Jawatan Kosong Kerajaan Terkini - Update Setiap Hari

Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
#61
Jawatan Kosong Di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

Jawatan Kosong Di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

SEJARAH Penubuhan SPP adalah hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja mengenai perkhidmatan perguruan yang ditubuhkan bagi mengkaji perkhidmatan guru-guru, gaji-gaji dan syarat-syarat perkhidmatan mereka serta lain-lain kakitangan sekolah (lebih dikenali dengan nama Suruhanjaya Diraja Aziz) yang telahJawatan Kosong Di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)mengemukakan perakuan supaya sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan berasingan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), ditubuhkan bagi Perkhidmatan Pelajaran.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran sebagai Pihak Berkuasa Melantik bertanggungjawab bagi melantik Anggota Perkhidmatan Pelajaran. Pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan permohonan dibuka sepanjang masa bagi jawatan berikut :


Jawatan-jawatan bukan guru di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
arrow-3 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

arrow-3 Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17

arrow-3 Penyelia Asrama Gred N17

arrow-3 Pembantu Pengurusan Murid Gred N17

arrow-3 Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17

arrow-3 Pembantu Makmal Gred C17

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan

[LOCK THE FOLLOWING PART]

Klik pautan di atas untuk maklumat lengkap perjawatan.

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan tetap secara atas talian (online) melalui portal Jobsmalaysia di www.jobsmalaysia.gov.my.

Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
#63
Jawatan Kosong Di Perbadanan Aset Keretapi

Jawatan Kosong Di Perbadanan Aset Keretapi

PAK sentiasa peka akan keperluan pembangunan sektor keretapi dan akan berusaha dalam membangunkan infrastruktur keretapi serta bekerjasama dengan Kerajaan, KTMB dan lain-lain syarikat keretapi di Malaysia.

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Penolong Akauntan

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan

[LOCK THE FOLLOWING PART]

Pemohon yang berminat hendaklah menggunakan borang PAK/1/2013 yang boleh didapati secara percuma di laman sesawang http://www.rac.gov.my atau di pejabat seperti alamat di bawah;-

Perbadanan Aset Keretapi
No. 29G, Blok B, Jalan TKS 1,
Kajang Sentral Business Park
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan

Tarikh Tutup Permohonan : 22 Mac 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
#64
Jawatan Kosong Di Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP)

Jawatan Kosong Di Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP)

Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991 (Akta 454) telah digubal bertujuan untuk membantu pembiayaan liability pencen Kerajaan Persekutuan. Berikutan itu, Kumpulan Wang Amanah Pencen telah ditubuhkan pada 1 Jun 1991 dengan geran penubuhan sebanyak RM500 juta daripada Kerajaan Persekutuan. Kumpulan Wang Amanah Pencen ditadbir oleh Majlis Kumpulan Wang Amanah Pencen di bawah pengurusan Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan harian.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada anggota KWAP, sila kemukakan permohonan anda untuk mana-mana jawatan kosong yang bersesuaian dengan latar-belakang dan kebolehan anda.Berikut adalah jawatan kosong yang ditawarkan:

1. Assistant Vice President, Business Improvement
2. Assistant Vice President, Investment Settlement
3. Associate, Business Improvement
4. Associate, Internal Audit
5. Credit Analyst
6. Senior Associate, Investment Settlement

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan

[LOCK THE FOLLOWING PART]Tarikh Tutup Permohonan : 18 Mac 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
#65
Jawatan Kosong Di Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZa)

Jawatan Kosong Di Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZa)

Universiti Sultan Zainal Abidin merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan dibawah Akta Universiti dan Kolej 1971, dengan ini mempelawa seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi jawatan dalam bidang berikut:

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan

[LOCK THE FOLLOWING PART]

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Mac 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
#66
Jawatan Kosong Di Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Jawatan Kosong Di Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Tenaga Nasional Berhad adalah syarikat bekalan elektrik yang terbesar di Malaysia. Aset perniagaannya adalah sejumlah RM 60.0 billion. Bilangan pelanggan adalah lebih 6 juta akaun di Semenanjung Malaysia dan Sabah.Perniagaannya terasnya ialah menjana, menghantar dan membahagi tenaga elektrik ke seluruh Malaysia. Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga adalah pengendali Grid Nasional, iaitu talian penghantar elektrik ke seluruh negara. Talian ini terdiri dari talian 132 kV, 275 kV dan 500 kV.

