Kenapa Jarang Kita Lihat Otai2 IM Mempamerkan Aset Mereka??

paktamduda

freshman
Joined
Jun 10, 2009
Messages
368
Points
16
Salam sejahtera, mungkin thread ini agak panas, tapi saya yakin kebanyakan daripada anda pernah terfikir mengenai perkara ini tetapi kurang mengendahkannya kerana pelbagai faktor..

Saya bukan mahu bersikap skeptik, sekadar untuk perbincangan kita..Perasankah anda, sehingga hari ini, terdapat berpuluh ribu ebook yang menawarkan rahsia2 untuk menjadi kaya melalui internet?? Dan setiap pemilik website yang menawarkan ebook itu mengakui pendapatan lumayan mereka dalam menjalankan perniagaan maya ini, puluhan ribu malah ratusan ribu dalam masa beberapa bulan sahaja..

Tetapi, amat jarang kita lihat Individu-individu kaya ini menunjukkan aset-aset mewah mereka terutamanya kereta atau rumah bagi membuktikan kejayaan tersebut? Yang ada cuma screen shot akaun atau gambar segumpal wang sahaja..adakah mereka benar-benar mewah atau mungkinkah mereka-mereka ini ingin memelihara privasi mereka? Apa yang saya lihat, hanya otai2 yang popular sahaja pernah menunjukkan aset2 mewah mereka didalam website atau blog masing-masing..yang lain belum pernah..

Cuba kita buat perbandingan dengan Otai2 yang berpaksikan MLM..hampir kesemua mereka akan menunjukkan aset2 mewah mereka ini di dalam website bagi membuktikan kejayaan mereka..Saya rasa anda juga sedar perkara ini..

Bagaimana pendapat rakan-rakan semua?
 

RajaKamil

Kawan WC Premium
Super Senior
Joined
Jul 10, 2007
Messages
6,833
Points
48
Age
34
pemikiran kolot:
1. ada kereta besar = kaya
2. ada rumah besar = kaya
3. pergi bercuti = kaya

:)

hakikatnya, rumah, kereta malah percutian, semuanya boleh dibeli secara 'hutang' :)

Fikir-fikirkan

PS : Kalau anda nak sebuah bisnes yang bagus, saya cadangkan bisnes sewa kereta besar dan sewa baju/kot/suite/tuxedo .
Buka premis di tempat2 kaki2 MLM suka berkumpul :)

Sure laku....tak percaya?
Kenalan kepada kawan saya ada buat bisnes ini, dan....pergh.
Lu pikir lah sendiri, kalau daripada pioneer sampai level 9 sewa kereta dia :D
 

mutt

Newbie
Joined
Feb 24, 2007
Messages
1,928
Points
38
kebanyakan yg buat ebook dan mengatakan mereka jana sekian sekian amount hanya kata kata kosong...

Kalau pun benar, 1 bukti bukannya bermakna anda juga boleh kaya sepertinya. Sama ada teknik tersebut dah lapuk, atau sememangnya teknik yg di beri tahu hanya sebahagian dan tak menggambarkan keseluruhan atau juga kena melabur sejumlah duit baru boleh memperolehi amaun semedikian..
 

amieyr

freshman
Joined
Dec 14, 2009
Messages
474
Points
16
eehehe.. btul kata RajaKamil tu.. saya ada member yang buat MLM, dia kata income 5 angka sebulan.. tapi tup-tup kereta dia nak kene tarik.. apa cerita.. ehehe
 

paktamduda

freshman
Joined
Jun 10, 2009
Messages
368
Points
16
Betul, memang kolot..tapi kandang pemikiran masyarakat kita memang dalam lingkungan ini..jadi, secara tak langsung benda2 ni akan menjadi tarikan malah keutamaan mereka dalam memilih produk atau perkhidmatan yang ditawarkan..semakin banyak bukti semakin kukuh keyakinan..itu pendapat saya
 

norfazli80

Newbie
Joined
Sep 24, 2007
Messages
513
Points
18
saya bukannya otai
tetapi kalau saya jadi otai suatu hari nanti
saya pun takkan tunjuk aset kepada umum
lebih baik hidup macam biasa aje
 

