Kenapa laman web forum atau komuniti orang kita tak berapa berjaya ?

Joined
Jul 25, 2013
Messages
212
Likes
23
Points
18
Offline
#1
Aku mulakan dengan ayat, agak-agak kenapa SHUTH nak jual forum wangcyber?

Aku belajar banyak melalui laman web forum dan komuniti. Contoh XDA-dev, stackoverflow, reddit, dan banyak lagi forum orang putih. Masa dulu, aku belum kenal lagi forum dan forum-forum orang kita popular sungguh. Aktif sungguh. Bincang.net dan wangcyber ni, ramai orangnya. Lingkungan tahun 2009~2011 kot. Tak caya tengok thread-thread kat satu satu bahagian. thread yang dimulakan tahun 2014 sikit sangat.

Aku rasa sebab pengenalan Facebook. Orang sekarang semua ke Facebook. Facebook ada kelebihannya, tapi aku tak suka facebook. Facebook boleh digunakan untuk borak-borak tapi bukan untuk berbincang. Di forum ada juga orang yang berborak tapi lebih tersusun dan sistematik.

Dekat forum ilmu-ilmu yang dah bertahun pun boleh dicari dengan mudah. Misalnya baru-baru ini aku terjumpa thread ini kat wangcyber ini. ADa pak cik or abang yang crite macam mana nak jadi outsource programmer pastu wat bisnes sendiri. Dia cerita panjang mula-mula dia duduk lepak dekat kedai-kedai. Tujuannya untuk kenal orang dan kenalkan diri sendiri. Baca je thread gini jadi semangat. Thread panjang nak ****** aku rasa kalau dia ambil masa wat buku pun buleh jual kot.

Seronok dan bermanfaat bila baca artikel macam tu. Cerita dari pengalaman sebenar dan penuh nasihat dan cerita benar lah. Sebab tu aku rasa pentinglah forum ini. Forum orang putih pun banyak ilmu, tapi kalau forum orang kita, mesti ada benda yang berbeza. Budaya dan suasana berbeza. Macam cerita pakcik tu tadi lah, menarik dan memberi semangat dan nampak realiti yang membuatkan aku bersemangat.

Seriusly, oit orang kita, ke forum lah. Sudah-sudah lah facebook tu.

Apa forum malaysia yang popular sekarang?

Kalau tengok alexa, forum pertama lowyat, ya orang kita tapi hmm... . Tak ikut susuanan ada forum cari, forum wangcyber dan forum gold. Minta maaf nak tanya, orang kita kemaruk duit kah? forum bisnes saja ini. Froum Cari pulak forum cerita artis dan politik. Orang kita tak kije berfaedahkah?

Gurau je. Sebenarnya kat dunia sekarang memang cerita pasal artis dan bisnes lebih popular. Jadi bukan masalah orang kita je. Blog beautifulnara yang cerita pasal artis tu popular pun sebab manusia keseluruhan sukakan cerita-cerita begini.

Tangok alexa top sites dunia pun, yang atas selain google, yahoo dan social network, ada Taobao web jual beli atas talian(online shopping), ada ebay.
lepas-lepas tu ada imdb (web database pasal movie dan drama).

Jadi tak nak salahkan orang kita pasal forum atau web popular kat malaysia adalah web pasal hiburan dan bisnes, sebab ini dunia sekarang.

Cuma dalam senari top sites dunia, ada jugak reddit. Ok kita boleh katakan kat reddit pun banyak crite pasal artis. Tapi kalau nak tahu, ada stackoverflow.com dalam top 100 tu. Walaupun dunia sekarang suka hiburan dan duit, dunia juga suka belajar dan tambah ilmu.

Hah? kat stackoverflow pun ada banyak crite gossip artis? Nah ambik penyepak ni.

Jadi kesimpulannya kenapa lah agak-agaknya laman web jenis komuniti (yang bukan bermatlamat duit dan gosip) tak berjaya kat malaysia?

tambahan

Aku sebenarnya try setup satu laman web forum guna nodebb. Entah kenapa aku menggila gi bazir duit, beli domain cakapcakap.com. Jadi aku ada setahun untuk guna domain ini sebaik mungkin. Apapun web forum hanya akan membangun sekiranya ahlinya ramai tak kiralah teknologi apa apa yang digunakan pun. Kalau aku katakan, laman web cakcapcakap.com ini hebat sebab elektrik untuk server menggunakan enjin BMW sekalipun. Untuk laman web forum berjaya, komuniti yang aktif adalah kuncinya.

