Jawatan Kosong Kerajaan Terkini - Update Setiap Hari

Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Universiti Malaysia Pahang (UMP) bermula dengan Universiti Teknologi Malaysia Kampus Cawangan Pahang (UTM-KCP) yang beroperasi di sebuah kampus yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan sejak tahun 1999. Penubuhan Universiti ini adalah hasil daripada cetusan idea Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang mana ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.Hasil daripada usaha gigih beliau, Jemaah Menteri pada 26 Jun 2001 telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah Universiti Teknikal Awam yang berasaskan kemahiran di Pahang dan dinamakan sebagai KUKTEM.Setelah lima tahun beroperasi, pihak Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pertukaran nama KUKTEM kepada Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkuatkuasa mulai 1 Februari 2007. Dengan pertukaran ini, nama KUKTEM kini dikenali sebagai UMP.

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan di bagi jawatan seperti berikut :

1. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN
2. PEMBANTU MAKMAL

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan

[LOCK THE FOLLOWING PART]

SYARAT-SYARAT UMUM
Pemohon-pemohon yang memohon jawatan di atas adalah tertakluk kepada syaratsyarat dalam skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

TARAF JAWATAN
Jawatan akan dilantik secara tetap atau kontrak.

PERMOHONAN OLEH PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tiga (3) tahun terakhir, salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan ulasan majikan sama ada menyokong atau tidak permohonan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, Para 18.

UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara Online dengan mengisi maklumat pemohon di laman web rasmi UMP iaitu http://www.ump.edu.my. Calon diwajibkan mencetak Surat Pengesahan Permohonan Online (Selepas tamat mengisi butiran
permohonan melalui web rasmi UMP). Permohonan yang tidak dibuat secara Online melalui laman web rasmi UMP tidak akan dilayan.
Sila nyatakan jawatan yang dimohon di penjuru kiri muka hadapan sampul surat.
Permohonan yang lengkap beserta dengan salinan-salinan sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada :
PENDAFTAR,
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
LEBUHRAYA TUN RAZAK,
26300 GAMBANG, KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
(U/P : UNIT PERJAWATAN & CUTI BELAJAR,
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)
CATATAN AM
(a) Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
(c) Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan yang lalu
dinasihatkan mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mei 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Jawatan Kosong Di Universiti Teknologi MARA (Perak)

Universiti Teknologi MARA (Perak) telah ditubuhkan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak dan dibuka secara rasmi pada tahun 1985 di Bandar Baru Seri Manjung.Kampus ini kini terletak di Bandar Seri Iskandar, Perak dan menduduki kawasan seluas kira-kira 392,36 ekar. Kampus ini terletak di lokasi strategik di sepanjang Ipoh – Lumut jalan utama, yang menyediakan akses mudah untuk kedua-dua Ipoh dan Lumut.

Universiti Teknologi MARA (Perak) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak bagi jawatan lantikan/kenaikan pangkat di Kampus Seri Iskandar dan Tapah bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

1 JURUTEKNIK (AWAM)
2 PENYELIA ASRAMA
3 KERANI

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan

[LOCK THE FOLLOWING PART]

PERHATIAN KEPADA PEMOHON
(a) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan- Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan
dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.
(b) Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan kad pengenalan dan sijil-sijil yang disahkan benar dari salinan asal.
(c) Hanya permohonan-permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil
untuk temuduga.
(d) Pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak universiti selepas tiga
(3) bulan dari tarikh iklan ditutup dianggap TIDAK BERJAYA.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN
(a) Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan UiTM yang
boleh didapati dengan datang sendiri ke Pejabat Pentadbiran, Universiti
Teknologi MARA (Perak), Seri Iskandar, Perak atau dengan melayari laman
sesawang Universiti Teknologi MARA (Perak) di

http://www.perak.uitm.edu.my

(b) Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditulis nama jawatan yang
dipohon disebelah kiri (atas) sampul surat.

Sila kemukakan permohonan kepada:
TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (PERAK)
KAMPUS SERI ISKANDAR
32610 BANDAR SERI ISKANDAR
PERAK DARUL RIDZUAN
NO.TEL: (05) 374 2044/2045/2042

Tarikh Tutup Permohonan : 05 Jun 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Jawatan Kosong Di Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) ialah badan nasional yang ditubuhkan untuk pembangunan usahawan Bumiputera di Malaysia. Tumpuan utama penubuhannya ialah untuk membangun usahawan Bumiputera dalam perniagaan strategik dan berpotensi tinggi selaras dengan Dasar Pembangunan Negara untuk melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan dan progresif.

