarai(kalau masuk senarai mmg top 1# lah)... semua bekas u...


nak jadi PM yg boleh songlap berbillion2 pun kbyakan ade kertas lor...



bg aku yg membuat kan down di U adalah:

- pengentahuan untuk exam!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
(even aku sgt2 taw mende tu still markah rendah sebab xjawab based on skema jawapan)
 

AmirulFaisyal

Senior
Joined
May 22, 2006
Messages
581
Points
18
Bagi saya perkara ini bergantung kepada perspektif hidup masing-masing.
Dari apa yang saya lihat dan fikir, ia boleh disimpulkan kepada tiga jenis golongan iaitu :

Golongan A : Mereka dikelilingi oleh orang-orang yang berjaya dalam bisnes
yang dropout atau langsung tidak masuk universiti. Jadi mereka percaya
bahawa universiti bukanlah satu keperluan untuk berjaya dalam bisnes.

Golongan B : Mereka pula dikelilingi oleh orang-orang yang berjaya dalam
bisnes yang juga mempunyai (sekurang-kurangnya) segulung ijazah. Jadi dari
situ mereka percaya bahawa untuk berjaya dalam bisnes mereka perlu
masuk universiti dan mendapat segulung ijazah terlebih dahulu.

Golongan C : Mereka dikelilingi oleh kedua-dua jenis usahawan berjaya,
samada yang dropout dan juga yang berjaya mendapatkan segulung ijazah.
Dan disini mereka menggunakan keupayaan akal yang dikurniakan Allah SWT
untuk menentukan jalan hidup mereka untuk menjadi seorang usahawan yang
berjaya.

Ketiga-tiga golongan ini mempunyai impian yang sama, iaitu untuk menjadi
usahawan yang berjaya.

Jadi antara ketiga-tiga ni mana satu pilihan kita? Tepuk dada tanya selera.

PS : Golongan C adalah yang paling luas perspektif mereka. :)
 
Last edited:

Lightning

junior
Joined
Feb 16, 2010
Messages
178
Points
0
Amat setuju dengan PinguSpy dan AmirulFaisyal(no3)

Saya sendiri nak sambung balik degree tahun depan. Sekarang tengah kaji jurusan apa yg lebih membantu saya menjadi seorang mastermind internet :D

Ada hikmah juga dulu xpaksa berhenti universiti sebab banyak dah pengalaman dapat tentang buat duit internet dan buat bisnes internet ni.

Xla bermaksud tak masuk uni xboleh berjaya. Dekat dengan rumah saya ada kilang buat kerepek. Makin besar kilang tu. Orang melayu punya. Xmasuk universiti pun. Umur 50 dah.

Yang penting, tahu di mana kebijaksanaan kita dan tahu cara menggunakannya (cari peluang). :)

Contohnya ambil kursus medic kat uni. Sambil tu belajar tentang bisnes. Buat kajian tentang ubat, buka klinik, etc.. Boleh ke orang yang tiada kelulusan perubatan menceburkan diri dalam bidang tersebut?

Nak contoh lagi? Xpayah la. Fikir2kan sendiri.. Makin banyak kita belajar, makin banyak ruang yang kita nampak, makin banyak peluang kita untuk bisnes..

Tapi xsemestinya xmasuk uni xboleh berjaya. Cuma ruang yang kita nampak tu xsama macam orang yg masuk uni.. Itupun kalau kita membandingkan 2 orang yg mempunyai ilmu perniagaan yg sama tapi sorg masuk uni, sorg lg x.

Tapi masalahnya dalam hidup ni banyak faktornya. Kalau Yang Maha Besar cakap 'kun faya kun'... xda sapa boleh halang. tapi kena tetap usaha dan tawakal.
 
Joined
Jan 16, 2010
Messages
122
Points
0
Setuju dgn post ni :)
 

Labanon

Senior
Joined
Jul 14, 2006
Messages
1,802
Points
38
Saya harap isu sebegini tidak akan timbul lagi kerana setiap orang berhak menentukan jalan hidupnya sendiri selagi tidak menyalahi apa yang telah ditetapkan oleh agama kita.

Walapun kita berbeza status, namun maruah setiap orang adalah sama. Tidak perlu mendabik dada bahawa pendapat aku betul dan engkau salah.

Kita hendaklah saling hormat-menghormati di antara satu sama lain. Terutama buat kita yang muslim sedarlah bahawa kita semua sujud ke arah satu kiblat yang sama.

Semoga kita semua dapat berjaya di dunia dan mendapat syafaat di hari pembalasan kelak. Amin Ya Rabb. :)

p.s: Kata-kata yang dipetik sedikit sebanyak daripada cerita IP Man 2 :p
 
Last edited:
Top