Kenapa Kita Sabar Kayakan Orang Lain

Nor Iman

freshman
Joined
May 9, 2015
Messages
3
Points
1
Tapi Tak Sabar Nak Kayakan Diri Sendiri

1) Ramai yang mudah putus asa bila berbisnes.Ada cabaran sikit dah nak 'give up'.Sales drop sikit dah down,lemah semangat.

2) Orang kutuk sikit dah tak boleh tahan.

3) Baru sebulan berniaga dah harap dapat pulangan beribu-ribu.

4) Tak sampai setahun dah kecewa tak dapat income 5 angka.

6) Harapan tinggi menggunung tapi bila dilanda badai sikit pun dah mula rasa goyah.

7) Harap berniaga semua nak mudah sahaja.Tak sanggup berkorban masa dan tenaga.Keringat dan air mata apatah lagi.Semua nak mudah-mudah sahaja,tapi hasil nak yang besar-besar belaka.

Sedar Tak...???

- Kita belajar di Universiti sampai 3-4-5 tahun.Keluar Universiti bari gaji baru rm2000-rm3000.Bertahun kita boleh bersabar untuk hanya untuk belajar,dapat gaji macam tu jerr.

- Keluar rumah pergi bekerja pergi pagi balik malam meredah kesesakkan lalu lintas sudahlah penat ditempat kerja ditambah pula penat diperjalanan....kita pun boleh sabar.

- Penat bekerja gaji cukup2 makan kadang anak isteri minta nak beli sesuatu kita sanggup berkorban ikat perut nak dapatkannya....itu pun kita boleh sabar.

- Hari2 pergi kerja gaji tak besar mana terpaksa melakukannya atas arahan walaupun hati membrontak tapi apa boleh buat....terpaksa sabar juga kan.

Persolannya Untuk Anda Berbisnes

- Apakah impian anda
- Apakah hala tuju anda
- Apakah matlamat Anda
- Adakah anda fokus dengan apa yang anda lakukan
- Adakah impian anda sudah menjadi kenyataan

Semoga Kata-Kata Ini Memberikan Suntikan Semangat Untuk Berjaya.
 
Top