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) mempelawa mereka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1.Corporate Communication Senior Executive
2.Strategic Business Development Dept (Business Research & Development Executive)

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan



[LOCK THE FOLLOWING PART]

Lokasi bagi jawatan ini ialah di Kuala Lumpur.

Calon-calon yang berminat diminta untuk e-mel resume mereka berserta gaji semasa dan jangkaan gaji yang dipohon bersama-sama dengan gambar terbaru (saiz pasport) kepada: -

Head, Human Resource Development & Administration
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad
10th Floor, Block 1B, Plaza Sentral, Jalan Stesen Sentral 5,
Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur
e-mail : hr@punb.com.my

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Jun 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Jawatan Kosong Di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS)

Pada Isnin 27hb. Mac 2006 bersamaan 26 Safar 1427H perasmian Hospital Temerloh disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah. Hospital ini dibina bagi menggantikan Hospital Mentakab yang telah beroperasi hampir satu abad lamanya. Pada Majlis Perasmian ini juga Hospital Temerloh telah diberi penamaan semula sebagai Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, (HOSHAS).

Jawatan kosong sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh. Berikut adalah jawatan yang ditawarkan:-

1.PEGAWAI SOKONGAN OPERASI TEKNIKAL (SAMBILAN)

2.PEGAWAI SOKONGAN OPERASI BANTUAN PENGGUNA (SAMBILAN)

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan



[LOCK THE FOLLOWING PART]

(A) PEGAWAI SOKONGAN OPERASI TEKNIKAL (SAMBILAN)

PERKHIDMATAN :
 Tempoh Perkhidmatan: 3 Bulan.
 Bergantung kepada keperluan, peruntukan dan prestasi perkhidmatan akan disambung selama 3 bulan lagi.
 Masa Bekerja: 8.00pagi – 5.00petang 5 hari seminggu (termasuk Sabtu & Ahad jika perlu)
 Gaji = RM72/Sehari (termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP))

(B) PEGAWAI SOKONGAN OPERASI BANTUAN PENGGUNA (SAMBILAN)

PERKHIDMATAN :
 Tempoh Perkhidmatan: 3 Bulan.
 Bergantung kepada keperluan, peruntukan dan prestasi perkhidmatan akan disambung selama 3 bulan lagi.
 Masa Bekerja: 9 jam sehari secara syif (1 jam rehat setiap syif) 5 hari seminggu termasuk Sabtu, Ahad & hari kelepasan am (hari cuti bergantung kepada jadual syif)
 Gaji = RM54/Sehari (termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP))

PANGGILAN TEMUDUGA :
 Hanya Calon yang layak selepas asas untuk penapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
 Segala perbelanjaan untuk menghadiri temu duga tidak akan ditanggung oleh Kementerian ini atau Kerajaan.
 Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan daripada tarikh iklan ini hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
Pemohon boleh menghantar resume yang disertakan gambar terkini berukuran passport dan salinan sijil-sijil/transkrip yang telah disahkan ke alamat seperti berikut:

Ketua Unit Teknologi Maklumat Unit Teknologi Maklumat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
Jalan Maran 28000 Temerloh
Pahang
Atau;

Emelkan terus kepada : itadminhoshas@phg.moh.gov.my SEBELUM 4 Jun 2013 (Selasa) jam 5.00 Petang
TARIKH TEMUDUGA BAGI PEMOHON YANG BERJAYA : 6 Jun 2013 (Khamis) TEMPAT TEMUDUGA : Bilik Mesyuarat Unit Teknologi Maklumat, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.
** Sila bawa salinan sijil asal semasa temuduga
Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak Unit Teknologi Maklumat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh di talian 09-2955333 ext. 1364

Tarikh Tutup Permohonan : 06 Jun 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Universiti Malaysia Sabah merupakan salah sebuah universiti baru yang terdapat di Malaysia. Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditubuhkan secara rasmi pada 24 November 1994. Universiti Malaysia Sabah merupakan universiti awam yang kesembilan dan dianggap sebagai universiti yang tercantik di Asia Tenggara.

