Jom Cari Idea eBay !!

GT500

freshman
Joined
Feb 28, 2009
Messages
746
Likes
0
Points
0
Offline
#1
Assalamualaikum guys,

Kebanyakkan kita memang tak sabar-sabar nak memulakan business eBay tapi takde idea nak start fikir lebih2 lagi bab2 nak source barang2 semua.

Malah,belajar membeli belah dari eBay pun salah satu learning curve juga sebelum kita mula menjual.

Sebenarnya,kita hanya perlu bermula dengan melihat barang2 sekeliling kita jerk utk study eBay ni,sebelum betul2 mencebur berniaga dengan cara source dari supplier atau sebagainya.

Masa aku mula2 dulu join eBay pun memang tak terfikir pun nak jual apa,walaupun hari2 mengadap PC.Memang otak BLANK itu jam!

Tapi bila sekarang duk fikir2 how it starts,takla teruk sangat,infact semua orang pun patut mula eBay ni dengan barang2 second hand je.Kecuali korang2 yg modal kuat lain citer lah.

Aku syorkan korang juallah bende2 yg ko arif tentangnya,yg korang betul2 tahu asal usulnya..supaya mudah nanti nak bersoal jawab dengan customer.

So..kat sini kita share lah apa-apa barang yang pernah,boleh,tak boleh,laku,tak laku kat eBay.

Pendekkan cerita,Aku mulakan ngan diri aku dulu :

**Aku dulu first2 jual halfcut kereta,tak semua part..tapi aku carik barang2 yang kencang..masa tu steering Nardi Torino,Classic Wooden ngan AFM Z32(Fairlady) memang tgh hebat permintaan.Salah satu sebab aku pilih 2 barang ni adalah parts ni ringan,tak membebankan shipping mat saleh dan senang nak carik kotak yang muat.Tapi pernah sekali tersangkut absorber Tein,berat panjang,nasib baik yg ini aku jual eBay local jerk kat mamat bawak FC .Masa tu permintaan hangat di Australia and USA skit ada budak2 yang enthusiast JDM.

Alhamdullilah aku pun memang minat kereta so automatic smooth je business masa tu sebab kalau ada soalan2 technical pun kita bleh jawab.Luckily jugak kawan2 aku ramai yg run halfcut business,so aku beli murah..aku jual mahal sikit = Profit (eBay Malaysia,eBay Australia,eBay US)

**Kedua aku selalu gi tempat jual(backyard) barang2 secondhand dari Singapore.Macam2 barang ada.Tapi aku concentrate kat Audio System sahaja.

Masa tu memang takde lah nak cari Sony ke Pioneer ke Kenwood ni.Alang2 kita rembat Mc Intosh,Bose,Harman Kardon, Bang & Olufsen ,Onkyo ,Sherwood , Marantz fuihh !! dan banyak lagi lah..

Ini sumber pendapat yang menarik sebab most Audio system works great cuma takde remote atau minor2 calar je..so beli lah remote walaupun mahal sikit asal boleh jual balik! Dan barang pun agak terhad bende2 ni.Yng ni ada berat sikit shipping tapi harga bagus,so jalan terus ! = Profit (eBay US)

**Satu scenario lagi apabila jiran aku seorang cikgu nak pindah,biasala orang pindah tak bawak semua barang,especially chinese.

Nasib aku sangat2 baik masa tu sebab dia ada collection Times Magazine ,Life dan The Economist Vintage nak humban.Aku pulak memang suka magazine2 ni so aku offer lah diri utk pungut bawak balik.Majalah nye sangat banyak (kalau kira-kira maybe lebih 1000 copies kot)sampai almari aku penuh dengan magazine je (padahal nipis)

Semua koleksi tu start dari tahun 1961 dan semuanya perfect condition.Pada mulanya aku sayang nak jual2 tapi aku terjun juga.

Ada satu issue Times dijual pada harga USD100.00,ada yg USD75.00 and so on.Tajuk muka depan Fidel Castro,Che Guevara and kuda lumba Secretariat paling orang wanted kat eBay.Dan aku bernasib ada issue2 tersebut. = Profit (eBay US)

**Sumber2 lain aku dapat dari kakak2 aku kebanyakkan, korang taula kan perempuan suka barang2 branded2,pastu bila off season diaorg taknak pakai dah.So dari penuhkan rumah aku.Aku mintak permission dieorg utk jual.Untung kami split.Yg Ini pun best..

