Jual Isteri Kat Ebay

Joined
Aug 25, 2017
Messages
21
Likes
0
Points
1
Age
33
Offline
#1
Jual isteri di eBay


FOTO hiasan.


LONDON: Seorang lelaki Britain berusia 33 tahun menjual isterinya di laman eBay, dengan mendakwa wanita itu langsung tidak bersimpati dengannya ketika beliau jatuh sakit.



Bidaan sudah mencecah 65,880 pound (RM359,298).



Simon O'Kane dari Wakefield, Yorkshire, menyiarkan gambar isterinya, Leandra, 27, di eBay minggu lalu dengan iklan bertajuk 'isteri terpakai', memberi butiran alasan beliau menjual wanita berkenaan dan baik buruk 'pembelian' itu.



O'Kane menekankan 'keadaan masih baik dan kemahiran di dapur'.



Bapa kepada dua anak itu membuat senarai selepas mendakwa Leandra tidak menunjukkan tanggungjawab sebagai isteri setia, lapor Daily Express.



Beliau terperanjat apabila bidaan mencecah 65,880 pound dalam masa dua hari walaupun isterinya 'mahu membunuh beliau' apabila mengetahui dia 'untuk dijual.'



Jurutera telekom itu berkata: "Saya pulang daripada kerja berasa letih dan tidak sihat, isteri saya cuma menunjukkan kebimbangan seperti biasa tetapi saya menanggung kesakitan sendirian. Saya rasa mahu menjual dia."



Iklan itu berbunyi: 'Isteri untuk dijual. Bukan baru kerana sudah dipakai tetapi masih ada baik. Kebaikan: keadaan masih baik dan ada kemahiran di dapur.



'Keburukan: Kerap membuat bising yang tidak boleh didiamkan kecuali menempah peralatan logam bersinar baru. Kadang-kadang kemahiran di dapur boleh membuatkan anda dimasukkan ke hospital."



Sementara itu, Leandra yang juga pakar kecantikan berkata beliau sangat marah dengan tindakan suaminya itu sehingga rasa seperti mahu membunuhnya.



"Suami saya bukan hanya mahu menjual saya tetapi juga meletakkan gambar buruk.Semua orang di tempat kerja saya melihat dan ketawa." - AGENSI
 
Joined
Jul 9, 2016
Messages
8
Likes
0
Points
1
Age
21
Offline
#2
wow, hebat jugak features baru ni, menarik thread ni, terima kasih sebab berkonngsi!
 
Joined
Jan 22, 2015
Messages
142
Likes
14
Points
18
Offline
#3
Apa kisah penghujung mereka nanti yer ?

Memang tak boleh bawa berbincang langsung ni.
 
Joined
Jun 23, 2016
Messages
31
Likes
6
Points
8
Age
25
Offline
#4
ade jgk eh skrg ni pelik2 la... yg aku penah dgr jual kehidupan secara online
 
Top