Pemohon-pemohon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut bagi kursus kokurikulum yang disenaraikan seperti berikut:

1.JAWATAN : Pensyarah Sambilan
ELAUN : RM100.00 Sejam

2.JAWATAN : Jurulatih Sambilan
ELAUN : RM50.00 Sejam

3.JAWATAN : Demonstrator Sambilan
ELAUN : RM25.00 Sejam

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan



[LOCK THE FOLLOWING PART]

a. Pemohon hendaklah menghantar borang permohonan yang telah lengkap diisi dalam 2 (dua) salinan berserta:
i. Resume/Curriculum Vitae (CV) yang terkini.
ii. 2 (dua) gambar berukuran Pasport.
iii. Salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
 Salinan Sijil yang berkaitan/Diploma / Ijazah
 Salinan Transkrip
 Salinan Kad Pengenalan
 Salinan Sijil Kelahiran
c. Pemohon-pemohon yang terdiri daripada pegawai-pegawai sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing. Pemohonan yang tidak mengikut prosedur tersebut tidak akan dipertimbangkan.
ALAMAT MENGHANTAR PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP:
Permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan kepada:
PENOLONG PENDAFTAR
PUSAT KOKURIKULUM & PEMAJUAN PELAJAR
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
ARAS 2, DEWAN CANSELOR
JALAN UMS, 88400 KOTA KINABALU, SABAH
NO TEL: 088-320000 (EXT: 4106/4108)
NO FAKS: 088-320885

Tarikh Tutup Permohonan : 23 Jun 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Jawatan Kosong Di Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs)

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis, yang dahulunya dikenali dengan nama Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis telah ditubuhkan menurut Enakmen Negeri Perlis Bil 6 pada tahun 1973 dan berkuatkuasa mulai 01 September, 1973.Mulai 1 Mei 1985, Perbadanan telah ditukarkan ke nama baru seperti yang dikenali pada masa kini iaitu “PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS” ini berikutan selaras dengan fungsinya untuk Kemajuan Dalam Sektor Perekonomian di Negeri Perlis. Pertukaran nama ini telah diluluskan oleh Enakmen Negeri Perlis Bil. 7 Tahun 1985.

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun dari tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk memohon jawatan bertaraf tetap di PKENPs dan keutamaan akan diberikan kepaa rakyat Perlis yang boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia & Inggeris dengan baik

1.PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
2.PEMBANTU TADBIR KEW W17
3.PEMBANTU AM RENDAH N1
4.PELATIH PENGURUSAN KONTRAK

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan

[LOCK THE FOLLOWING PART]

SYARAT-SYARAT DAN KELAYAKAN

Syarat-syarat dan kelayakan bagi setiap jawatan boleh didapati dengan melayari web rasmi Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis http://www.pkenps.gov.my. Klik link dibawah untuk muat turun terma syarat-syarat dan borang.

Iklan & Syarat-syarat Kelayakan
Iklan & Syarat-syarat kelayakan
Borang Permohonan Jawatan Kosong

CARA MEMOHON DAN MENDAPATKAN BORANG

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang permohonan jawatan kosong yang boleh didapati dengan melayari web seperti di atas.

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar berserta dengan:-

(a) Salinan Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan, Sijil Persekolahan dan kelulusan akademik yang telah disahkan bagi jawatan yang dipohon.

(b) Permohonan dari pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan Berkanun hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing

(c) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :-
Pengurus Besar
Perbadanan Kemajuan ekonomi Negeri Perlis
No 173-191 Taman Kemajuan,
01000 Kangar Perlis
(U/P: Bahagian Sumber Manusia)


Tarikh Tutup Permohonan : 07 Jun 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Jawatan Kosong Di Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat telah ditubuhkan dengan matlamat untuk memastikan rakyat mempunyai akses kepada dipercayai, cekap, bersepadu dan selamat pengangkutan awam. Suruhanjaya akan mencapai matlamat ini melalui perancangan dan peraturan serta penguatkuasaan yang berkaitan dengan kereta api, bas, teksi dan pengangkutan barang.

Menyertai organisasi yang baru dan menarik itu untuk melakar kerjaya untuk diri sendiri dan menyumbang kepada negara.

