Jawatan Kosong Kerajaan Terkini - Update Setiap Hari

Joined
Apr 16, 2013
Messages
16
Likes
0
Points
0
Offline
Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon kekosongan jawatan di Institut Pengurusan Dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman (INSPIN).
 
Last edited:
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Jawatan Kosong Di Kementerian Sumber Manusia Malaysia

Kementerian Sumber Manusia Malaysia ialah sebuah kementerian di Malaysia yang menguruskan dan membangunkan sumber tenaga pekerja. Menterinya kini adalah Dato’. S. Subramaniam. Kementerian ini mempunyai visi iaitu untuk menjadi peneraju dalam bidang pembangunan dan pengurusan sumber manusia bertaraf dunia.

Kementerian Sumber Manusia Malaysia dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan yang berikut:-

1)Pemandu Kenderaan R3

2)Penghantar Notis N3


Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan



[LOCK THE FOLLOWING PART]

1)Pemandu Kenderaan R3 ( 9 Kekosongan )
Tempat kekosongan : (1) WP Putrajaya, (1) Perlis, (1)Pahang, (1) Johor, (1) Sabah, (4) Sarawak
Gaji Ditawarkan : RM 792.6

2)Penghantar Notis N3 ( 4 Kekosongan )
Tempat kekosongan : (1)Selangor, (1) Pulau Pinang, (1) Johor, (1) Sabah
Gaji Ditawarkan : RM 801.84

STATUS JAWATAN KOSONG : TETAP

Permohonan Secara Online di laman web JobsMalaysia.

Tarikh Tutup Permohonan : 21 April 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini

[/LOCK THE FOLLOWING PART]
Jawatan Kosong Di Kementerian Sumber Manusia Malaysia
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Jawatan Kosong Di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau ringkasnya (JAKIM) merupakan agensi kerajaan Malaysia yang mentadbir hal ehwal agama Islam di Malaysia.Sebelum ini, pada 1 Januari 1997, selaras dengan pembangunan dan kemajuan Islam yang bertambah mantap di negara ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia sebagai mengambil alih kuasa dan peranan (BAHEIS).

Bahagian Pengurusan Maklumat/Bahagian Sosial,Keluarga dan Masyarakat,JAKIM dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan yang berikut:-

1. Pembantu SPPIM Gred 17


Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan

[LOCK THE FOLLOWING PART]Tarikh Tutup Permohonan : 26 April 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disin
 
Joined
Apr 19, 2013
Messages
14
Likes
0
Points
0
Offline
Permohonan dipelawa daripada individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:
 
Last edited:
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Jawatan Kosong Di Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah sebuah badan amanah persendirian di Malaysia yang ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 pindaan 1981 (Akta 258). Penubuhan AIM dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) dan dibiayai oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM), Kerajaan Negeri Selangor dan Pusat Pembangunan Asia Pasifik.

Amanah Ikhtiar Malaysia kini mempelawa individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1.Pengurus Akaun (Perkhidmatan Kewangan Sokongan)
2.Pegawai Akaun
3.Juruanalisis Penyelidikan Dan Pembangunan
4.Pegawai Pembangunan Perniagaan Dan Keusahawanan
5.Pengurus Sumber Manusia
6.Timbalan Pengarah Sumber Manusia

7.Pengurus Kewangan (Perancangan dan Bajet)
8.Pengurus Kanan Audit Dalaman
9.Pengurus Sumber Manusia
10.Financial Controller

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan

[LOCK THE FOLLOWING PART]

Calon yang berminat hendaklah menghantar surat permohonan ke alamat di bawah bersama-sama dengan salinan sijil-sijil berkaitan, gambar berukuran passport (tidak dikembalikan), sampul surat ekspres berukuran 4” x 9” beralamat sendiri (sila tulis nama jawatan di penjuru kiri sampul surat). Sila nyatakan gaji kini dan gaji dipohon. Permohonan hendaklah sampai sebelum atau pada 30 April 2013.

PENGARAH SUMBER MANUSIA DAN PENTADBIRAN
Ibu Pejabat, Amanah Ikhtiar Malaysia
Menara Amanah Ikhtiar
No. 3, Jalan Cempaka SD12/1A
Bandar Sri Damansara PJU9
52200 Kuala Lumpur.