Zamri Nanyan

Senior
Joined
Jun 28, 2006
Messages
1,144
Points
38
Kebanyakan otai kat sini memang tak nak menunjuk dan
ada yang nak privacy. :)

Orang kita ni, kalau dah ditunjuk screenshot, diorang nak
tengok kereta apa yang dipakai, berapa bijik rumah yang
dimiliki dan sebagainya. Bila dah dapat tengok benda ni,
mungkin nak suruh diorang tolong buat kerja untuk diorang
pulak sampai orang lain jadi jutawan. :)

BTW, banyak jutawan kat luar sana tu pakai kereta proton,
duduk rumah biasa dan makan kat kedai tepi jalan sahaja.

Adakah otai IM pun camtu jugak? ;)
 

bagak

freshman
Joined
Mar 19, 2006
Messages
315
Points
18
yang tunjuk kekayaan tu kebanyakannya MLM -->dengan tujuan orang ramai terpengaruh dengan MLM mereka

saya pernah perli orang yang selalu tunjuk duit kertas kat FB. Saya tunjuk emas berlongok tapi kekayaan bukan untuk dipamerkan untuk tujuan promosi..
 

hasbulaqill

Senior
Joined
Dec 3, 2008
Messages
1,549
Points
38
Age
29
seseorang berhak mendapat apa-apapun sekiranya sudah mencapai status
'financial freedom'

kaya bukan bermaksud sudah mencapai status 'kebebasan kewangan'.bila dah capai status 'financial freedom'. beli apa-apapun ( kereta mewah, banglo besar), ia sudah tidak dianggap liabiliti tetapi aset. mereka berhak mencapai dan mendapatkan keperluan sedemikian rupa.kita sendiri tidak berhak mempertikaikannya.


"In most cases, when people make more money, they get deeper in debt. This is why money alone does not make you rich." Robert Kiyosaki
 

faezil

Newbie
Joined
Oct 2, 2007
Messages
7,061
Points
38
Betul, memang kolot..tapi kandang pemikiran masyarakat kita memang dalam lingkungan ini..jadi, secara tak langsung benda2 ni akan menjadi tarikan malah keutamaan mereka dalam memilih produk atau perkhidmatan yang ditawarkan..semakin banyak bukti semakin kukuh keyakinan..itu pendapat saya
bagi aku la (utk aku je... orang lain... lain lah buktinya).... bukti kereta2 mewah, rumah2 besar... bukan itu yang aku perlukan...

kalau aku nak beli sesuatu ebook, aku nak tahu prosedur bagaimana boleh buat duit.. sama ada betul ke boleh dapat duit atau tidak, kita boleh fikirkan sediri secara logik

cthnya... aku pernah beli ebook sifu lan berkenaan ebay dan artsnow.... aku nampak camna prosedur camna buat duit pakai artsnow... dan pada aku ia adalah logik.... so tak perlu nak mintak sifu lan tunjuk rumah besarnya.. for what ?

begitu juga aku pernah beli buku emas dariapda bro jamal... aku nampak logik pelaburan emas tu... tapi aku takyah la mintak bro jamal bergambar depan puluhan jongkong emas sebagai bukti... utk apa ?

baru2 ni aku beli ebook t-shirt daripada bro hafizi... tak sukar utk faham logik produk dia, iaitu berurusan dengan kilang.... dan aku rasa tak perlu nak mintak bro hafizi tunjukkan ss bukti pendapatan 6 angka seperti yang didakwa.... sbb aku tau ia mmg logik.