Jawatan: Pegawai Penguatkuasa L11

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan



[LOCK THE FOLLOWING PART]

Fungsi/Bidang Tugas :

a. Menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan mengikut undang-undang dengan tegas, berhemah dan berkesan sepanjang masa.

b. Menjalankan pemeriksaan dan siasatan ke atas pemandu teksi, bas dan lori yang didapati melanggar mana-mana peraturan yang terkandung di dalam Akta SPAD.

c. Membuat siasatan ke atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan mengikut Akta SPAD.

d. Menyemak siasatan yang dilakukan serta mengambil tindakan yang sewajarnya dalam waktu yang singkat.

Lokasi temuduga : Subang, Kuala Terengganu, Penang, Johor Bahru

(sila pilih lokasi temuduga)

e-mail kepada : career@spad.gov.my

Tarikh Tutup Permohonan : 09 Jun 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Jawatan Kosong Di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPN.TR)

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPN.TR) telah ditubuhkan pada 10 Ogos 1959 di bawah Fasal 56 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) (Pindaan) Tahun 1959.Di bawah Perkara 56 (9) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu (Bab Yang Pertama)(Pindaan)Tahun 1956,Suruhanjaya bertanggungjawab terhadap perlantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen dan menjalankan kawalan tatatertib anggota perkhidmatan yang di bawah bidangkuasanya.

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPN.TR) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan yang berikut:-

1 PENOLONG PEGAWAI PERIKANAN GRED G27
2 PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED 27

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan

[LOCK THE FOLLOWING PART]Tarikh Tutup Permohonan : 18 Jun 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Jawatan Kosong Di Multimedia Development Corporation (MDeC)

Perbadanan Kemajuan Multimedia ( Multimedia Development Corporation, singkatan: MDeC) ialah sebuah isntitusi milik kerajaan yang bertanggungjawab menguruskan Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia) sebagai kawasan industri dan perdagangan teknologi bertaraf dunia di Malaysia. Antara tugas MDec ialah menarik pelabur ICT antarabangsa untuk mendirikan perniagaan di MSC Malaysia, sambil menyediakan bantuan teknikal dan pentadbiran.Lembaga pengaran MDeC merangkumi pelabur teknologi tersohor di Asia Tenggara, dan juga Ketua-ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, dan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.

Perbadanan Kemajuan Multimedia ( Multimedia Development Corporation, singkatan: MDeC) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan yang berikut:-

1.MANAGER, ASSESSMENT (CUSTOMER SERVICE)
2.BUSINESS ANALYST, CUSTOMER SERVICE
3.SENIOR EXECUTIVE, DIGITAL ENABLEMENT
4.SENIOR EXECUTIVE, STAKEHOLDER ENGAGEMENT
5.SENIOR EXECUTIVE, TECHNOLOGY POLICY & REGULATION( IT)
6.SENIOR EXECUTIVE, TECHNOLOGY POLICY & REGULATION (TELECOMMUNICATION)

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan

Calon-calon yang berminat adalah dipelawa untuk menghantar ‘resume’ dan gambar digital berukuran pasport ke [email:recruitment@mdec.com.my].

Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.Jawatan adalah di Selangor.

Tarikh Tutup Permohonan : 27 Jun 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Jawatan Kosong Di Akademi Laut Malaysia (ALAM)

Akademi Laut Malaysia (ALAM) ialah sebuah akademi latihan maritim Malaysia yang melahirkan 90% daripada pelaut negara ini. Kampus utama dan pusat latihannya terletak di Kuala Sungai Baru, Melaka. Akademi Laut Malaysia (ALAM) adalah anak syarikat MISC Berhad, dan juga merupakan ahli Kumpulan Syarikat PETRONAS, merupakan institusi Pendidikan dan Latihan Maritim (MET) utama di rantau ini.

Dalam usaha kami untuk membangunkan pemimpin masa depan dalam industri maritim, Akademi Laut Malaysia (ALAM) mempelawa individu yang berkelayakan dan berpengalaman untuk menyertai pasukan kami yang dinamik dan meneruskan peluang kerjaya yang sangat baik dengan kami, dalam jawatan-jawatan berikut:

1.Setiausaha Sulit
2.Pengurus Kanan Sumber Manusia
3.Pentadbir Sistem

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan

[LOCK THE FOLLOWING PART]

Calon yang berminat diminta untuk ke alamat berikut dengan menyatakan butiran lengkap kelayakan dan pengalaman, gaji semasa dan dijangka, nombor telefon, alamat dan emeldisertakan sekali sekeping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan) kepada:

Pengurusan & Pentadbiran Sumber Manusia
AKADEMI LAUT MALAYSIA (ALAM)
Penghantaran tingkap 2051,
Masjid Tanah Pejabat Pos
78300 Masjid Tanah,
MELAKA.

