Kebenaran & Kebesaran Al Quran

XploR

freshman
Joined
May 1, 2006
Messages
388
Likes
0
Points
16
Age
36
Offline
#1
Assalamualaikum,

Info ini saya dapat semasa saya mengikuti ESQ training di PWTC yang tamat semalam. Saya terpanggil untuk berkongsi di sini supaya saya sendiri tidak lupa. Terlebih dahulu minta maaf dan minta dibetulkan jika ada info yang kurang tepat.

Ada satu selat dimana 2 lautan bertemu tetapi tidak bersatu. Selat ini dinamakan Selat Gibraltar(Strait of Gibraltar) yang terletak di antara Spain dan Morroco. Dua lautan yang bertembung itu ialah Lautan pacific dan laut mediterranean. Ketika training, saya ditunjukkan video dimana pengasas ESQ berapa di Selat Gibraltar dan menunjukkan lautan yang tidak bercantum ini, warna 2 lautan ini berbeza, satu kekuningan satu kebiruan. Saya betul2 kagum.

ini pula terjemahan dari ayat Al Quran yang menceritakan keAgungan Allah ini.

Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;[19]
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;[20]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [21]
Surah Al Rahmaan [ayat 19-21]
Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya.
Surah Al Furqaan [ayat 53]

info tambahan
[+] http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/
[+] http://en.wikipedia.org/wiki/Straits_of_Gibraltar
[+] http://www.youtube.com/watch?v=-fJw5OkqUco
[+] http://www.englishbaby.com/forum/LifeTalk/thread/279360

Ada lagi bukti2 yang lain seperti teori big bang dan sbginya. InsyaAllah saya kongsikan lain kali.
*terima kasih kepada pihak syarikat kerana menaja kami ke traning ESQ

Saya juga menjemput anda yang tahu lagi tentang bukti-bukti kebesaran Al Quran untuk berkongsi di sini. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat.
 
Last edited:
Joined
Jul 18, 2007
Messages
1,102
Likes
3
Points
38
Offline
#2
ESQ singkatan bagi apa yerk?

terima kasih post dekat sini, supaya dapat mengukuhkan iman dan taqwa kita disini :)
 
Joined
May 20, 2008
Messages
3,186
Likes
3
Points
38
Offline
#3
ESQ...

Dengarnya kursus nie dah banyak bawak masuk saudara baru....

Alhamdulillah...
 

RajaKamil

Kawan WC Premium
Active
Joined
Jul 10, 2007
Messages
6,752
Likes
23
Points
48
Age
33
Offline
#4
emotional spiritual quotion

sebelum ni org asyik fokus untuk develop IQ. Kat UTP, masuk sem ni dah 3 kali diorang buat.

Bagus untuk meningkatkan prestasi.
 

XploR

freshman
Joined
May 1, 2006
Messages
388
Likes
0
Points
16
Age
36
Offline
#5
ye betul. emotional n spiritual quotient (kecerdasan emosi & rohani). Alhamdulillah semasa kursus ini ada 4 orang non-muslim. Untuk maklumat tentang kursus ini boleh layari http://esq.com.my

Ustaz Zaharuddin juga pernah pergi kursus ini (angkatan 31), ustaz dah buat ulasan yang saya kira agak panjang lebar tentang ESQ ini. Boleh baca di sini
http://www.zaharuddin.net/content/view/828/

Ada beberapa teguran ustaz yang telah di ambil perhatian dan tidak lagi dibuat semasa angkatan saya angkatan 33.

p/s: Saya tidak mahu kita berbincang sgt pasal ESQ tetapi kebesaran dan kebenaran Al Quran itu sendiri..
 
Joined
Jan 4, 2006
Messages
360
Likes
5
Points
18
Offline
#6
Terdapat banyak bukti kebenaran dan ilmu yang mencakupi keseluruhan kehidupan kita.. Ianya tidak diterangkan secara terperinci di dalam Al-Quran tetapi hanya pada dasar atau secara umum.. Selebihnya tugas kita untuk membuat kajian berdasarkan ilmu dasar yang diberikan di dalam Al-Quran..

Ni saya kongsi dokumentari menarik berkenaan kebenaran Al-Quran.. Moga memberi manfaat kepada semua:

http://www.youtube.com/watch?v=FhHvqZIFXsw
http://www.youtube.com/watch?v=H7JhRG9gJ94
http://www.youtube.com/watch?v=ZTW4u1Bk1eE
http://www.youtube.com/watch?v=JEkjGxYclno
http://www.youtube.com/watch?v=rnzxCOnQGRE
http://www.youtube.com/watch?v=Uc0WPkaSRDc
http://www.youtube.com/watch?v=U5OUXRQ6GSY

Betapa banyak ilmu yang baru dicapai di masa kini tetapi sudah tertulis di dalam Al-Quran di zaman manusia jahil.. Itu sudah mencukupi untuk membenarkan Al-Quran bukan ditulis oleh manusia tetapi Al-Quran adalah firman dari Allah Pencipta Seluruh Alam..

Kesimpulannya, dekatkan lah diri dengan Al-Quran dengan membaca, mengkaji, dan mengamalkannya setiap hari..

Ni ada bot Al-Quran untuk YM.. Boleh buat carian terjemahan Al-Quran dan Hadis dalam pelbagai bahasa.. Add YM id quran.noble..
 
Joined
Jan 29, 2008
Messages
716
Likes
0
Points
16
Offline
#7
ESQ ni buat training utk corporate/company jer ke?ada ke untuk open seminar?maksudnya bayar yuran dan sape2x leh pergi..
 
Joined
Mar 18, 2006
Messages
310
Likes
2
Points
18
Offline
#8
ESQ ni open seminar, walaupun ramai org korporat yang pergi, boleh je register. Setakat ini, bagi saya ESQ adalah seminar terbaik yang saya hadiri, malahan saya sudah pun menghadiri seminar untuk peringkat yang seterusnya (intermediate) iaitu mission statement.
 
Joined
Sep 22, 2008
Messages
1,600
Likes
0
Points
36
Offline
#9
Ya... Kesucian & Kebenaran Al-Quran memang tak dapat disangkalkan lagi oleh sesiapa pun, melainkan hati mereka2 yg tidak disinari dgn Nur hidayat. Kekal relevan dari zaman berzaman buat selamanya......
 

XploR

freshman
Joined
May 1, 2006
Messages
388
Likes
0
Points
16
Age
36
Offline
#10
Terima kasih b1naryc0de, video yang bagus.
7FiguresGuy, spt kata kak linn boleh pergi secara individu. Yuran +-RM1300 kalau tak silap.

Ini pula berkaitan teory Big Bang yang mengatakan alam ini terbentuk selepas berlakunya letupan yang kuat.Teori ini mula diperkenalkan oleh Albert Einstein pada 1915 sebenarnya telah diceritakan dalam Al Quran surah Al-Anbiyaa' ayat 30.
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?
bacaan lanjut
[+] http://www.harunyahya.com/malaysian/keindahan2.php
[+] Buku Quran Saintifik tulisan Dr Danial Zainal Abidin http://www.danialzainalabidin.com/buku/
 
Top