Kaedah Berkesan Mencari dan Menguji Keyword.

Joined
Sep 17, 2007
Messages
287
Likes
6
Points
18
Offline
#1
Hari ini saya terasa nak menulis berkenaan keyword pula, sebab tadi ada terbaca di stau tempat lain sorang IM ni mengenakan bayaran tertentu untuk beberapa list keyword. Ada juga yang menggunakan kaedah yang menguntungkan orang lain (pakai program, script berbayar, etc.). Jadi saya berkongsi satu kaedah yang saya gunakan untuk dapatkan keyword.

Kaedah ini adalah mudah dan percuma. Saya selalu mencari kaedah yang paling berkesan dan murah. Kali ini saya akan berkongsi dengan anda kaedah yang saya belajar tidak lama dahulu.

Untuk yang dah lama mungkin kaedah ini tak sesuai atau mungkin anda sendiri dah tahu. Saya sasarkan untuk yang masih baru atau yang ingin berjinak-jinak. Kaedah ini sangat berguna untuk mencari keyword atau niche untuk produk atau blog anda. Saya akan cuba terangkan secara paling mudah, ringkas dan dengan gaya "step-by-step".

Sebagai contoh disini saya akan memilih satu keyword yang berkenaan dengan design. Anda boleh memilih keyword anda sendiri.

Untuk menguji keyword ini, kita akan bermula di www.ezinearticles.com, anda boleh buka website ini di browser anda. Anda akan search article didalam ezinearticle menggunakan keyword anda tadi. Untuk contoh ini, saya search menggunakan term "minisite design".

Ini adalah artikel yang berkedudukan paling atas sekali didalam search result, How to Use Custom Minisite Online Graphics Design to Increase Sales

Sekarang anda sudah mendapat satu artikel mengenai keyword writing, dan mereka yang menulis artikel ini telah meluangkan masa untuk mendapatkan maklumat atau mungkin melakukan kajian tertentu sebelum mula menulis.
Mereka juga akan menggunakan keyword yang terbaik dengan artikel mereka. Mungkin berminggu-minggu atau berbulan-bulan masa mereka habiskan untuk mendapatkan keyword terbaik bagi artikel ini.

Sekarang kita hanya perlu dapatkan keyword artikel tersebut. Right click dan pilih view source. Untuk contoh ini
saya dapati keyword seperti dibawah:

Code:
<meta name="keywords" content="graphics,online graphics design,custom minisite graphics,graphic designer,minisite graphics,">
Jadi kita tahu, keyword yang digunakan adalah "graphics,online graphics design,custom minisite graphics,graphic designer,minisite graphics,".

Untuk contoh ini, saya pilih keyword "online graphics design". Sekarang saya akan melakukan carian di google dengan menggunakan string, "online graphics design" (termasuk tanda pembuka/penutup kata). Hasilnya, hanya 10,700 laman di seluruh dunia dengan 4 iklan (adwords). Manakala string bagi "graphic design" mempunyai 3,970,000 laman web diseluruh dunia. Ini bermakna, keyword saya mempunyai saingan yang jauh lebih kecil.

Kemudian menggunakan http://www.google.com/insights , saya masukkan keyword saya. Saya dapati hasil carian adalah constant, dengan kadar paling rendah adalah 36 dan paling tinggi 44. Peratusan carian adalah moderate dan constant sepanjang tahun, keyword ini baik untuk saya.

Saya juga tahu, target traffic saya sekarang adalah pengguna dari U.K, Australia, United States dan Canada. Di bahagian bawah, ada satu bahagian, "Search terms related to online graphics design". Sekarang google akan senaraikan keyword yang berkenaan dengan keyword carian saya. Untuk contoh ini, google senaraikan keyword "free online graphic".

Anda boleh ulangi langkah-langkah diatas untuk mendapatkan lebih banyak keyword.

Sekarang saya sudah ada 2 keyword:

online graphics design
free online graphic


Seterusnya, apa yang saya lakukan dengan keyword ini? Saya sambung kemudian. Yang pasti, saya takkan jual.


This work is licensed under the Creative Commons Attribution-No Derivative Works 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nd/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 171 Second Street, Suite 300, San Francisco, California, 94105, USA.
 
Last edited:
Joined
Jan 24, 2009
Messages
27
Likes
1
Points
3
Offline
#5
Bro samtlich..
saya kurang faham mengenai - (termasuk tanda pembuka/penutup kata) kerana
boleh dikatakan semua internet user tidak menggunakan pembuka dan penutup
kata semasa membuat carian..

Ini boleh menyebabkan keyword yang saya cari
menggunakan Pembuka dan penutup kata tenggelam.
Contoh permasalahan disni saya membuat blog. :D
 
Joined
Mar 13, 2007
Messages
1,133
Likes
4
Points
38
Offline
#6
Bro samtlich..
saya kurang faham mengenai - (termasuk tanda pembuka/penutup kata) kerana
boleh dikatakan semua internet user tidak menggunakan pembuka dan penutup
kata semasa membuat carian..

Ini boleh menyebabkan keyword yang saya cari
menggunakan Pembuka dan penutup kata tenggelam.
Contoh permasalahan disni saya membuat blog. :D
Bro Samlitch letak pembuka/penutup kata hanya highlight keyword
yang dia gunakan untuk buat carian. Memang tak perlu letak
pembuka/penutup kata dalam carian tu.

:)
 
Joined
Oct 14, 2009
Messages
28
Likes
1
Points
0
Offline
#9
bagus la teknik ni... dah cuba korang leh tgk website den ranking no 3 kat google... cube korang search 'hotfile' tgk no 3 tula website den...hehehe kalo masih kekal la
 

Rash

Super Senior
Joined
Jul 31, 2009
Messages
2,226
Likes
2
Points
38
Offline
#10
Bro samtlich..
saya kurang faham mengenai - (termasuk tanda pembuka/penutup kata) kerana
boleh dikatakan semua internet user tidak menggunakan pembuka dan penutup
kata semasa membuat carian..

Ini boleh menyebabkan keyword yang saya cari
menggunakan Pembuka dan penutup kata tenggelam.
Contoh permasalahan disni saya membuat blog. :D
Biasa guna " " (quote) untuk mencari jumlah dan website2 yang bersaing untuk keyword anda dengan tepat. :)
 
Joined
Mar 21, 2008
Messages
178
Likes
0
Points
16
Offline
#13
Terima kasih kerana sudi berkongsi. Kalau saya pulak, saya guna kaedah yang diajar oleh Daniel Tan (Kaedah Keyword Quantifier)
 
Joined
Mar 11, 2007
Messages
1,694
Likes
3
Points
38
Offline
#15
geng, kalau rasa post TT menarik dan membantu, jangan malu² tekan thanks button :)
 
Joined
Sep 17, 2007
Messages
287
Likes
6
Points
18
Offline
#16
Sedikit update, kaedah ini masih berkesan. Sehingga hujung tahun lepas, dengan kaedah yang sama saya masih mampu mengekalkan website saya dengan keyword bold 2, blackberry bold 2 di page 1. Competitors adalah gsmarena, blackberry.com, engadget, techradar etc.

Sapa-sapa ada tambahan untuk teknik ni, mungkin boleh kongsi. Boleh saya apply untuk projek baru :)
 
Top