Sila catatkan tajuk kedudukan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat. Selain itu, anda boleh e-mel kepada humanresource@alam.edu.my tidak lewat daripada, tarikh akhir dinyatakan. Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi.
Tarikh Tutup Permohonan : 30 Jun 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
May 31, 2013
Messages
14
Likes
0
Points
0
Offline
Pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya mengalu-alukan rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan untuk memohon jawatan-jawatan yang disenaraikan di bawah :
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Jawatan Kosong Di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA kemudian diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang diwartakan pada 10 November 2006.Kini, universiti yang terletak di Kuala Lumpur ini terbuka kepada semua pihak.

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:

1. Pegawai Sains C41
2. Pegawai Teknologi Maklumat F41
3. Jurutera Awam J41
4. Pegawai Penyelidik Sosial N41
5. Pegawai Penerbitan N41
6. Jururawat Pengajar U41
7. Penolong Jurutera Awam J29
8. Penolong Juruukur Bahan J29
9. Penolong Pegawai Senibina J29
10. Penolong Pegawai Tadbir N27
11. Jururawat U29
12. Juruteknologi Makmal Perubatan U29
13. Pembantu Makmal C17
14. Juruteknik Awam J17
15. Juruteknik Elektrik J17
16. Juruteknik Mekanikal J17
17. Tukang K1 (Elektrik) R17
18. Pembantu Am Pejabat N1

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan



[LOCK THE FOLLOWING PART]

PENETAPAN GAJI PERMULAAN
Gaji permulaan adalah mengikut skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa.
IMBUHAN DAN ELAUN BERKAITAN (BERDASARKAN GRED GAJI)
Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan/Imbuhan Tetap Keraian/Imbuhan Tetap Khidmat Awam/Imbuhan Tetap Gred Khas dan lain-lain elaun yang berkuatkuasa.
TARAF JAWATAN
Semua jawatan akan dilantik secara Kontrak.
SYARAT KEWARGANEGARAAN DAN UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN)
Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan, manakala bagi bekas tentera/polis hendaklah tidak melebihi 45 tahun.

SYARAT-SYARAT UMUM
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat Skim Perkhidmatan Awam berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah Luar Negara hendaklah menyertakan surat pengesahan pengiktirafan ijazah dari Unit Dasar dan Pengiktirafan, Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam (Malaysia).

CARA MEMOHON
Semua permohonan perlu melalui sistem e-recruitment UPNM. Sila daftar login anda di alamat: http://erecruitment.upnm.edu.my dan lengkapkan maklumat permohonan dan resume anda secara online. Dokumen asal dan salinan yang telah disahkan hanya perlu dikemukakan pada hari temuduga.
Dokumen asal dan salinan yang telah disahkan seperti berikut hanya perlu dikemukakan pada hari temuduga :-
i) Kad Pengenalan / Pasport
ii) Sijil – sijil Akademik (UPSR/PMR/SPM/STPM/Sijil/Diploma/Sarjana Muda/Sarjana/Ph.D)
iii) Sijil – sijil Ko-kurikulum
vi) Testimonial/Pengesahan Kerja daripada majikan
vii) Salinan slip gaji terakhir
KETERANGAN AM
Calon-calon yang berjaya di senarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak UPNM dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

Tarikh Tutup Permohonan : 16 Jun 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Jawatan Kosong Di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Perkhidmatan Bomba Malaysia bermula pada tahun 1883 dengan penubuhan Bomba sukarela Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F Bellamy bersama 15 anggota. Pasukan ini yang diletakkan dibawah Lembaga Kebersihan telah menjadi Pasukan Bomba dan Penyelamat Tetap pada tahun 1895. Pada 8hb Januari 1997, Jemaah Menteri telah bersetuju perubahan nama Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia dimana pada 21hb Febuari 1997, YAB Perdana Menteri Malaysia dengan rasminya telah mengumumkan dan melancarkan pertukaran nama, logo dan bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia di Genting Highlands.