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut di Tenaga Nasional Berhad:

1. Civil Engineer
2. Senior Civil Engineer
3. Senior Manager Of Social Media
4. Architect
5. Legal Officer
6. Customer Communication Manager
7. Market Research Senior Manager / Manager
8. Service Innovation Senior Manager / Manager


Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan

[LOCK THE FOLLOWING PART]Tarikh Tutup Permohonan : 23 Mac 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
#67
Jawatan Kosong Di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Jawatan Kosong Di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Universiti Pendidikan Sultan Idris merupakan universiti pendidikan pertama di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diisytiharkan sebagai sebuah universiti pada 1 Mei 1997 melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1997, di bawah dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan ldris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan ldris (Kampus) 1997. Sebelum ini UPSI dikenali sebagai Institut Perguruan Sultan Idris.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan yang berikut:-

1. Jururawat
2. Penolong Pegawai Pertanian
3. Tukang

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan
[LOCK THE FOLLOWING PART]

Tarikh Tutup Permohonan : 22 Mac 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
#68
Jawatan Kosong Di Jabatan Perikanan Malaysia

Jawatan Kosong Di Jabatan Perikanan Malaysia

Jabatan Perikanan merupakan peneraju utama pembangunan dan pemodenan sektor perikanan negara. Misi Jabatan Perikanan adalah untuk mengurus dan membangunkan sektor perikanan negara secara mampan, dinamik dan berdaya saing berasaskan maklumat saintifik dan perkhidmatan berkualiti. Dalam melaksanakan misi tersebut, Jabatan memberi tumpuan kepada usaha yang dapat meningkatkan kualiti, kecekapan, dan keberkesanan penyampaian perkhidmatannya dan perkongsian pintar di antara Jabatan dan pihak yang berkepentingan.

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut: -

1. Pegawai Perikanan Gred G41- 1 kekosongan
2. Penolong Jurutera Gred G29 - 2 kekosongan
3. Penolong Pegawai Perikanan Gred G27 - 4 kekosongan

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan

[LOCK THE FOLLOWING PART]

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Mac 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
Download Borang Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
#69
Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut. Keutamaan akan diberi kepada rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

1. Penolong Pegawai Tadbir (Pelancongan)
2. Penolong Pegawai Penilaian

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan

[LOCK THE FOLLOWING PART]

Tarikh Tutup Permohonan : 20 Mac 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
#70
Jawatan Kosong Di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL)

Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL), salah sebuah institut latihan kemahiran di bawah kelolaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM). Kementerian Sumber Manusia telah ditubuhkan pada tahun 1964. Institut ini adalah yang pertama ditubuhkan oleh kerajan bagi mengendalikan latihan vokasional secara formal.
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL), dengan ini mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan di ILPKL:

1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (Guru Pendidikan Agama Islam)

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh Tutup Permohonan : 20 Mac 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
#71
Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Universiti Malaysia Pahang (UMP) bermula dengan Universiti Teknologi Malaysia Kampus Cawangan Pahang (UTM-KCP) yang beroperasi di sebuah kampus yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan sejak tahun 1999. Penubuhan Universiti ini adalah hasil daripada cetusan idea Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang mana ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.Hasil daripada usaha gigih beliau, Jemaah Menteri pada 26 Jun 2001 telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah Universiti Teknikal Awam yang berasaskan kemahiran di Pahang dan dinamakan sebagai KUKTEM.Setelah lima tahun beroperasi, pihak Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pertukaran nama KUKTEM kepada Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkuatkuasa mulai 1 Februari 2007. Dengan pertukaran ini, nama KUKTEM kini dikenali sebagai UMP.

