asalamualaikum.....bro macam mana nak start biz internet nie ha pa perlu buat
Wa'alaikumsalam bro ayap...
Soalan tersebut amat mencabar & saya tidak begitu layak nak bg jawapan yg tepat & betul2 mantop! saya juga masih baru dlm arena ini... TETAPI saya blh kongsikan 11 perkara penting yg telah saya lakukan dlm usaha menjadi usahawan internet Hebat & Mantap! Jika bro ayap berminat nak tahu, sila ikutinya detailnya di bawah:
Langkah 1- Saya perbetulkan niat & 'mindset' saya untuk menjadi seorang usahawan internet. Perspektif terhadap bidang ini & komuniti di dalamnya hendaklah betul & positif. Sudut pandang amat penting sebagai langkah awal terlibat dlm apa jua perkara termasuk perniagaan internet. Saya pastikan fokus fikiran pd perkara2 yg positif shj & hindarkan dr fikir perkara-perkara negatif krn ia akan menjadi racun pd saya kelak. Saya kemudiannya mula berfikiran besar! / 'Think Big!' / 'Dream Big!'.
Langkah 2- Saya mendaftar dgn persatuan yg berkaitan dgn usahawan internet, seperti yg tlh ada sekarang iaitu Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) & mana-mana pertubuhan atau kumpulan yg sah berdaftar krn banyak info yg betul & tepat akan diperolehi (jimat masa, tenaga & wang ringgit-elak dr ditipu...) & biasanya ada program di atur khusus utk ahli2nya yg mendaftar.
Langkah 3- Saya join mana2 seminar berkaitan perniagaan internet mengikut bajet yg trmampu (ada seminar yg murah & ada juga yg mahal-pasti qualitinya berbeza...). Awalnya join yg murah2 dulu, kemudian mula terlibat dgn seminar yg lebih berqualiti dgn harga yg gak mahal setelah mmbuat 'servey'.
Langkah 4- Saya sertai komuniti usahawan internet secara online spt forum (wang cyber), group perbincangan dalam facebook, blog berkaitan usahawan internet, melangan email drp utk dapatkan produk percuma sekadar pendedahan awal & biasanya ada maklumat berguna diemailkan setip bbrapa hari & banyak lagi yg seumpamanya (yg penting tempat otai2 & sifu usahawan internet berkongsikan info & maklumat berguna)
Langkah 5- Saya aktif mengunjungi laman sosial mereka yg dah lama dlm bidang perniagaan internet. Sy Ikutinya dgn bersungguh-sungguh apa yg dibincangkan di wall mrk & jika berkesempatan ajukan soalan mengikut kesesuaian masa & tempat. (saya pernah PM menerusi facebook terus kpd bbrapa otai/sifu bertanyakan sebarang kesulitan, tp byk yg mrk xreply namun saya tidak brkecil hati krn saya tahu kebanyakan mrk sibuk)
Langkah 6- Setelah bbrapa ketika mengikuti perkembangan perniagan internet, saya pilih mana2 individu/grup utk dijadikan mentor, agar perjalanan utk berjaya dlm bidang ini cepat & berqualiti...
Langkah 7- Saya beli ebook/audio/video yg dirasakan perlu sebagai panduan & mempercepatkan lagi proses pembelajaran. (tp awas! pilih produk yg betul2 berqualiti, tanya pendapat kawan2 yg dah lama dlm industri ini yg anda kenali dlm persatuan/seminar/online, mrk lebih arif.. sy pernah terkena membeli produk yg tidak berqualiti!). Setelah itu saya pilih satu perkara yang paling saya suka & mempunyai masa depan yang cerah utk saya laksanakan. Saya 'start' fokus & 'stay tune' pd fokus saya tersebut... & terus mengatur strategi & letak 'timeframe' bila akan dicapai...
Langkah 8- Saya terus ambil 'ACTION' agar kejayaan cepat dicapai... saya sedar ramai yg tidak ambil 'action' walau sekian lama terlibat dlm seminar/forum/blog. Ramai juga yg telah berhabis beribu ringgit beli mcm2 produk tp x buat2 bisnes online seperti yg dirancang! KENAPA? byk faktornya, antaranya dr pemerhatian & kajian yg saya sendiri buat adalah mrk:
- takut - tidak yakin diri - terlalu banyak maklumat - keliru - tidak fokus - cuba bbrapa kali gagal & taknak buat lagi/serik - tk tahu nak mula di mana - harapan trlalu tinggi - ingin betul2 perfect baru nak buat - tdk yakin pd biz internet - kuat berangan2 - berjiwa besar tp malas - pengalaman buruk ditipu - kehabisan wang - malu pd kawan2 - tiada masa - tidak serius (hanya cuba2) - & 1001 alasan lagi yg xmampu disenaraikan di sini.
Namun yg utama spt dlm Poll Results di atas, tak fokus, sibuk, tak yakin diri & terlalu banyak nak buat! Ianya terpulang pada diri masing-masing, jawapannya ada dlm diri.
Langkah 9- Dan yang PALING PENTING setelah 'TAKE ACTION!' saya perlu maintain sampai berjaya! Tidak cepat putus asa jika dalam masa yg singkat ianya tidak mendatangkan hasil. Kena ada dayausaha & dayatahan yg tinggi... Do it again & again & again... sampai berjaya... Never, never, never give up! Saya pastikan dlm bertindak trsebut mesti ada 'adjustment' & 'learning process' agar tidak mengulangi kesilapan yg sama!
Langkah 10- Dan yg PALING, PALING PENTING saya bina 'RELATIONSHIP' yg paling mantop & terbaik dari awal terlibat dlm dunia biz online ni agar senang dapat kawan & kenalan yg relahati membantu di sepanjang keterlibatan dlm bidang ini. Jangan buat perkara2 yg tidak betul & membuatkan orang benci… Kerana saya sedar tak guna semua perkara di atas dilakukan tapi saya ada masalah dlm 'relationship' dgn komuniti internet keseluruhannya… Masa depan saya akan hancuss, Impian akan berkuburr… Dunia bisnes saya akan gelap gulita...
Langkah 11- Dan yang PALING, PALING , PALING PENTING dr kesemua perkara di atas adalah saya pastikan hubungan saya dgn sang Pencipta iaitu Allah Taala mantop! Serah segalanya kpd Allah setelah penat berusaha… & redha dgn apa jua yang berlaku, krn saya wajib beryukur dlm apa jua keadaan, samada buruk / baik (itulah keindahan Islam…

Saya tidak lupa utk laksanakan kewajipan agama dgn penuh & berusaha dgn segala dayaupaya utk menjauhi semua laranganNYA.
InsyaAllah 11 langkah ini jk saya betul2 laksanakan, Saya yakin akan BERJAYA dlm apa jua perkara yg anda lakukan! Di sini fokus bisnes online, saya akan berjaya dgn cemerlang sbg usahawan internet di Malaysia & juga Internasional. InsyaAllah semua kemungkinan pasti berlaku dgn izin Allah ‘Azza Wajalla. Syarat mestilah berusaha bersungguh2, berdoa, istiqomah, bertawakkal & serah keputusannya bulat-bulat kpd Allah yg Maha Kuasa.
Itulah antara perkara yang lakukan... kawan2 yg lain sila bantu dgn tambahan info yg berkaitan... Harapnya ia memberi manafaat & mmbantu bro ayap.
Wallaahua'laam.
Segala ilmu adalah milik Allah, kita hanya penyampai sahaja...
Ikhlas: Zahid Isa.