Sape-sape yang berminat silalah jenguk-jenguk xxx.xxx. Benda percuma di alu-alukan. Cerita artis dan promosi perniagaan sendiri amatlah tidak digalakkan. Tapi kalau cerita macam mana anda mula niaga, macam mana berusaha untuk naik, Itu amat dialu-alukan. Cakap kosong, bolehlah dibenarkan.

Sedap je aku tulis peraturan kat sini, padahal aku tak wat tulis peraturan pun lagi kat website sana.

Panjangnya.. sekian.

# update 25/04/2015 : ni thread yang aku kata panjang tu
 
Last edited by a moderator:
Joined
Jul 3, 2009
Messages
533
Likes
0
Points
16
Offline
#2
Ok..ni memang panjang bro.
Hahaha

Yup...saya memang sangat suka forum dari facebook sebab komuniti dah berkumpul.
Lagi senang nak targetted sebenarnya.

Betul..sejak FB wujud, forum2 bisnes agak kurang dapat sambutan.
Ramai yang view je.
Menaip komen xmau..

Padahal xde muke sebenar macam kat facebook haha!

Bro ada suggestion pendapat apa2 uuk penambahbaikan WC ke?
Share je kat sini
 
Joined
Jul 25, 2013
Messages
212
Likes
23
Points
18
Offline
#3
Tulah facebook memang merosakkan forum. Orang-orang muda yang start dengan Facebook sebelum forum untuk bersosial, agak-agak aku diorang tak kenal pun forum tu web macam mana kot.

Cadangankah? Upgrade ke teknologi baru kot atau theme yang perbincangannya linear macam discourse. Jadi tak banyak clutter. Yang jelas nampak cuma isi perbincangan tak de ikon orang yang besar gedabak, tak de signature katbawah post yang iklan gambar. Tapi, ini taste akulah, aku tak tahu taste orang lain.

Satu lagi aku suka menaip guna markdown, tapi sekali lagi nak kata ni taste aku. Kebanyakan orang tak tahu lah kot. Cuba buat poll tengok.

Ramai lagikah yang view forum WC ni? kalau ikut ranking Alexa ok, tapi tak nampak aktif pun. Kalau admin boleh share angka page view sehari (tolak spam referal).

Aku rasa orang tak suka menaip sebab telefon kot. Aku pun tak pernah taip kalau baca-baca kat telefon atau tablet. Tapi, kalau kt PC memang suka sangat menaip. Tu yang setiap kali aku komen, panjang berdepa-depa tu. :)
 
razorz18

Super Senior
Joined
Jun 11, 2011
Messages
1,035
Likes
32
Points
48
Offline
#4

Pada pendapat saya byk org spam forum. Sometimes menyampah. Sebab kita takde kawalan , so less. Tapi bukan tue je. Responsive di Media social adalah lebih laju..jadi tak hairan org banyak engage berbanding sini..kena wait and see.

Forum ada komunitinya sendiri, jadi maybe untuk bandingkan dengan media social..memang agak disadvantage. Tetapi kelebihan forum ni terletak dengan post2 yang berguna kepada komuniti. Kalu bersifat ads semata2 mmg x jadi. Forum ni bedasarkan user generated content jadi content tue yang wat people stay sini. Lagi berguna content, lagi banyak engage, and forum dapat maintain.

Rasanya Tuan Admin, saudara shuth boleh follow model Warrior Forum dengan wat Live webinar ke. or webinar bebayar .. untuk org yang betul2 perlukan info ini. both win...forum makin bekembang...user lak..dapat tambah ilmu dan network.

ni hanya pandangan saya semata2 :)
 
razorz18

Super Senior
Joined
Jun 11, 2011
Messages
1,035
Likes
32
Points
48
Offline
#5
Aku mulakan dengan ayat, agak-agak kenapa SHUTH nak jual forum wangcyber?
O yeker Tuan Shuth nak jual..xbaca lak ayat mula2 ni..hehhee. Kalu ade duit, boleh je beli. Anyway, sapa2 beli akan untung gak. Hopefully new owner boleh tambah baik. Tuan Shuth lak..die nak fokus bisnes lain..dah tokey besar ni.. hehhee
 
Joined
Jul 25, 2013
Messages
212
Likes
23
Points
18
Offline
#6

NI dia blog pasal Shuth nak jual atau tidak. Katanya harga kahwin kat taman (tak pasti termasuk GST atau tak:)). Tapi aku tak berfacebook, jadi tak pasti cerita selanjutnya.
 