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh iklan ditutup dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut:-

1.Pembantu Am Pejabat, N1

2.Pekerja Awam, Gred R1

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan



[LOCK THE FOLLOWING PART]

a) Jawatan : Pembantu Am Pejabat, N1
b) Kementerian/Jabatan :Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia
c) Kumpulan Perkhidmatan :Sokongan

Taraf Jawatan :Tetap

a) Jawatan : Pekerja Awam, Gred R1
b) Kementerian/Jabatan :Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia
c)Kumpulan Perkhidmatan :Sokongan

Taraf Jawatan :Tetap

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat
skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat
ke atasnya dari semasa ke semasa.

Cara Memohon:
(a) Pemohonan hendaklah menggunakan Borang JPBM yang boleh didapati dari Ketua
Pengarah, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Lebuh
Wawasan, Presint 7, 62550, W.P. PUTRAJAYA, atau dalam laman web Jabatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia di www.bomba.gov.my
(b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru
berukuran passport, salinan Sijil Kelahiran, Salinan Kad Pengenalan, Salinan Sijil-
Sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang
telah disahkan.
(c) Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, Badan
Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan
melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,
Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dengan menyertakan
salinan Laporan Penilaian Prestasi terkini dan salinan Kenyataan Perkhidmatan
yang dikemaskini serta Laporan Pengisytiharan Harta.
(d) Nama jawatan yang dipohon hendaklah ditulis di sudut atas sebelah kiri sampul
surat.
(e) Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK:
i. ti dak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;
ii. ti dak lengkap atau tidak terang;
iii. ti dak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
iv. ti dak ditulis nombor Kad Pengenalan;
v. ti dak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat; dan
vi. ti dak ditandatangani.

Alamat Permohonan dan tarikh tutup
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:
Ketua Pengarah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Cawangan Pengurusan Sumber Manusia’
Lebuh Wawasan, Presint 7
62250, W.P. PUTRAJAYA
(U.P. Cawangan Pengurusan Sumber Manusia)
Tarikh Tutup Permohonan : 14 Jun 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Jawatan Kosong Di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, 1964, sebagai badan korporat dan agensi untuk pembangunan peringkat negeri melalui pembahagian dan pemacuan pertumbuhan sosio- ekonomi di Selangor, bertujuanuntukmenggalakkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial untuk mencapai visi Negara. Sikap optimis ini direalisasikan melalui pembangunan pusat pertumbuhan baru, perumahan, perindustrian, perniagaan dan pelaburan.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan seperti berikut:

1. Juruteknik Awam J17 – (Bilangan Kekosongan: 10 )
2. Juruteknik Seni Bina J17 – (Bilangan Kekosongan :5 )
3. Juruteknik Ukur J17 – (Bilangan Kekosongan :5 )
4. Juruteknik Landskap J17 – (Bilangan Kekosongan :10 )
5. Pembantu Pertanian G17 -(Bilangan Kekosongan : 5 )
6. Juruteknik Komputer FT17 – (Bilangan Kekosongan: 5 )

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan

[LOCK THE FOLLOWING PART]

Permohonan adalah menerusi portal jobsmalaysia. Rujuk maklumat di bawah untuk maklumat lanjut.

Isikan ‘keyword’ majikan yang dicari dengan carian PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR. Hasil carian pilih majikan - PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR

Tarikh Tutup Permohonan : 12 Jun 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Jawatan Kosong Di Majlis Bandaraya Johor Bahru

Sejarah perkembangan Majlis Bandaraya Johor Bahru bermula pada tahun 1933 apabila Jabatan Lembaga Bandaran ditubuhkan, seterusnya dinaikkan ke taraf Majlis Bandaran pada tahun 1950. Pada tahun 1967, di bawah Seksyen 15 Enakmen Lembaga Bandaran 118, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor telah mengambil alih kuasa pentadbiran Bandar Johor Bahru. Pada 1 April 1977, Majlis Bandaran dinaiktaraf ke Majlis Perbandaran dan seterusnya menikmati kenaikan taraf kepada sebuah Bandaraya pada 1 Januari 1994 dan dikenali sebagai Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana di bawah. Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Johor Darul Takzim atau Warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut- turut.