Brand2 macam Ferragamo,Versace,LV,DKNY,Channel,Bottega Vanetta dan lain2 yg off season semua aku jual.Memang laku! Dari kasut sampai handbag sampai scarf sampai bracelet bermacam2 lagi.Barang pertama aku jual Kasut High heels Salvatore Ferragamo kaler pink for GBP112.00. Profit = (eBay UK,eBay US,eBay Malaysia)

**Ada ketika aku beli barang2 kat Forum sebelah sana,jual kat eBay sebelah sini..easy..pic dia punya,spec dia tulis ,shipping semua dah di atur dah..kita tinggal deal ajer,tapi tak banyak dalam RM20~50.00 each time bila kita buat. (eBay Malaysia)

Dan selepas2 tu bila aku dah belajar sikit2 system eBay(itupun tak paham2!!) dan kerenah customer,baru aku belajar source2 barang dari supplier utk jual.

Bottomlinenya..sesiapa pun boleh mulakan eBay denagn apa barang pun yg kita nampak sekeliling.

Buku,Seterika Lama,Pinggan Mangkok,PC lama dan macam-macam lagi..

So sekarang korang cerita lah pulak kisah2 awal korang start eBay utk dikongsi bersama boleh manafaat dan secara tak langsung boleh bagi idea kat kawan2 kita.!
 
Last edited:
Joined
Sep 22, 2008
Messages
1,909
Likes
2
Points
38
Age
32
Offline
#2
good info bro... boleh menaikkan semangat newbie untuk produk fizikal dan x bergantung pada AN je. good job bro!
 
Joined
May 13, 2009
Messages
2,087
Likes
1
Points
0
Offline
#3
Bakal jadi jutawan kerana Internet
--------------------------------------------------------------------------------

Berbekalkan inisiatif dan bantuan Internet, seorang ibu tunggal dari South Shields, England, Lauren Luke bakal bergelar jutawan selepas dia terpaksa berhenti sekolah ketika berusia 15 tahun untuk membesarkan seorang anaknya.

Namun, terima kasih kepada pengaruh Internet yang berjaya mengubah nasib wanita berusia 27 tahun itu.

Nasibnya berubah apabila dia mula menjual pelbagai jenama mekap popular di laman lelongan eBay di Internet beberapa tahun lalu.

Atas permintaan pelanggan, Luke kemudian merakamkan klip video berhubung cara-cara menggunakan produk berkenaan dan memuat naiknya ke laman perkongsian video YouTube.

Klip video itu ditonton lebih 54 juta kali.

Kejayaan itu menyebabkan Luke dihubungi oleh firma mencari idea baru dan penjenamaan popular, Anomaly.

Firma Anomaly kemudian bekerjasama dengan firma kosmetik Zorbit bagi mengeluarkan rangkaian mekap Luke menerusi syarikat By Lauren Luke.

Syarikat itu dimiliki bersama oleh Luke, Anomaly dan Zorbit.

Dia kini menandatangani satu perjanjian untuk menerbitkan buku dengan syarikat Hodder & Stoughton dan mencipta permainan Supermodel Makeover menerusi gajet Nintendo.

"Sukar untuk mempercayai bahawa nasib saya boleh berubah. "Sebelum ini, saya kais pagi makan pagi," katanya.

Pada awal tahun ini, dia memeterai kontrak bernilai lebih sejuta dolar dengan pemilik YouTube, Google yang memberikannya hak pendapatan daripada iklan. - Agensi

sedikit keratan kosmo hari ni 16/8/2009
 
Joined
Jul 3, 2009
Messages
1,110
Likes
0
Points
36
Offline
#4

huhu 15 thn dh jd ibu pun bleh jutawan..
 
Joined
Feb 10, 2009
Messages
13,728
Likes
0
Points
38
Offline
#6
memang best la... dari info yang saudara beri nie saye dpt rase saudara nie memang hebat... tahniah...
 
GT500

freshman
Joined
Feb 28, 2009
Messages
746
Likes
0
Points
0
Offline
#7
Takde apa yang hebat pun,niat thread ni ditulis adalah utk mendengar idea2 dari semua orang supaya dapat dikongsi dan dimanafaatkan bersama.So marilah kita curah idea2 or ceritakan sedikit sebanyak ttg apa yang kita rasa boleh/pernah jual !!

Jom Share!!
 
Joined
Mar 14, 2007
Messages
1,103
Likes
2
Points
38
Offline
#8
menarik gt500..

sekarang masih membuat benda2 yang sama?
 
GT500

freshman
Joined
Feb 28, 2009
Messages
746
Likes
0
Points
0
Offline
#9
menarik gt500..

sekarang masih membuat benda2 yang sama?
Tak juga baem,itu dulu,lepas2 tu saya source barang2 dari supplier dah sikit-sikit.

Tapi saya kekalkan account eBay satu utk jual2 "junk" ni..so basically ada 1 account "junk" dan 1 account "business".

