Kanak kanak mahupun orang dewasa filem minions wajib ditonton semua

Joined
Jun 6, 2015
Messages
440
Likes
4
Points
38
Offline
#1

Mereka comel, bertenaga dan tidak pernah habis dengan keletah kelakar yang setiap langkah mereka pasti membuatkan kita semua ketawa. Walaupun sudah tua kami di sini masih teruja setiap kali melihat kelibat Minions di mana mana sahaja kali ini mereka sudah punyai filem sendiri.

Filem yang bakal menjenga pawagam pada 18 Jun 2015 ini bakal menceritakan perjalanan Minions mencari tuan besar (master) dari zaman pra sejarah bertuankan dinosaur T-rex sehinggalah kepada watak penting perang dunia pertama, Napoleon Bonaparte.



Diketuai oleh sekumpulan kecil Minions bernama Kevin, si lincah bertenaga Stuart dan si dia yang mudah disayangi Bob keluar untuk mencari tuan besar baru dalam usaha memastikan kelangsungan hidup Minions yang lain untuk terus relevan di atas muka bumi ini.

Ketiga-tiga mereka memulakan perjalanan penuh cabaran dari Antartika ke bandar New York era 60an dan berakhir di kota London yang membawa mereka kepada tuan besar seterusnya iaitu Scarlet Overkill (suara oleh Sandra Bullock), watak super-penjahat pertama di dunia.



Mampukah mereka menjalankan tugas dengan baik sekaligus menyelamatkan umat Minions yang lain? Mestilah kami sendiri dan anda semua wajib ke pawagam berhampiran pada 18 Jun ini. Telatah mereka sahaja sudah cukup untuk kita terhibur sepanjang filem, kami pasti!



Dan yang lebih penting, tahukah anda yang filem Minions ditayangkan hampir sebulan lebih awal di Malaysia berbanding di Amerika Syarikat? Ini sesuatu yang istimewa untuk kita dan jadi sebab tambahan kita semua tidak lepaskan filem hebat ini. Maklumat lanjut di uip.com.my/minions!

Sebelum kami terlupa, United International Pictures (UIP) ada buat satu galeri khas untuk anda peminat Minions memuat naik gambar sendiri berserta sticker khas comel dengan watak Minions untuk anda kongsikan bersama rakan rakan.



Tengok ramai sudah sertai, jom kita ke uipminion.com apa tunggu lagi? BANANA!

Sumber: Rotikaya
 
Top