Jebat derhaka jagoan 7 sebelah

Joined
Jun 6, 2015
Messages
1,030
Likes
5
Points
38
Offline
#1




Melaka: Pasukan bola sepak Jebat Derhaka FC muncul juara Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah anjuran Gerakan Belia 4B dan Pemuda UMNO Cawangan Kampung Melaka Pindah, Alor Gajah baru baru ini.

Skuad berkenaan unggul selepas menewaskan juara bertahan Poyo FC 8-6 menerusi tendangan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada aksi penuh masa perlawanan.

Pengerusi penganjur Nizam Khalil berkata, kejohanan kali ke-33 itu diadakan sempena meraikan Sambutan Hari Raya Aifitri.

Tradisi penganjuran perlawanan setiap bulan Syawal itu adalah antara usaha kami untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan antara penduduk.

Penganjuran program ini tidak pernah menghampakan dan sentiasa meriah apabila sebahagian besar peserta adalah anak kampung ini yang tinggal di perantauan, mereka menggunakan peluang yang ada untuk bermesra dengan rakan sekampung selepas lama tidak berjumpa, katanya.

Majlis perasmian di sempurnakan Ahli Parlimen Alor Gajah Datuk Koh Nai Kwong. Hadir sama Setiausaha Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN)Machap, Adilodfi Jaafar, Ketua UMNO Cawangan Melaka Pindah, Aziz Jantan dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Baharudin Yusof.

Sementara itu Nai Kwong berkata, penganjuran program itu wajar diteruskan bagi mengerat hubungan semua lapisan generasi serta mencungkil bakat baru untuk mewakili daerah atau negeri pada masa akan datang.

Sumber: Harian Metro
 
Top