1. Penyelia Gred N27
2. Fasilitator Gred FT17

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan
[LOCK THE FOLLOWING PART]

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJB/BSM/1/2003 yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Aras 4, Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru ATAU pemohon boleh muat turun borang permohonan daripada laman web Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my.
2. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Bil 17 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat & Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.
3. Bagi pemohon yang memilikki Kelayakan dari Institusi-institusi Pengajian Tinggi Swasta, Permohonan hendaklah disertakan salinan pengiktirafan kelayakan yang boleh disemak di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau di alamat http://pengiktirafan.jpa.gov.my/ . Pemohon dari Institusi-institusi Pengajian Swasta yang gagal berbuat demikian menyebabkan permohonan tidak akan dilayan.
4. Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 JUN 2013.
5. Borang-borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan yang diakui sah dokumen-dokumen berikut :-
(i) Salinan Sijil Kelahiran (ii) Salinan Kad Pengenalan (iii) Salinan Sijil Berhenti Sekolah, Sijil-sijil Kelulusan, Transkrip (Diploma & Ijazah) & Lain-lain Sijil yang berkaitan. (iv) Gambar berukuran Pasport terkini.
6. Borang permohonan boleh dihantar terus ke Bahagian Sumber Manusia atau melalui pos ke alamat tersebut:-

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU PETI SURAT 232
80720 JOHOR BAHRU

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my.

CATATAN AM :
1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
2. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab calon sendiri.
3. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan : 10 Jun 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Jawatan Kosong Di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Universiti Sains Islam Malaysia (singkatan: USIM; dahulu dikenali: Kolej Universiti Islam Malaysia, KUIM) merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi awam di Malaysia.USIM merupakan sebuah Universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad ke-21. Ia merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke-12 di negara ini dan didaftarkan dengan nama Kolej Universiti Islam Malaysia. Di antara tujuan penubuhan USIM ialah memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara dan menekankan penggunaan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan penyelidikannya. Penguasaan bahasa Arab dan Inggeris di samping bahasa kebangsaan juga menjadi tumpuan.

Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) Universiti Sains Islam Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai jurulatih sambilan (JS) bagi Kursus Kokurikulum di Universiti Sains Islam Malaysia.

1.Jurulatih
2.Penolong Jurulatih
3.Pembantu Jurulatih

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan
[LOCK THE FOLLOWING PART]

Tarikh Tutup Permohonan : 09 Jun 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Jawatan Kosong Di Universiti Putra Malaysia (UPM)

UPM telah diiktiraf oleh badan bebas penilaian kerajaan sebagai salah sebuah Universiti yang menerajui bidang penyelidikan dan akademik. Ia ditubuhkan pada tahun 1931 sebagai Sekolah Pertanian, dan kini telah berjaya menggabungkan kemudahan moden dan pendekatan penyelidikan yang dinamik dalam pengajian dan kajian serta didokong oleh perkhidmatan dan reputasi kejayaan yang cemerlang di persada antarabangsa.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan seperti berikut di Fakulti Kejuruteraan:

1. Pembantu Pengajar Gred UDP

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan
[LOCK THE FOLLOWING PART]

Kelayakan:
(i) Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(ii) Mendapat CGPA sekurang-kurangnya 3.0 dan ke atas.
(iii) Kepujian Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Imbuhan Bulanan:
Honorarium RM2500.00
Taraf Jawatan: Kontrak (bagi suatu tempoh yang ditetapkan).
Umur Pada Tarikh Tutup Iklan:
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Penempatan: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia.
Tarikh Tutup Permohonan: Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Jun 2013.

Cara Memohon:
(i) Permohonan hendaklah dibuat melalui borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (SOK/BUM/BR03/JAWATAN 01) yang boleh didapati dalam laman web Pejabat Pendaftar UPM atau diperolehi dengan cara muat turun daripada laman web di http://www.eng.upm.edu.my
(ii) Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah disertakan bersama dengan Curriculum Vitae, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan sijil-sijil persekolahan (termasuk Ijazah dan Diploma jika berkaitan) dan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan dengan sekeping gambar berukuran pasport.
(iii) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :
Ketua,
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan,
Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor.
(U.P : Cik Syaakiratul Hasanah Rossidi)

