Komik Kenangan Siri Kartun Abe dari Majalah Ujang

Pfiza2

freshman
Joined
Apr 28, 2014
Messages
454
Likes
0
Points
0
Offline
#1
Siapa masih lagi ingat bila majalah Ujang mula-mula diterbitkan? Ya betul. 1 Januari 1994. Majalah yang mencetuskan fenomena dan menghangatkan kembali industri majalah kartun tanahair. Dalam tahun 1990-an adalah merupakan tahun suram bagi industri majalah kartun tanahair. Majalah yang ada pada masa itu seperti Gila-Gila, Geli Hati, Batu Api dan lain-lain dilihat gagal memikat hati rakyat Malaysia pada masa itu.


Gambar kulit majalah Ujang siri pertama – gambar hakcipta En Yosri

Pada tahun 1994, tanpa disangka-sangka majalah Ujang yang diterbitkan oleh kartunis Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon di bawah label Kharisma Publications ini boleh meletup. Bayangkan keluaran pertama sahaja kalau tak silap saya hampir 300,000 naskhah dicetak. Memang hangat betul masa tu. Dengan slogan majalah lawak antarabangsa, Ujang menawan hati rakyat Malaysia dengan beberapa siri kartun seperti Abe, Bersama Selamanya, Mahaguru Tandoori Payat dan tidak ketinggalan ikonnya, Din Beramboi.

Ada satu siri kartun yang menarik hati saya iaitu Abe. Siri yang mengisahkan seorang anak yatim piatu, Abe yang terencat akal tinggal bersama neneknya. Abe dipandang hina oleh penduduk kampung lantaran mentalnya yang cacat apatah lagi dia juga merupakan seorang yang miskin. Saban hari Abe dipukul oleh budak-budak sebayanya dan dibuli oleh orang kampung. Hanya Che Din sahaja yang sudi berkawan dengan Abe.
Disebabkan itu juga, Che Din turut dihina dan dipulaukan oleh orang. Cerita yang menyayat hati ini ditambahkan lagi dengan episod kematian Che Din dan nenek Abe. Bayangkan seorang yang terencat akal hidup seorang diri. Memang sedih jalan ceritanya. Banyak juga pengajaran yang boleh diperolehi dari siri Abe ini seperti janganlah kita menghina orang yang kurang daripada kita, jangan membuat fitnah dan lain-lain.

Zoom Picture


Siri kartun Abe ini telah ditulis oleh saudara Ujang dan dilukis oleh Aie atau nama sebenarnya Shaari Sulong. Siri ini jugalah yang telah menaikkan nama Aie sebagai antara kartunis yang disegani di persada majalah kartun tanahair pada masa itu. Siri Abe juga antara siri kartun menaikkan rating majalah Ujang. Tidak salah saya katakan jika Abe ini salah satu siri kartun yang terbaik pernah dihasilkan. Kini sukar untuk mendapati karya-karya yang bermutu seperti ini. Harapan saya agar satu hari nanti ada seorang kartunis yang mampu menghasilkan karya sehebat Abe. Coretan special legendary Ujang sempena Ramadhan tahun ini.
 
Last edited:
Joined
Feb 13, 2014
Messages
309
Likes
0
Points
18
Offline
#6
Dulu memang tak miss beli Ujang dan Gila2. Siap ada beli Aku Budak Minang dan semua krew Creative Enterprise tandatangan tetapi mak pergi buang semua komik masa pergi Uni.

Menagis tak berlagu...
 
Top