Kenapa baca al-quran,kalau...

Joined
Sep 26, 2008
Messages
910
Likes
2
Points
18
Offline
#1
Ada satu cerita menarik yang ingin saya kongsikan dengan anda.Ceritanya bermula begini:

Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang dengan cucunya.

Setiap pagi,si datuk akan membaca al-quran di ruang dapur.Si cucu yang melihat, juga turut sama meniru perbuatan datuknya.

Suatu hari si cucu bertanya kepada datuknya,"Atuk,saya baca Quran tetapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Quran. Bila tutup Al-Quran saya masih juga kadang-kadang melakukan perkara nakal yang berdosa.Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?"

Si datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul sampah jarang yang kotor kerana sebelumnya bakul itu berisi arang. Lalu beliau berkata kepada cucunya:

"Nah..Kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni.Lepas tu bawak ke mari.." Kata datuknya sambil memberikan bakul sampah jarang itu kepada cucunya.

Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang.Apabila pulang,tiada lagi air yang tinggal.

"Kau lambat sangat..Cuba lari laju-laju sikit," kata si datuk.

Si cucu pun berlari ke sungai lalu mendapatkan air dan membawanya kepada si datuk. Namun seperti tadi juga, tiada lagi air di dalam bakul jarang itu tatkala cucunya sampai di hadapan datuknya di rumah.

"Tak bolehlah datuk," kata si cucu.

"Cuba sekali lagi.."

kali ini datuknya melihat dari pintu. Si cucu pun cepat-cepat ke sungai dan berlari lebih laju dari sebelumnya membawa bakul untuk ditunjukkan kepada datuknya.Namun hasilnya tetap sama seperti sebelumnya.

"Nampak tak atuk?Tak bolehlah. Tak ada gunanya," bentak si cucu kecewa kerana memikirkan datuknya mempermainkannya.

Si datuk lalu berkata,"jadi kamu rasa tak bergunalah?Cuba kau tengok betul-betul bakul tu."

Seperti baru tersedar,si cucu baru perasan yang bakul yang tadinya kotor kini sudah bersih. Terus si datuk menyambung:

"Macam itulah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan hati si pembacanya. Itu semuanya dengan kehendak Allah. Kerja Allah."

p/s: Cuba renung di sudut bilik.Adakah Al-Quran menjadi sekadar hiasan di atas meja kita? Berapa lama kita tak baca Quran, seminggu, sebulan atau lebih? Dalam 24 jam, adakah aku luangkan masa 5 minit atau kurang untuk membaca kalam Allah yang mampu membersihkan hati ini? Sekadar renungan untuk saya dan semua.
 
Joined
Nov 18, 2008
Messages
3,332
Likes
9
Points
38
Offline
#2
trimakasih! smoga pembuka & pmbaca thread mndpt berkat & pahala 24/7 dpd ilmu dlm ceritera ini... amin
 
Joined
Oct 2, 2007
Messages
6,951
Likes
0
Points
38
Offline
#3
Sesungguhnya Allah maha pemurah lagi maha pengasihani...

sepatutnya alasan 'tidak faham maksudnya' tidak boleh dipakai kerana terlalu banyak tafsiran bahasa melayu di pasaran. Cuma nak dengan tak nak je.

Tetapi Allah maha pemurah..... walaupun kita tak mahu pahamkan, Allah tetap memberi kita fadhilatnya
 
Joined
Mar 19, 2009
Messages
951
Likes
1
Points
18
Offline
#4
nice article...
namun kita perlu melihat sejauh manakah kita beramal dengannya....
 

RajaKamil

Kawan WC Premium
Active
Joined
Jul 10, 2007
Messages
6,752
Likes
23
Points
48
Age
34
Offline
#6
best artikel ini, macam pernah terbaca. Kat mana agaknya ?
 
Joined
Apr 10, 2010
Messages
1,249
Likes
0
Points
0
Offline
#7
Satu post yg cukup bernas dan memberi peringatan utk semua. terima kasih TT. :)
 
Joined
Oct 9, 2007
Messages
2,200
Likes
3
Points
38
Offline
#8
best artikel ini, macam pernah terbaca. Kat mana agaknya ?

ya betul mcm pernah baca dulu...
lps baca hari tu... rajin sikit baca quran...
slps dah agak lama... "malas" balik baca quran...

hari ni terbaca pula cerita ni...
mudah-mudahhan lps ni sentiasa rajin baca quran amin :D
 

yoji

Senior
Joined
Oct 30, 2008
Messages
1,988
Likes
3
Points
38
Offline
#9
terima kasih bro, xlama nak puasa pulak.. jadi dah boleh mula skrang.. :)
 