Tarikh Tutup Permohonan : 21 Jun 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini

[/LOCK THE FOLLOWING PART]
Jawatan Kosong Di Universiti Putra Malaysia (UPM)
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Jawatan Kosong Di Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)

Tanggal 18 Jun 2009,Lembaga Muzium Selangor telah bertukar nama menjadi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).Dahulunya ketika di bawah Lembaga Muzium Selangor,ia merupakan organisasi yang memberi tumpuan kepada aktiviti pameran,penyelidikan,penerbitan dan pengumpulan koleksi bagi muzium di negeri Selangor sejak tahun 1975 di bawah Enakmen No.6 Tahun 1975.Kini, PADAT di naungi oleh D.Y.M.M Sultan Selangor.Ia berfungsi khusus untuk membangun,memelihara dan menyebarluas adat Melayu dan warisanNegeri Selangor.Enakmen penubuhan Perbadanan tersebut (Enakmen No.4) telah mendapat perkenan D.Y.M.M Sultan Selangor pada tanggal 30 April 2009.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor) yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut:-

(A) Pegawai Khidmat Pelanggan
(B) Pembantu Muzium
(C) Ahli Muzik

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan
[LOCK THE FOLLOWING PART]
a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang PADAT (1) yang boleh didapati di laman sesawang www.padat.gov.my dan menyatakan keterangan lengkap mengenai peribadi, kelayakan pengalaman, sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran dan sijil-sijil akademik berkaitan yang telah disahkan kepada:
Ketua Pegawai Eksekutif,
Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor,
D/A Muzium Sultan Alam Shah,
Persiaran Bandaraya,
40000 Shah Alam.
( U/P : Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia )
b. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Para 17 .
c. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan : 24 Jun 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Jawatan Kosong Di Kolej Komuniti Rembau

Pada 5 Julai 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan Memorandum No 398/2225/00 yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen. Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia akan menjadi institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.Sebanyak 10 buah Kolej Komuniti rintis mula beroperasi pada pertengahan Jun 2001 dan 2 buah lagi pada bulan Disember 2001. Sehingga Julai 2007, sebanyak 35 buah Kolej Komuniti telah beroperasi di seluruh negara.

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk menyertai warga Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui jawatan berikut :-

A. PEKERJA SAMBILAN HARIAN
(PSH) Pembantu Tadbir Gred N17
(Unit Pentadbiran)

B. PEKERJA SAMBILAN HARIAN
(PSH) Pensyarah Gred DH29
(Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat)

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan
[LOCK THE FOLLOWING PART]

PENGHANTARAN PERMOHONAN :
Permohonan mestilah disertakan bersama dengan satu salinan (salinan perlu disahkan)
seperti berikut:
i. Resume berserta gambar
ii. Kad Pengenalan
iii. Sijil-sijil Akademik
iv. Sijil-sijil sokongan
Permohonan hendaklah dikemukakan kepada :
PENGARAH,
KOLEJ KOMUNITI REMBAU
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
LOT PT 2565 – 2579,
TAMAN PINGGIRAN PEDAS
71400 PEDAS, NEGERI SEMBILAN
TELEFON : 06-6858672
FAKS : 06-6858698

Hanya permohonan yang layak dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Tarikh Tutup Permohonan : 20 Jun 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Jawatan Kosong Di Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF)

Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) mula didaftarkan pada tahun 1969. Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) berusaha untuk meningkatkan standard penjagaan yang diberikan kepada pesakit buah pinggang dan mereka yang mengalami pelbagai penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Pada tahun 1993, kami telah membuka pintu pusat dialisis pertama kami di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur. Selama bertahun-tahun, NKF telah berkembang pesat dengan sokongan dari banyak pihak. NKF telah memperluaskan peranannya daripada hanya pembekal rawatan dialisis, untuk menjadi pusat sumber kebangsaan sehenti bagi semua perkara yang berkaitan dengan buah pinggang.

Kami mempelawa mereka yang komited dalam menjalankan tugas dan mereka yang mempunyai keinginan yang tinggi dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk memohon jawatan berikut:

1. Staff Jururawat -Lokasi Pahang
2.Eksekutif Projek

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan
[LOCK THE FOLLOWING PART]

Permohonan adalah menerusi portal jobstreet.

Tarikh Tutup Permohonan : 10 July 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Top