Jom Bincang Strategy Top Websites

burhanloey

freshman
Joined
Nov 22, 2011
Messages
21
Points
0
Buat website apa2 pun boleh..

Pengunjung Website Cam Konsep MLM (ade fuction gak benda haram nie)

Sorang kunjung boleh menarik 2 orang
2 orang kunjung tarik 4 orang
4 orang kunjung tarik 16 orang
16 kunjung tarik 256 (err betul ke.. 16x16)

cam tu lah.. tapi teori nie hanya akan berkesan kalau website tu menarik jea..

Tapi yg susah nyer nak tarik visitor awal2 tu..

Sebab tu company besar bleh berjaya.. Wat promosi besar-besaran..

Bagi yg xde duit mana nak promote.. kita perlu lebih kreatif..

Tarik visitor secara free atau modal yg minima..

Antara taktik tarik visitor..

Pasangkan..

1. Sistem kumpul point & achievement
2. Sistem invite friend
3. Sistem VS friend
4. Sistem Viral
5. Sistem Cabaran
6. Sistem lain2 lah..

Taktik bagi YG buat iklan..

1. Buat iklan banner yg menarik
2. Iklan kat blog yg high traffic dan kurang iklan..
3. Pastikan URL iklan tu pergi landing page dulu.. Bukannya website anda..
Sebab : Kat landing page boleh cerita complete tntg website anda..
Mengelakkan visitor blur bila mengunjung site anda..

4. Gunakan ayat mencabar dalam iklan tu..
5. Taktik aku.. Gne nombor.. contoh : Sertai 40 000 dot dot dot.. 12304 juta rakyat dot dot dot..
adakah anda tergolong dalam 325758 dot dot dot..
6. Gunakan ayat penegas dan BOLD keyword...

Taktik mesra pelanggan..

1. Gunakan ayat yg mencabar pengunjung.. Contoh, kalau website komuniti
"Claim your username before you lost it" << Buatlah yg lagi kreatif..
"Why dont you share it this site with your friend.. They need to have fun too"
"Have fun with this, if not, give us feedback to make you love this site"

Bagi yg kat atas nie ^ bagus gne popup + lightbox.. tapi jangan popup awal2.. biar dalam 5-10 saat..

2. ** Rahsiakan dulu ** Aku pun xgne lagi..
3. Feedback..
4. Ajak pengujung pi sembang.. <<< sesuai untuk awal2 jea..
5. Jangan serabut kat pengguna.. contoh : iklan bersepah, ayat over2..

Kalau nak suruh like, janganlah over.. gne kan ayat2 baik..
eg : Like this site? why dont you like me..
lepas like jea terus kuar "notification": >> thank you, have a nice day..

@

Like this site? share with your friend and lets have fun together..

Lain2 : tambahlah..
terbaik punya tips...:D

ade momentum jugak kan untuk tarik traffic ni... waktu mula-mula nak tarik punya la susah

bila dah naik slow-slow baru dia boleh maintain...
 
shuth

Senior
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,936
Points
48
Betul ke nak berjaya dalam web bisnes ni kena ada feature yang giler complicated ?

Tak semestinya ....

kalau kita pandai kenal pasti benda simple yang boleh dijadikan web service yang meaningful dan berguna sebenarnya dah ok dah ... tinggal lagi nak develop & promote je... dan memandangkan benda tu benda simple, development pun memang cepat la ...

contoh : about.me

about.me ni memang simple habis. memang la skrang dah ada banyak feature, tapi masa keluar awal2 dulu memang simple jer. dan about.me ni dah pun dibeli oleh AOL

webservice yang dia offer : buat free personal profile page untuk tunjukkan korang punya web presence. one user one profile page. kira landing page untuk promote diri korang la. bukan landing page jual barang, tapi landing page pasal korang, dan atas landing page tu boleh combinekan semua link to social sites korang ... simple dan berguna ..

About.me tu nampak je simple..
tapi kompleks juga tu dia punya background sistem..

dan satu kelebihan besar website itu adalah disebabkan
nama domain dia tu..
kalau dia tak buat apa-apa pun pada website dia tu dan hanya jual domain je pun..
dah boleh jual juta-juta..
aplikasi kat web tu just macam add value je.. :)
 
Ak-Modz*

freshman
Joined
Oct 13, 2011
Messages
286
Points
0
About.me <<< Lawa domain nie..

Domain2 .my kat Malaysia semua Exabytes kebas.. **BENGANG**

aku ada satu yg special.. >>> cum.my, boleh beat com.my x?
 
AmmarZahar

Senior
Joined
May 30, 2008
Messages
365
Points
18
Banyak juga input dapat daripada perbincangan macam ni. Bagus and best!:D

Saya just nak share pengalaman saya buat apeje (yang akan 100% berwajah baru 2012 ni).

Idea dulu datang masa 2010 lagi ingat nak buat macam
mudah.my. Kemudian dah siap sebiji macam apa yang
anda semua boleh lihat kat www.apeje.com (ni versi lama
idea asal apeje 2010).

Kemudian saya mula mengeluarkan modal dan bajet
yang besar pula untuk marketing. Termasukla jumpa
dengan orang-orang yang berkuasa (investor) kemudian
saya ditanya soalan.. Apeje ni macam mana?

Nak taknak, saya memang cakap macam mudah tapi
user interface lagi cun.

Kemudian datang lagi soalan cepumas..

Dah ada Mudah yang no.1, kenapa orang nak gunakan
apeje? Sebab matlamat utama orang adalah nak menjual
barang diorang. Maksudnya orang perlukan web bertrafik
tinggi.

