>JOM BERAMAL<Majlis Berbuka Pose IM-IM

JaMaL

Senior
Joined
Jan 14, 2009
Messages
5,609
Points
38
MESTI MARI!!Jom Hadirkan Diri Ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Usahawan-Usahawan Internet Malaysia!


gambar contoh dari Putrajaya Marriot hotel - restaurant.

Event: Majlis Berbuka Puasa Usahawan Internet Malaysia
Tarikh & Masa: 4 Sept 2010 (Sabtu), 4.00pm - 8.00pm
Lokasi: IM Training Center, 22B, Jalan Plumbum P/7P, Seksyen 7
40000 Shah Alam, Selangor (belakang WISMA JAKEL, berhampiran dengan pintu belakang UiTM Shah Alam)
Tempat: 40 peserta terhad

Bayaran: RM20 sahaja

Salam sahabat...
Dengan rasa sukacitanya, saya dari pihak IMTC menjemput tuan/puan untuk menghadiri majlis berbuka puasa sambil beramal bersama-sama usahawan internet Malaysia yang lain, tak kira mereka yang baru mahupun yang lama.

Anda Semua Dijemput Hadir!!​

Majlis ini bertujuan mengukuhkan lagi hubungan silaturahim antara Usahawa - Usahawan Internet Malaysia di samping kita berbuka puasa bersama sama, kita juga akan membuat derma pada rumah anak - anak yatim sebanyak RM 5 untuk setiap penyertaan. Jom lihat agendanya:

Pendaftaran:
4.00 - 4.45 petang.

Sedikit Informasi dari IMTC.
5.00 - 5.30 petang

Majlis Santai

5.30 sampai waktu berbuka puasa.

Apa Menu Yang Bakal Anda Sumbat Dalam Mulut Anda Semasa Berbuka?

Makanan & Minuman:
1. Ayam Masak Merah (pasti meleleh air liur)
2. Ikan goreng tepung
3. Sayur
4. Ulam ulaman
5. Bihun goreng
6. Lauk _____________(dirahsiakan)
7. Biskut. (biskut raya ke?)
8. Air Oren Ais...slurrp.
9. Tea-O Panas
10. Popia goreng
11. Kuih muih
12. Kurma

Apa Yang Anda Akan Dapat Dengan Majlis Berbuka Puasa Ini?

1. Mendapat berkat berbuka puasa beramai-ramai dalam bulan Ramadhan
2. Dapat berjumpa dan menjalinkan kerjasama dengan usahawan-usahawan internet yang lain serta mengeratkan hubungan silaturrahim.
3. Dapat mencungkil ilmu usahawan-usahawan internet yang berpengalaman dan berjaya secara percuma.
4. Dapat menyumbangkan RM5 buat insan yang kurang bernasib baik iaitu golongan anak yatim
5. Dapat makan sedap-sedap la dengan harga yang rendah sambil dihembus aura-aura aircond yang mengasyikkan
6. Berpeluang main game XBox - PES.. jika anda pandai main video game la kan:)

Kemudian kita boleh berjemaah bersama sama di Bilik Seminar IMTC. Moga mendapat berkat daripada Nya di Bulan Ramadhan yang Mulia ini. Amin.


Bagaimana Nak Hadirkan Diri Dalam Majlis Berbuka Puasa Yang Gerenti Berbaloi Ni?

Daftar di link ini:
http://imgroupe.com.my/majlisberbukapuasa/
 
Joined
Nov 23, 2009
Messages
74
Points
0
yeah...dijamin makanan menyelerakan.

sudah 5 orang mendaftarkan diri.
Seronok dapat berbuka puasa bersama big IM Malaysia nie.
Sambil berbuka, boleh bertukar pendapat... bak kata pepatah " sambil menyelam minum air"
heheh :)
 

engshahrul

Senior
Joined
Dec 6, 2008
Messages
2,482
Points
38
Pasti x dilepaskan. Sy akan hadir. :D
 

JaMaL

Senior
Joined
Jan 14, 2009
Messages
5,609
Points
38
siapa lagi mahu menghadirkan diri?

Majlis ini bukan kami mengambil untung pun..
ianya diadakan untuk memberikan peluang
sesama IM untuk bertemu dan mengeratkan
silaturrahim......

shahrul seperti biasa nampaknya, selalu
menghadirkan diri dalam majlis-majlis
anjuran IM..
 

engshahrul

Senior
Joined
Dec 6, 2008
Messages
2,482
Points
38
shahrul seperti biasa nampaknya, selalu
menghadirkan diri dalam majlis-majlis
anjuran IM..
Sbb dekat je, tu yg rajin sgt tu..
 
Top