Kanak-kanak perempuan dua tahun ditemui dibunuh di rumah kosong

sally

freshman
Joined
Aug 26, 2009
Messages
2,655
Likes
0
Points
36
Offline
#1
DUNGUN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, di sini.

Mayat kanak-kanak separuh bogel itu ditemui seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di kawasan perumahan itu kira-kira 3.30 petang ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Polis K.Manoharan berkata, ketika tiba di kawasan itu, pengawal keselamatan berusia 31 tahun itu terlihat pintu utama rumah berkenaan terbuka dan terhidu bau busuk.

Katanya, curiga dengan bau itu, dia bertindak masuk ke dalam rumah berkenaan dan menemui mayat kanak-kanak itu di dalam bilik air rumah tersebut.

"Ketika ditemui, mayat dalam keadaan terbaring di lantai bilik air manakala

masih terlekat kesan darah dan pakaian yang dipakai terangkat ke bahagian atas.

"Kita masih mengesan identiti mayat," katanya di sini.

Ujar Manoharan, mangsa dipercayai sudah mati lebih dari 24 jam berdasarkan keadaan mayat yang telah kembung dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat.

- Bernama
 
Top