Joined
Jul 25, 2013
Messages
212
Likes
23
Points
18
Offline
#7
Pada pendapat saya byk org spam forum. Sometimes menyampah. Sebab kita takde kawalan , so less. Tapi bukan tue je. Responsive di Media social adalah lebih laju..jadi tak hairan org banyak engage berbanding sini..kena wait and see.

Forum ada komunitinya sendiri, jadi maybe untuk bandingkan dengan media social..memang agak disadvantage. Tetapi kelebihan forum ni terletak dengan post2 yang berguna kepada komuniti. Kalu bersifat ads semata2 mmg x jadi. Forum ni bedasarkan user generated content jadi content tue yang wat people stay sini. Lagi berguna content, lagi banyak engage, and forum dapat maintain.

Rasanya Tuan Admin, saudara shuth boleh follow model Warrior Forum dengan wat Live webinar ke. or webinar bebayar .. untuk org yang betul2 perlukan info ini. both win...forum makin bekembang...user lak..dapat tambah ilmu dan network.

ni hanya pandangan saya semata2 :)
Sebab tu aku cadang guna teknologi baru macam discourse atau nodebb, sebab ini idea untuk forum model terkini yang ada realtime notification semua tu. Jadi kalau dapat reply pun buleh nampak terus.

social network dengan forum memang bezalah. Tapi dalam dunia tengah popular dengan social network, reddit tak jatuh pun. perbezaan ini yang buat forum ada kelebihan tersendiri. Aku lebih suka guna forum sebab kita boleh berbincang dengan tersusun. Kalau facebook tu, macam borak kosong je. Tapi tak tahu lah sebab, aku dah lama tak tinggal facebook, sebab masalah privasi dia dan email sampah yang berlambak dulu.

Macam mana agaknya nak tarik budak-budak sekarang (orang kita) ke forum atau komuniti macam ni? Diaorang mula aktif online bermula dengan Facebook aku rasa, jadi diaorang tak tahu kelebihan forum dan komuniti macam ni kot.
 
Joined
Mar 5, 2011
Messages
330
Likes
5
Points
0
Offline
#8
Pada pendapat saya, forum masih ada peluang untuk berjaya JIKA ia bersifat 'real time' seperti Facebook. Dalam kata lain, ia bersifat lebih instant.

Cuba lihat di FB, setiap kali ada orang komen pada post kita, komen tersebut terpapar terus dan owner post terus dapat notification.

Antara teknologi forum yang akan menggunakan teknologi 'real time' adalah Flarum. Setakat ini, ia masih dalam fasa pembangunan. Rasa tak sabar nak cuba.
 
Joined
Jul 25, 2013
Messages
212
Likes
23
Points
18
Offline
#9

Flarum bukan realtime. Tapi tak pasti kalau notifications nya realtime. Aku test sendiri kat dekat demonya. tengok sini.

Kalau notifications je yang realtime, nodebb dan discourse pun ada. Cuma bezanya discourse guna ruby RoR, nodebb guna node js dan falrum guna PHP (Laravel).

Dari segi senang nak pasang Flarum > nodebb > discourse.
Dari segi kos server yang murah Flarum > nodebb > discourse. (pasang sendiri)
Tapi dari segi penggunaan teknologi yang tepat nodebb > discourse > Flarum. Sebab node js memang programming untuk realtime. Walaupun php ada react (ratchet) untuk realtime, php dibina atas asas request dan response.

Harap-harap PHP 7 boleh buat lebih baik. Sebab php senang nak guna dan kos server pun murah tu yang popular dan ramai orang guna.

Tapi aku tak rasa teknologi part yang penting untuk komuniti. Sebab reddit huduh dari segi antara muka (UI) dan teknologi (php). Huduh sangat, dari dulu sampai sekarang. Ada orang kata itu simple. Pastu ada pulak guna reddit dengan plug-in sendiri yang boleh jadikan reddit lawa. Tapi secara asasnya reddit huduh, seriusly.
 
razorz18

Super Senior
Joined
Jun 11, 2011
Messages
1,035
Likes
32
Points
48
Offline
#10
pendapat saya forum ni kenalah kekal format die..cuma yg betul2 aktif ni x ramai. jadi Maybe kurang promosi. Sebab keunikan forum tue kenalah kekal. Anggap forum ni macam wordpress, kalu ade app DISCQUS je dah okay kalu nak reply post. Tapi bagi saya, nape forum lain boleh survive je.. saya rasa benda ni terletak kat owner satu hal..and user gak. kalu ramai user..of cos ramai engage. Macam WF ramai je .. sebab market kita ni tertakluk kepada org yang boleh bahasa Melayu kebanyakannya..tue adalah agak kecik compare English user.