Kamu pulak?
 
Joined
Mar 14, 2007
Messages
1,103
Likes
2
Points
38
Offline
#10

Saya hanya jual barangan AN. So far masih ada sales cumanya saya perlukan teknik yang lebih baik. Bila dah baca cerita kamu agak berminat juga untuk text "junk" type nih..

Kalau biz pulak, apa yang kamu jualkan? I mean i taknak tau niche cumanya maybe sbb u dah familiar dengan sistem so kamu boleh jual apa sahaja ker?
 
GT500

freshman
Joined
Feb 28, 2009
Messages
746
Likes
0
Points
0
Offline
#11

Saya sebenarnya jual barang yg saya personally minat tgk dan saya tahu selok belok barang itu,senang nak jelaskan dengan pembeli nanti kalau soalan2 pelik kluar,so i decide the niche itself.

Jual junk ni seronok sebab sush nak jumpa barang identical kat eBay tu,kalau kamu list barang tu..silap2 kamu sorang je dalam dunia yg jual,so either laku atau tak terserah la kan..tapi competition memang takda la pada saya.Modal pun rendah je.

Kamu dah lama ke main barang AN ni?
 
Joined
Mar 14, 2007
Messages
1,103
Likes
2
Points
38
Offline
#12
Kamu dah lama ke main barang AN ni?
Saya start main awal bulan July. Ada sales tetapi tak berapa bagus. Maybe sbb saya takde kelebihan utk design2 semua. Tapi ada yang sangat sukses dengan barangan AN dekat thread sebelah.

Kekurangan AN nih apabila kita selalu ditekan dengan masalah VERO so itu yang kekadang acc kena suspend, item kena removed. Tapi itu jugalah penyebab barangan kita laku. Barang2 VERO.

Maybe bro bleh guide lagi kot pasal junk item nih.. Berminat nak tau.. :)
 
Joined
Sep 12, 2006
Messages
1,092
Likes
1
Points
38
Age
40
Offline
#13
Aku buhsan dengan AN sebab ia memenatkan aku...menyakitkan kepala aku..itu saje aku nak cakap..
 
GT500

freshman
Joined
Feb 28, 2009
Messages
746
Likes
0
Points
0
Offline
#14
Satu lagi idea junk yg kencang adalah pakaian bundle.

Dulu saya jalan2 gi bundle ni,jumpa satu kasut..cantik,jahitan baik,rubber rubber dia semua mmg nampak berkualiti,tapi jenama mmg tak pernah dengar,harga pun murah RM40.00 je (akak yg jaga budle bundle tu kata tag RM70 dah habis so tinggal yg RM40 tampal je lah).

Lepas usha2 saya pun balik rumah lekas2 kat bukak kat internet pasal jenama ni,rupanya mmg jenama terkenal kat German and Belgium , Dirk Bikkembergs namanya ,masa tu harga brand new dalam RM1100.00 macamtu.

Saya pun pergi balik bundle tu (malam tu jugak) dan terus beli..esok saya ambik gambar and esoknya saya letak kat eBay dengan Offer Price.

Ada buyer nak nak RM250,ada yg offer RM170, ada yang RM200.So letgo la RM250 kat sorang happy gentleman ni.

Dapatlah gaji RM200,tak sampai sehari punya kerja..kalau banyak2 usha mesti jumpa yg best.Bundle mmg lubuk !!

p/s: sebijik macamni cuma lining tengah nye warna hijau : http://cgi.ebay.de/Dirk-Bikkembergs...1e57cf7b06&_trksid=p3286.c0.m14#ht_500wt_1182

And to be honest saya jumpa lagi lepastu saiz saya,apalagi terus pakai utk sendiri la pulak,ini kali RM70..chaihh! :)
 
GT500

freshman
Joined
Feb 28, 2009
Messages
746
Likes
0
Points
0
Offline
#16
Aku buhsan dengan AN sebab ia memenatkan aku...menyakitkan kepala aku..itu saje aku nak cakap..
Satu sebab saya tak reti nak buat AN ni sebab saya tak pegang barang tu sendiri,hati tak senang la bende tak nampak depan mata :)
 
Joined
Mar 14, 2007
Messages
1,103
Likes
2
Points
38
Offline
#18
Jgn cakap gitu baem,aku macam kau je,ni cuma kisah2 lama utk share je kat sini !
Eh GT500, takde salahnya kau guide.. Ramai yang maybe blur lagi nak masuk Ebay dan masih mencari. So thread kau nih dah bleh jadi tempat dorang korek ilmu.

Bundle ek.. Aku kengkadang tuh pikir nak jual Harian Metro yang hari2 aku beli jer.. Haha..
 
Top