Tel: 03-6274 8810 Faks: 03-6274 8809

Tarikh Tutup Permohonan : 30 April 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Jawatan Kosong Di Kedai Rakyat 1 Malaysia

’Kedai Rakyat 1 Malaysia’, adalah merupakan sebuah kedai yang berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah. Inisiatif ini lahir dari YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak diatas keperihatinan beliau untuk meringankan beban rakyat berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar. Ini juga bertepatan dengan slogan “Rakyat Didahulukan” yang telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Kedai Rakyat 1 Malaysia mempelawa warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan seperti berikut:

1. Penyelia
2. Pembantu Penyelia
3. Pelatih Pengurusan


Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan



[LOCK THE FOLLOWING PART]

Pendapatan bulanan adalah RM1000-RM2000 berdasarkan pengalaman dalam bidang peruncitan.
Jawatan adalah di cawangan Sabah dan Sarawak.

Tarikh Tutup Permohonan : Open
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini

[/LOCK THE FOLLOWING PART]


Jawatan Kosong Di Kedai Rakyat 1 Malaysia
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Jawatan Kosong Di Perbendaharaan Malaysia

Perbendaharaan Malaysia terletak di bawah Kementerian Kewangan dan objektif penubuhannya adalah untuk menggubal, melaksanakan dan memastikan dasar fiskal dan kewangan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi secara berterusan, menguatkan daya saing dan kebingkasan ekonomi negara, memastikan pengurusan kewangan yang berkesan dan berhemah, menjamin perkongsian kekayaan negara dengan saksama dan meningkatkan kesejahteraan dan taraf kehidupan masyarakat.

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:

1. PEKERJA SAMBILAN HARlAN (PSH) GRED 17
Kadar Upah : RM 54.00 (Sehari) (9 Jam)
Tempoh Perkhidmatan : Tidak Melebihi 6 Bulan
Kekosongan : 4 Kekosongan
Jantina : Lelaki

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan

[LOCK THE FOLLOWING PART]

(a) Permohonan hendaklah mengunakan (Borang permohonan perjawatan MOF)
yang boleh dimuat turun di Iaman sesawang http://www.treasurv.gov.my.
(b) Semua permohonan hendaklah disertakan salinan kad pengenalan, salinan sijilsijil
keputusan peperiksaan, salinan lesen memandu dan salinan sijil tamat
persekolahan.

(c) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul
surat berukuran 32sm x 22sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah
ditulis NAMA JAWATAN yang dipohon.
(d) Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK:
(i) Tidak disertakan dokumen yang diperlukan;
(ii) Tidak lengkap atau tidak terang;
(iii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
(iv) Tidak menu lis nombor kad pengenalan;
(v) Tidak ditandatangani.

Semua permohonan hendaklah disampaikan kepada :
Setiausaha Sahagian ,
Sahagian Dasar Saraan, Wang Awam Dan Khidmat Pengurusan
Seksyen Pengurusan Sumber Manusia
Presint 2, Tingkat 3, Blok Selatan
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 W.P PUTRAJAYA
(u.p.:puan Rohana binti A.Kahar)

Tarikh Tutup Permohonan : 25 April 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 

Amy611

freshman
Joined
Apr 23, 2013
Messages
15
Likes
0
Points
0
Offline
Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon kekosongan jawatan di Institut Pengurusan Dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman (INSPIN).
 
Last edited:
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Jerantut

Majlis Daerah Jerantut telah diwartakan pada 18hb. Februari 1982 melalui No. Warta P.W. No.65 dan dikuatkuasakan bermula pada 1hb. Mac 1982 bagi menggantikan Lembaga Bandaran Jerantut yang telah ditubuhkan pada 1hb. Julai 1960 mengikut warta kerajaan Bil. 230/60 di bawah Enakmen Lembaga Bandaran FMS Cap. 137. Penubuhan Majlis Daerah Jerantut ini telah mengubah kawasan pentadbiran sedia ada Lembaga Bandaran Jerantut dimana kawasan-kawasan baru yang berpotensi dan mempunyai penduduk yang ramai telah dimasukkan. Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur telah bersetuju menerima pakai Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) pada 1 September 1979. Bermula dari tarikh itu maka bermulalah penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di Negeri Pahang dan dinaikkan taraf sebagai Majlis Perbandaran Daerah. Majlis Daerah Jerantut telah dinaikkan taraf dari Lembaga Bandaran Kepada Majlis Daerah dan telah disusun semula pada 1 Mac 1982.