Joined
Jun 5, 2006
Messages
4,016
Likes
0
Points
38
Offline
#11
erm..cerita tu memang benar...dan memang tak dapat disangkal lagi Al-Quran tu memang satu mukjizat yang takde sape dapat nafikan sampai bila-bila..

aku cuma nak dapatkan pandangan korang tentang satu situasi di office aku ni..apa pandangan korang ye...

ada sorang akak di tempat keje aku, die pada mulanya ramai kawan dan senang untuk bersembang..tapi sejak bila tak tahu..die mula rajin mengaji sewaktu keje..komputernya biasanya dibuka untuk dengar dan kekadang bila die free, dia akan mengaji sama ikut surah di dalam komputer tersebut...

setakat yang aku tahu, jika orang yang selalu membaca Al-Quran ini,hatinya tenang dan bersih...tapi akak ni aku agak pelik bila ada satu kejadian yang aku tak dapat terima apabila kes sebegini terjadi...

Dialog ini adalah dari akak opismate sorang lagi:
"Kak, kita menuntut ilmu dari dalam buaian sampai ke liang lahad", cuba belajar sikit jika tak tahu..."

Balasnya..

"Tak payah nak belajar-belajar..mengaji je...mengaji je, tahu semua dah..." (dalam keadaan marah)

Masa ni aku berada di hadapan mereka dan situasi ini adalah pada waktu pagi pukul 8.00 baru masuk kerja...

dan satu ayat yang aku takkan terima dia cakap..

"Pandai nak nasihat orang..aku baca yasin kang..baru tau.tau la nanti apa akibatnya!"
Aku muda lagi dan agak rasa kurang ajar apabila aku lak nak nasihat dia..tapi aku tak sanggup die seperti taksub dengan "dunia mengajinya" dan dia seperti tidak dapat terima jika ada orang yang mahu mengajarnya sesuatu ilmu...

Memang tak dapat dinafikan..tatkala aku membaca kalimah Allah..hati aku amat tertawan dengan ayat-ayatNya..Subhanallah..hati aku sejuk selepas membacanya..tapi kenapa dia tidak merasakan camtu ye?

apa korang respon dari situasi ini ye?
 

RajaKamil

Kawan WC Premium
Active
Joined
Jul 10, 2007
Messages
6,752
Likes
23
Points
48
Age
34
Offline
#14
Joined
Nov 18, 2008
Messages
3,332
Likes
9
Points
38
Offline
#16
erm..cerita tu memang benar...dan memang tak dapat disangkal lagi Al-Quran tu memang satu mukjizat yang takde sape dapat nafikan sampai bila-bila..

aku cuma nak dapatkan pandangan korang tentang satu situasi di office aku ni..apa pandangan korang ye...


Aku muda lagi dan agak rasa kurang ajar apabila aku lak nak nasihat dia..tapi aku tak sanggup die seperti taksub dengan "dunia mengajinya" dan dia seperti tidak dapat terima jika ada orang yang mahu mengajarnya sesuatu ilmu...

Memang tak dapat dinafikan..tatkala aku membaca kalimah Allah..hati aku amat tertawan dengan ayat-ayatNya..Subhanallah..hati aku sejuk selepas membacanya..tapi kenapa dia tidak merasakan camtu ye?

apa korang respon dari situasi ini ye?
sungguh kasihan kakak tu!
mngikut seorang ustaz yg pernah sy dengar kuliahnya di zaman roxkapak dulu2, hal ni mungkin terjadi kerana;
- seseorang tu buat amal ibadah dgn niat sebab mahukan fadilat atau pahala sahaja
- sedangkan yg paling UTAMA ialah beramal ibadah dgn niat utk mendapatkan redha & kasihsyg dari TUHAN yg mmberi pahala tu
- kerana org mukmin masuk syurga dgn sbb rahmat & kasih syg Tuhan
- sbg contoh, kita disuruh mak & ayah tolong buat kerja rumah & sebab kita nak depa syg kt kita, kita buat kerja rumah sungguh2 sampaikan benda yg x disuruh pun kita buat supaya makpak syg kat kita
- jadi kita buat kerja rumah tu bkn sbb nak upah makanminum dari makpak, tapi sbb nak ambik hati depa supaya depa syg kt kita

dalam kitab Imam Ghazali (sy x ingat nama kitab tu) ada dikisahkan ttg bab 'tertipunya ahli ibadah' dlm amal ibadah.... teman2 blehlah cari & ngaji dgn mana2 ustaz yg ngajar kitab ni.....:) maaf takat tu je yg den tau:p
 
Top