Kalu Wangcyber ada forum..mcm WarriorForum..yang boleh mcm warriorplus tue..maksudnya ade tempat untuk sale and affiliate..yup..maybe boleh jadi game changer.

Yang lain..kena promot2-promote and promote.. banyakan lagi aktiviti di sini...
 
Joined
Jul 25, 2013
Messages
212
Likes
23
Points
18
Offline
#11
tapi sebab aku WC berbanding lowyat ialah bahasa melayu. Kalau boleh jangan ubah yang ni. Dah berlambak forum orang putih. Aku tulis panjang pasal forum yang aku suka dan tak suka kat http://cakapcakap.com/topic/2/selamat-datang-ke-cakapcakap

Ada tak SHUTH tulis buku or apa-apa artikel macam mana dia jaga forum WC sekarang. apa bezanya sekarang dengan dulu? Kalau boleh baca benda detail macam tu seronok jugak. Belajar dari pengalaman kan.

Bukan yang ahli berbayar kat WC ni boleh wat sale dan affiliate?
 
xcel

freshman
Joined
May 27, 2014
Messages
40
Likes
0
Points
8
Offline
#12
sekarang ni org bincang ape2 kat fb group je. whatsapp group pun ade. ada buat secret group . tengok im kat sini pun ada buat secret group. sebab tu tak ramai join forum skg. ataupun tak pernah kenal forum pun
 
Joined
Jul 25, 2013
Messages
212
Likes
23
Points
18
Offline
#13

itulah bab klu buleh aku nak tahu sangat, knape im tak ke forum? Untuk bincang pasal kerja bisnes sendiri boleh lah guna grup wasap or facebook, tapi untuk perbincangan umum yang boleh dikongsi untuk orang ramai dapat faedah bersama, kan lebih baik ke forum.

Contoh nak bincang pasal cara seo ker, nak cari domain murah ker benda ni semuakan elok di forum. Lagi satu, kalau guna forum perbincangan lebih luas, lagi ramai orang yang tengok dan boleh join, bukan sekitar kawan-kawan je.

IM yang buat secret grup tu pasal apa? Ada im yang buat secret grup baca ni kah? bagi komen sikit, kenapa nak secret-secret? Sape yang kenal yang kenal im yang suka secret ni, tolong share sikit thread ni kat diaorang.

Jangan nak simpan ilmu untuk diri sendiri. Bukankah dengan belajar kita juga belajar bersama? Bukankah dengan memberitahu kita lebih tahu? eh bunyi macam moto blog aku pulak. :)
 
Joined
Jul 25, 2013
Messages
212
Likes
23
Points
18
Offline
#14
jumpa dah thread yang aku kata panjang nak mam*** tu. ni dia. aku baca sampai 3 je kot, pastu skip2 gitu, tengok tajuk bes.

ni dia threadnya

dah update masukkan ke 1st jugak
 
xcel

freshman
Joined
May 27, 2014
Messages
40
Likes
0
Points
8
Offline
#15
ramai je im kat sini yg buat secret group. yg jual ebook tu ada secret group. yang buat dropship pun ada.
kenapa buat secret group? mestilah diorang nak kasi akses eksklusif.

betul ke wc nak jual? apa jadi dgn wc premium? dah mahal2 bayar hilang mcm gitu je nanti.
 
Joined
Jul 25, 2013
Messages
212
Likes
23
Points
18
Offline
#16
oh, klu im nk bagi support khas dan berbayar, mmg kna wat secret grup. tu lain crite. Tapi klu im sesama im berbincang berkongsi pendapat, bagus lah wat sini kat forum. Nak join jugak.

Kalau WC kena jual pun, takkan lah diaorang naya kan WC premium kot. Pandai2 lah nanti tu. Klu tengok artikel tu, macam ade niat nak jual je, tapi tak nampak bersungguh cari buyer pun.
 
Top