Majlis Daerah Jerantut ingin mempelawa warga negara Malaysia untuk memohon jawatan:

1.Pembantu Penguatkuasa, N17 (3 Kekosongan)
2.Pemandu, R3 (1 Kekosongan)
3.Pekerja Awam, R1 (3 Kekosongan)

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan
[LOCK THE FOLLOWING PART]Tarikh Tutup Permohonan : 30 April 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disin
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Jawatan Kosong Di Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

Ditubuhkan lebih 15 tahun yang lalu, Pusat Zakat Selangor (Majlis Agama Islam Selangor), adalah sinonim dengan kesedaran yang meningkat persepuluhan dalam negeri dan kecekapan mengedarkan. Dalam dekad itu, banyak institusi Islam membantu, jaminan hidup get lemah, keseimbangan sosio-ekonomi dan budaya. Kini, selepas satu dekad telah berlalu, PZS (MAIS) matlamat akan terus memberikan yang terbaik, dengan sokongan anda. PZS (MAIS) akan terus mengambil alih dan menjalankan amanah sebagai amil dan amilin. Bahawa komitmen PZS (MAIS).Dengan moto Sosio-Ekonomi Baki pemimpin PZS Ummah (MAIS) kini dikenali sebagai Lembaga Zakat Selangor (MAIS).

Lembaga Zakat Selangor (MAIS) menawarkan peluang kerjaya kepada Selangor dilahirkan atau telah bermastautin di Negeri itu setakat ini sekurang-kurangnya lima tahun dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut.

1.EXECUTIVE ICT ENTERPRISE SOLUTION
2.EXECUTIVE ICT NETWORK AND SECURITY


Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan

[LOCK THE FOLLOWING PART]Tarikh Tutup Permohonan : 04 Mei 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arab telah datang ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah yang sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-orang Siam yang bermaksud “Batu Permata”.

Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Pengurusan bagi Jawatan berikut:-



(a)Jawatan:pekerja Awam (Lelaki)
(b)Kementerian.Jabatan/Badan Berkanun/Kuasa Tempatan*:pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Perumahan


Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan



[LOCK THE FOLLOWING PART]

(c)Kumpulan Perkhidmatan:pelaksana
(d)Klasifikasi Perkhidmatan:perkhidmatan

Jawatan ditawarkan: tetap

(a) Permohonan hendaklah dengan menggunakan Borang yang boleh diperolehi daripada pejabat ini dengan cara datang sendiri pada waktu pejabat atau dengan mengirim sampul surat berukuran 10 x 23 sm (4 x 9 in), bersetem 50 sen dan beralamat sendiri dengan mencatat “MEMOHON BORANG” disudut sebelah atas kiri sampul surat.
(b) Borang- borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan diakui
sah dokumen-dokumen berikut:-
(i) Sijil Kelahiran
(ii) Kad Pengenalan
(iii) Sijil berhenti sekolah/Sijil Persekolahan
(iv) Lain-lain sijil/surat akuan berkaitan
(c) Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

Ketua Penolong Setiausaha,
Bahagian Perumahan,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor,Aras 1,
Aras 1 dan 2, Bangunan Dato’ Abdul Rahman,
Andak,Kota Iskandar,
79503 Nusajaya.

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mei 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini

[/LOCK THE FOLLOWING PART]
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Temerloh (MPT)

Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) mendapat statusnya sekarang pada 15 Januari 1997. Sebelum itu ia bergelar Majlis Daerah Temerloh (MDT) mulai pada tarikh 1 Julai 1981. Waktu itu MDT adalah hasil gabungan 4 majlis tempatan yang wujud di Temerloh iaitu :Majlis Bandaran Temerloh Dan Mentakab, Majlis Tempatan Kuala Krau, Majlis Tempatan Kerdau dan Majlis Tempatan Lanchang.Pengabungan ini adalah keputusan kerajaan yang disyorkan oleh Suruhanjaya Athinahappan yang mencadangkan penyusunan semula semua PBT.

Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan yang ditawarkan seperti berikut:

1. Akauntan Gred W41

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan



[LOCK THE FOLLOWING PART]

Permohonan yang telah lengkap hendaklah diisi dan dialamatkan kepada:-

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Temerloh
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & Organisasi
Aras 6, Kompleks Pejabat Plaza Jalan Ahmad Shah
28000 Temerloh
Pahang DM.

Tarikh Tutup Permohonan : 03 Mei 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
Download Borang Permohonan Disini

[/LOCK THE FOLLOWING PART]


Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Temerloh (MPT)
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Jawatan Kosong Di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah salah satu agensi utama memungut hasil di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia diperbadankan pada 1 Mac 1996 dan dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.Lembaga Hasil Dalam Negeri ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian.

Kami merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional, dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai kami.

1. Penolong Pegawai Eksekutif (Teknologi Maklumat) Gred 31 – 3 kekosongan
2. Penolong Pegawai Eksekutif (Kejuruteraan) Gred 31 Kontrak – 2 kekosongan
3. Pembantu Tadbir (Perakaunan) Gred 21 – 2 kekosongan
4. Pembantu Tadbir (Operator Komputer) Gred 21 – 9 kekosongan
5. Pembantu Tadbir (Juruteknik Komputer) Gred 21 – 2 kekosongan
6. Penjaga Jentera Elektrik Gred 11 – 2 kekosongan
7. Pembantu Am (Pemandu Kenderaan) Gred 1 – 11 kekosongan
8. Pembantu Am (Penghantar Notis) Gred 1 – 6 kekosongan


Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan



[LOCK THE FOLLOWING PART]

FAEDAH

LHDNM menawarkan faedah yang menarik kepada kakitangannya seperti kemudahan cuti rehat, rawatan perubatan dan pergigian, pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, pinjaman komputer, peluang membina kerjaya, kursus-kursus untuk kemajuan diri dan kemudahan sukan dan rekreasi.

CARA MEMOHON

Permohonan dari calon-calon luar LHDNM (termasuk yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan) hendaklah dibuat melalui Laman Web JobsMalaysia (Kementerian Sumber
Manusia) di http://www.jobsmalaysia.gov.my . Permohonan dari calon-calon pegawai LHDNM yang masih berkhidmat (bertaraf Sambilan) hendaklah dibuat melalui
melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL http://kerjaya.hasil.gov.my/eKerjaya .

Tarikh Tutup Permohonan : 06 Mei 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini

[/LOCK THE FOLLOWING PART]


Jawatan Kosong Di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)
 
Joined
Apr 25, 2013
Messages
14
Likes
0
Points
0
Offline
Pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya mengalu-alukan rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan untuk memohon jawatan-jawatan yang disenaraikan di bawah :
 
Last edited:
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Jawatan Kosong Di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

Sejarah perkembangan Majlis Bandaraya Johor Bahru bermula pada tahun 1933 apabila Jabatan Lembaga Bandaran ditubuhkan, seterusnya dinaikkan ke taraf Majlis Bandaran pada tahun 1950. Pada tahun 1967, di bawah Seksyen 15 Enakmen Lembaga Bandaran 118, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor telah mengambil alih kuasa pentadbiran Bandar Johor Bahru. Pada 1 April 1977, Majlis Bandaran dinaiktaraf ke Majlis Perbandaran dan seterusnya menikmati kenaikan taraf kepada sebuah Bandaraya pada 1 Januari 1994 dan dikenali sebagai Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana di bawah. Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Johor Darul Takzim atau Warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut- turut.

1. Jurutera Gred J41
2. Pegawai Tadbir Gred N41
3. Akauntan Gred W41
4. Pegawai Perubatan Gred UD47/U48
5. Ahli Muzik Gred B41
6. Pegawai Pertanian Gred G41
7. Pegawai Undang-Undang Gred L41
8. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41/U42
9. Juruaudit Gred W41
10.Pegawai Penilaian Gred W41
11.Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
12.Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred J29
13.Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29
14.Jururawat Gred U29
15.Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
16.Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C27
17.Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
18.Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27
19.Penolong Pegawai Penerbitan Gred N27
20.Setiausaha Pejabat Gred N27
21.Penolong Pegawai Penilaian Gred W27
22.Juruteknik Komputer Gred FT17
23.Pembantu Pertanian Gred G17
24.Pelukis Pelan Gred J17
25.Juruteknik (Ukur Bahan/Awam/Perancang Bandar Dan Desa)
26.Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17
27.Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17
28.Pembantu Kesihatan Awam Gred U17
29.Pembantu Juruaudit Gred W17
30.Pembantu Penilaian Gred W17
31.Pengawal Keselamatan Gred KP11


Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan

[LOCK THE FOLLOWING PART]

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJB/BSM/1/2003 yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Aras 4, Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru ATAU pemohon boleh muat turun borang permohonan daripada laman web Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my.
(b) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Bil.21 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.
(c) Tarikh tutup permohonan ialah pada _ 15 MEI 2013 __
(d) Semua permohonan yang dikemukakan hendaklah disertakan :-
i. salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
ii. salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM);
iii. salinan transkrip pengajian;
iv. salinan sijil Diploma/Ijazah;
v. salinan sijil Amalan/Pendaftaran Perubatan;
vi. salinan sijil/dokumen akademik dan lain-lain yang berkaitan;
vii. salinan kad pengenalan; dan
viii. gambar berukuran pasport terbaru.
dan hendaklah diakui sah serta alamatkan kepada :-

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
PETI SURAT 232
80720 JOHOR BAHRU
(e) Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Majlis Bandaraya Johor
Bahru di alamat www.mbjb.gov.my.

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Mei 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
Download Borang Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Jawatan Kosong Di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah satu-satunya pihak berkuasa tempatan di Malaysia yang mentadbir Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Agensi ini adalah di bawah Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia. DBKL bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar.

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk memohon jawatan berikut:

Pengurus Hartanah (Ketua Unit Pengurusan Hartanah DBKL)(Kontrak)

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan

[LOCK THE FOLLOWING PART]Tarikh Tutup Permohonan : 06 Mei 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Jawatan Kosong Di Muzium Kesenian Islam Malaysia

Muzium Kesenian Islam Malaysia merupakan muzium yang pertama dan terbesar di rantau Asia Tenggara yang dikhususkan bagi kesenian Islam. Ia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia dan dibuka pada 12 Disember 1998.Bangunan Muzium Kesenian Islam ini direka oleh rakyat Malaysia yang mempamerkan keindahan senibina Islam. Ciri-cirinya yang paling menonjol adalah binaan lima kubah. Empat kubahnya boleh dilihat dari luar, sementara kubah kelima hanya boleh dilihat dari dalam bangunan.

Muzium Kesenian Islam Malaysia dengan ini mempelawa individu yang berkelayakan untuk memohon jawatan yang ditawarkan seperti berikut:

1. Ketua Perpustakawan

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan

[LOCK THE FOLLOWING PART]

Sila hantar resume anda ke alamat berikut:

Islamic Art Museum Malaysia
Human Resources Department
Jalan Lembah Perdana
50480 Kuala Lumpur

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Mei 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini

[/LOCK THE FOLLOWING PART]


Jawatan Kosong Di Muzium Kesenian Islam Malaysia
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
Jawatan Kosong Di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)

Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Northern Corridor Economic Region) atau NCER Malaysia merupakan kawasan pembangunan ekonomi dan sosial yang membabitkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak. Ia diperkenalkan sejak Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010) pada Januari 2007 bagi merujuk kepada Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Koridor Utara dirasmikan pada 30 Julai 2007 oleh Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi.

Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan yang ditawarkan seperti berikut:

1. Pembantu Peribadi – (Lokasi : Penang)

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan

[LOCK THE FOLLOWING PART]

Calon-calon yang berminat boleh membuat permohonan ke:
Northern Corridor Implementation Authority
Human Resources & Administration Department
Level 20 & 21 Menara KWSP
No 38 Jalan Sultan Ahmad Shah
10050 Georgetown
Penang
Tel: 04-2382888
Fax:04-2382998
Attn: Mr Rizal Amri Bin Hj Mahmood
Permohonan juga bole dibuat menerusi portal jobstreet.
Tarikh Tutup Permohonan : 16 Mei 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini

[/LOCK THE FOLLOWING PART]
Jawatan Kosong Di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)
 
Top