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan di bagi jawatan seperti berikut :-

1. Pegawai Undang Undang L48
2. Pegawai Undang Undang L41
3. Pegawai Penyelidik Q41
4. Penolong Pegawai Penerbitan N27


Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan

[LOCK THE FOLLOWING PART]Tarikh Tutup Permohonan : 29 Mac 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
#72
Jawatan Kosong Di Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ditubuhkan pada 17 Safar 1334 bersamaan 24 Disember 1915 melalui satu perisytiharan oleh KDYMM Sultan Muhammad Ke IV. Penubuhannya bertujuan untuk menasihati KDYMM Al-Sultan selaku ketua agama berkenaan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia [keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan] yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Pengaturcara Komputer) F29
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), N17 (Lelaki)
3. Ahli Fotografi, B17
4. Juruaudio Visual, N17


Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan

[LOCK THE FOLLOWING PART]

i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10sm x 23 sm yang beralamat sendiri serta berstem 50 sen atau memuat turun borang melalui portal Rasmi MAIK di www.e-maik.my atau mengambil sendiri di Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
ii) Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2012 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
iii) Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul berstem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.
iv) Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.

ALAMAT PERMOHONAN
Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:
YABhg. Dato’ Timbalan Yang DiPertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Balai Islam, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

Tarikh Tutup Permohonan : 24 Mac 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
#73
Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Sepang

MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (MPSepang) merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk memberikan perkhidmatan perbandaran kepada semua warga Sepang. Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan, MAJLIS PERBANDARAN SEPANG bertanggungjawab terhadap perancangan, pembangunan dan khidmat masyarakat.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

1 PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N27
2 PENOLONG AKAUNTAN – GRED W27
3 PEMBANTU AKAUNTAN – GRED W17
4 PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) – GRED W17
5 PEMBANTU JURUAUDIT – GRED W17
6 PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) – GRED N17
7 PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN – GRED N17
8 PEREKA – GRED B17
9 PEMBANTU AM PEJABAT – GRED N1
10 PEKERJA AWAM – GRED R1


Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan

[LOCK THE FOLLOWING PART]

Perhatian Kepada Pemohon:
a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia Majlis Perbandaran Sepang atau menggunakan borang yang boleh dimuat turun menerusi laman Web Majlis Perbandaran Sepang di alamat www.mpsepang.gov.my.
b) Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik (termasuk Ijazah Diploma – jika berkenaan), transkrip keputusan peperiksaan semua semester berserta dengan sekeping gambar berukuran passport.
c) Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 Bab `A’ 1973 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Prestasi.
d) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Alamat permohonan:
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Sepang,
Persiaran Semarak Api, Cyber 1
63200 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan.

Tarikh Tutup Permohonan : 14 Mac 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
#74
Jawatan Kosong Di Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN)

Sejarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) adalah rentetan penubuhan Balai Seni Lukis Negara (BSLN) bermula bilamana idea penubuhannya mula dikemukakan sejak tahun 1954 hingga 1956 oleh Majlis Kesenian Persekutuan (Malaya Arts Council) yang ditunjangi oleh Mubin Sheppard (kini Tan Sri) dan Frank Sullivan. Penubuhan Balai Seni Lukis Negara (BSLN) merupakan satu pengiktirafan kerajaan terhadap bidang seni lukis tanahair.