tapi kalau yang terkial2 atau tersipu2 malu nak tunjuk kelebihan produk..... tunjuklah ss tertulis 8 juta, bergambar dengan kereta mewah... rumah besar mcm istana.... confirm aku tak percaya selagi tak tunjuk kelebihan produk yang dipromosikan


p/s kecuali money game... mmg kena tunjuk bukti2 duit yang mereka perolehi.... yeah sbb dah namapun money game
 
Last edited:

shahrulfaizi

Newbie
Joined
Feb 23, 2010
Messages
597
Points
0
orang yang kaya, bukanlah dipandang pada apa yang mereka ada, tetapi pndang berapa banyak duit yang mereka simpan.

bagi saya, sebagai sorang IM dan ahli MLM, ade 2 perbezaan, IM x perlu tunjuk2 ape yang dorg ade. duit banyak pun, nak pakai moto pun x d hal, sebabnya IM kerjanya dengan internet, bukan perlu jumpa orang macam ahli MLM. kalau ahli MLM kena g jumpa klien, kalau setakat naik motor, cerita plak biz ribu2. gerenti orang x join punya. cayalah.
 

paktamduda

freshman
Joined
Jun 10, 2009
Messages
368
Points
16
Yup..aku pernah tinggal dikawasan kejiranan berhampiran rumah Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary di Alor Star...dia hanya menggunakan sebuah Volvo buruk untuk bergerak kemana-mana tanpa menggunakan pemandu..hebat kan..
 

shahrulfaizi

Newbie
Joined
Feb 23, 2010
Messages
597
Points
0
ha.. tu kaya tu.. low profile.. hehe...
 

amieyr

freshman
Joined
Dec 14, 2009
Messages
474
Points
16
saya sokong kenyataan saudara faezil.. sebenarnya kalau nak dapat pelanggan tetap x perlu nak tunjuk kita kaya atau sebagainya.. yang perlu kita tunjuk kelebihan produk yang kita nak jual.. kalau produk tu boleh menyelesaian masalah orang, gerenti orang beli.. konsep ini sama juga untuk MLM, kalau orang cerita untung juta2, saya yakin prospek kita tu x kan lama join kita coz dia join untuk dapat duit juta2, bila x dapat duit juta2 macam yang diwar-warkan dia mesti quit.. tapi bila kita tunjuk kelebihan produk kat prospek kita, bila dia rasa produk itu boleh selesaikan masalah, saya yakin dia pasti akan join jadi member dan menjadi pengguna setia kepada produk tu..

P/S: dulu saya pun orang MLM, siap dapat pangkat ruby manager lagi.. ehehe.. dapat untung banyak juga.. tapi x lama coz kebanyakan member yang join fokus nak dapat duit ribu-ribu.. bila dapat duit cuma puluh-puluh ringgit, dia quit coz tujuan join hanya nak dapat duit ribu-ribu bukan coz nak guna produk tu..
 

Hakim Najili

Senior
Joined
Nov 17, 2009
Messages
1,813
Points
0
nie semua tinggalan penjajah dan pengaruh TV yg mengangkat darjat siapa ada rumah besar, kereta besar, duit besar, kerjaya besar, bini besar ianya adalah kejayaan hakiki

salah satu agenda yahudi juga mengangkat darjat2 org2 yg ada semua besar ini sebagai berjaya

but we are the part of the system, believe it or not, kalau kita balik raya di kg, sesetengah sedara mara akan judge ada benda2 besar nie sebagai berjaya


P/S : warren buffet pun tinggal di rumah teres jerr, org percaya juga dia ada duit banyak....

P/P/S : kalau sy beli ebook, sy akan pastikan review org di forum2 nak tgk feedback mcm mana, biarlah sy beli lambat sikit dan harga dah pun naik, asalkan pembelian tue bernilai selamanya
 

JaMaL

Senior
Joined
Jan 14, 2009
Messages
5,609
Points
38
tunjuk harta banyak-banyak kena serbu dengan BPR atau LHEDN nanti:)
 
Top