Jurassic world

Tukang Karut

freshman
Joined
Jun 6, 2015
Messages
40
Points
8
Sequel kepada siri filem Jurassic Park telah mula ditayangkan bulan lepas dan pada hujung minggu pertama ia ditayangkan, ia telah berjaya mengutip sebanyak USD500 juta. Namun adakah kutipan memberangsangkan ini ekoran nostalgia peminat siri filem Jurassic Park atau ia sememangnya sebuah filem yang hebat. Mari kita selami bersama.



Jurassic World [Review]


Dalam filem ini, Jurassic World merupakan sebuah taman tema dinosaur baharu telah dibina menggantikan Jurassic Park yang telah menemui kegagalan. Setelah beroperasi selama beberapa tahun, ia mahu memperkenalkan dinosaur baharu bagi menarik kembali minat pengunjung mengunjungi taman tema tersebut.

Untuk itu, para saintisnya telah menggunakan teknologi pemetaan DNA untuk mencampuradukkan DNA dinosaur dengan haiwan sedia ada untuk menghasilkan seekor dinosaur yang dipanggil Indomunus Rex. Bagaimana penerimaan orang ramai kepada dinosaur baharu ini? Saksikan filem ini di pawagam berhamiran anda.



Jalan Cerita


Dengan menggunakan tema DNA dan bioteknologi, ternyata penulis filem ini telah menyesuaikan jalan ceritanya mengikuti perkembangan teknologi terbaharu masa kini. Walaubagaimanapun fakta sains yang digunapakai dalam filem ini agak tidak realistik.

Isi kandungan filem ini juga berkembang dengan terlalu pantas dan isi pentingnya sedikit menyebabkan penonton tidak merasa kepuasan sepenuhnya dari filem ini. Perilaku dinosaur dalam filem ini juga sedikit tidak munasabah, terutamanya dalam babak-babak terakhir dan jika anda menonton filem ini anda tentu faham maksud kami.

Sungguhpun dengan kelemahan-kelemahan kecil itu, filem ini masih lagi mampu menghiburkan para penonton, cuma ia tidaklah mempunyai Wow Factor yang menjadikannya sebuah filem yang anda akan dikenang.



Lakonan


Lakonan Chris Pratt sebagai watak utama Owen yang merupakan seorang penjaga dinosaur di Jurassic World dilakonkan dengan baik dan menghiburkan. Tetapi lakonan watak Claire sebagai pengurus besar Jurassic World agak kurang meyakinkan, terutamanya perubahannya dari seorang korporat yang terlalu tegas dan terlalu mengikutperaturan kepada watak yang lasak agak terlampau pantas dan tidak begitu meyakinkan.

Produksi dan Kesan Khas


Filem ini menampilkan banyak babak yang memaparkan interaksi antara dinosaur dengan manusia dan krew produksi berjaya menghasilakn interaksi CGI antara kedua-dua makhluk ini dengan baik dan meyakinkan. Kami juga percaya sesetengah babak menggunapakai teknologi robotik untuk memaparkan dinosaur.



Positif vs Negetif


Positif

  • CGI pada kelas pertama.
  • Watak Owen lakonan Chris Pratt dimainkan dengan baik

Negetif

  • Jalan cerita kurang padat dan memuaskan.
  • Perwatakan dinosaur yang agak pelik dan tidak realistik


Kesimpulan



Kami tidak mengatakan filem Jurassic World ini sebuah filem yang teruk, cuma ia tidak berjaya membawa keghairahan yang dikaitkan dengan filem Jurassic Park pertama lebih 20 tahun lalu. Kami rasakan keinginan pembikin filem ini untuk membuat sequal kepada filem ini sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada jalan ceritanya secara keseluruhan.

Kami juga rasakan kejayaan filem ini dari segi kutipanbanyak disebabkan oleh peminat-peminat setia filem Jurassic Park terdahulu dan kehebatan siri filem terbahau Jurassic World hanya akan dapat dilihat melalui filem sequelnya nanti yang telahpun diumumkan.

Sumber: wayangkini

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih

 
Top