Dalam hati saya, betul jugak.. Saya sendiri tak jual kat
apeje sebab jual situ pun belum tentu laku. Baik jual
kat mudah..

Saya pun mula terfikir nanti mungkin orang akan tanya
lagi kalau saya masuk tv nak kenalkan apeje..

Anda saya akan cakap lagi "apeje ni macam mudah"
untuk buat orang paham apa itu apeje.

Jadi, secara tak langsung sebenarnya taktik ini menaikkan
Mudah dan menurunkan apeje (yang akan dicop sebagai
satu lagi peniru)

So, saya brainstorm punya brainstorm, saya buat satu
plan yang baru dan idea baru untuk jadikan apeje
sebagai benda yang baru supaya bila orang tanya
apeje ni macam mana? Saya akan cakap apeje ni
tak macam mana-mana dan cara baru untuk orang
jual barang di internet.. Try dulu baru boleh rasa..

Dan cara promosi pulak saya nak share..

Untuk promosikan web app/mobile app dan sewaktu
dengannya, bukanlah semudah promosikan produk
yang saya jual macam ebook, video dsb kerana macam
sekarang kita jual janji dan solution..

Tapi bila nak promosikan startup ni, kita jual
teknologi. Teknologi kita kena selesaikan masalah
orang dan akan timbul pula..

"Macam mana web kita boleh selesaikan masalah?"

Dan kalau kita punya startup ni hampir sama dengan
big player yang dah sedia ada, kita kena sedia menjawab
soalan user kita "kenapa aku perlukan satu lagi _______?"

Sebagai contoh, kawan saya buat mobile app macam
foursquare dan saya gunakan. Tapi bila nak check in,
kenapa perlu aku gunakan mobile app dia sedangkan
foursquare sekarang pun dah best..

Kena ingat walaupun facebook meniru friendster dan myspace,
kelebihannya adalah facebook untuk student harvard dan
ianya lebih eksklusif berbanding MS dan FS yang open
ketika itu.. Itu membuatkan orang join facebook kerana
orang rasa eksklusif dan tanyalah kebanyakan pengguna
facebook, dekat facebook diorang boleh terjumpa rakan-rakan
sekolah lama masa kecik2..

Itu kekuatan facebook yang tak ada pada friendster
dan myspace. Sebab tu tagline dia 'connect'..

Google pulak kenapa dia famous sedangkan orang masa
tu sibuk guna Yahoo dan MSN.

Google memberikan Gmail yang 100% free berbanding
Yahoo yang mana kena bayar kalau nak size besar..

Jadi, nak buat startup kena tahu apa keunikan kita walaupun
kita punya web ni macam si polan..

Dan bersedia untuk jawab soalan-soalan seperti..

"Kenapa orang nak gunakan web kita?"

"Kenapa perlu ada satu lagi mudah/facebook/fiverr/clickbank dsb?"

"Adakah kita sendiri gian menggunakan web yang kita buat tu?"

"Apa sebenarnya web kita boleh buat"

Pengguna internet sekarang semakin demand dan disebabkan
lambakan startup, kita juga bersaing satu sama lain tapi persaingan
tak sekuat macam jual ebook la. hehe

Banyak benda dan pengalaman yang saya dapat dan lalui
sepanjang buat startup mula 2010 lagi develop.

Insyallah, kalau ada yang saya terlupa dan nanti saya teringat
balik ke, saya boleh share disini. Btw, ada beberapa fact yang
saya nak kongsikan..

1. Mudah membelanjakan 14 juta untuk pengiklanan (modal awal mereka
hanya untuk marketing)
2. Groupon mempunyai marketshare terbesar sehingga 80%
mengalahkan pesaing-pesaing mereka yang lain
3. Startup yang menjana keuntungan paling banyak adalah Amazon

-Ammar
 
Thanks for sharing ammar..

Kat dunia nie, banyak sangat web developer yg boleh buat website canggih2.. tapi x semua reti "market"

bukan x semua tapi hampir semua.. Bak kata pepatah, Anda bagus pada kerja anda dan saya bagus pada kerja saya..

Anda = Webdeveloper
Saya = Businessman

So, bagi webdeveloper, nak buat startup nie x susah.. cuma mereka kurang tahu cara untuk komersialkannya..

kerana kepakaran mereka adalah dari segi developing.. not marketing..

jadi, bagi yg nak buat startup, anda perlu ada 4 jenis org ini dalam team anda..

1. Creative Webdeveloper
2. Seseorang yg power dalam marketing.. skill + technology.. Maknenye pandai gunakan IT untuk marketing..
3. Seseorang yang sangat rajin.. sanggup buat kerja bosan.. lurus bendul sikit2.. bertugas sebagai tukang promote..
4. Pelabur..
 
Mader

Newbie
Joined
May 17, 2009
Messages
57
Points
0
saya masih ingat tentang mudah.my yang menggunakan google adsense untuk pemasaran... masa tu bila buka mana-mana web yang ada google adsense mesti akan keluar iklan mudah.my... memang akan selalu nampak iklannya,hampir 2 tahun rasanya mudah.my buat macam tu(kalau saya tak silap la).. sampaikan saya nak pergi web mudah.my dah tak payah google atau type url sebab iklan dia bersepah-sepah...
 
xtrm_cdr

freshman
Joined
Jul 21, 2006
Messages
124
Points
16
Age
33
Baca dari awal sampai akhir... Memang perkongsian yang amat menarik dan memberi inspirasi kepada saya! Terutama sekali pasal kelebihan dan kekurangan produk2 yang dah ada sekarang. Terlintas di fikiran, macamana kalau ada sesiapa yang dapat buat clone Instagram... :)
 
Top