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN), Sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia sedang membuat pengisian bagi jawatan berikut:

1.PENOLONG KURATOR GRED S27
2.PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) GRED N17
3.PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17


Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan

[LOCK THE FOLLOWING PART]

1. Permohonan hendakah dibuat dengan menggunakan BORANG LPSVN 1/94 (Pindaan 2013) yang boleh didapati secara percuma daripada Bahagian Khidmat Pengurusan LPSVN atau boleh dimuat turun daripada laman web LPSVN www.artgallery.gov.my . Borang salinan pendua boleh digunakan.
2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan yang berkelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23cm x 30cm. Disudut sebelah kiri sampul hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon.

ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN
(a) Permohonan hendaklah disampaikan kepada;
Ketua Pengarah
Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara
No.2, Jalan Temerloh
Off Jalan Tun Razak
53200 Kuala Lumpur
(u.p: Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan))

Tarikh Tutup Permohonan : 18 Mac 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
#75
Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ)

Majlis Perbandaran Kajang ditubuhkan bagi mentadbir kawasan di sekitar Hulu Langat. Sebelum ini Hulu Langat ditadbir secara langsung oleh Pejabat Daerah Hulu Langat yang terletak di Bandar Baru Bangi. Misi MPKj ialah mewujudkan perbandaran yang selesa, selamat, maju dan aktif (SeSMA) kepada para pelanggan berteraskan budaya kerja Mesra, Cepat, Tepat, Mudah, Efisyen dan Efektif (MCT MEE).

MPK kini mempelawa individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1.PEMBANTU PENILAIAN – GRED W17
2.JURUTEKNIK PERANCANG – GRED J17
3.PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR & DESA – GRED J29
4.JURUTEKNIK SENIBINA – GRED J17
5.PENOLONG PEGAWAI SENIBINA – GRED J29
6.PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N27


Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan

[LOCK THE FOLLOWING PART]

(a) Borang permohonan boleh didapati secara terus di Kaunter Hasil, Tingkat 1,
Majlis Perbandaran Kajang, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
berharga RM 2.00 bagi setiap borang. Pembelian melalui pos hendaklah
menggunakan Wang Pos di atas nama Yang Dipertua, Majlis Perbandaran
Kajang berserta sampul surat saiz A4, beralamat sendiri dan bersetem
RM 1.00 atau dimuat turun dari laman web www.mpkj.gov.my.
(b) Borang permohonan hendaklah ditandatangani dan disertakan dengan
Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan yang
telah disahkan dan gambar berukuran pasport. Semua dokumen hendaklah
dikepilkan ( binding ) dengan kemas bagi megelakkan keciciran / kehilangan
dokumen. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri
atas sampul surat. BORANG PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP
DIISI / TIDAK MEMENUHI SYARAT AKAN DITOLAK. Satu borang adalah
untuk satu jawatan sahaja.

Alamat permohonan : Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih Off Jalan Semenyih
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Bahagian Sumber Manusia)

Tarikh Tutup Permohonan : 25 Mac 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
#76
Jawatan Kosong Di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Kuching telah dinaikkan status ke taraf Bandaraya tanggal 1 Ogos 1988 dan merupakan Bandaraya yang kedua di Malaysia selepas Kuala Lumpur ketika itu. Memandangkan Bandaraya Kuching mempunyai keluasan yang agak besar berbanding dengan bandaraya lain di Malaysia, maka pentadbirannya dibahagikan kepada dua kuasa pentadbiran iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Permohonan dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan mempunyai kelayakan untuk mengisi jawatan berikut :-

1. Juruaudit Gred W41
2. Jurutera Gred J41
3. Arkitek Gred J41


Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan

[LOCK THE FOLLOWING PART]

Calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat tersebut hendaklah menghantar permohonan dengan menulis surat yang mengandungi butir-butir peribadi, kelayakan akademik, pengalaman kerja dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) kepada:-

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Dewan Bandaraya Kuching Utara Tingkat 3, Bangunan DBKU Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya, 93050 Kuching

Pemohon daripada kakitangan kerajaan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dengan perkara berikut:- a) Laporan Sulit b) Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga (3) tahun terakhir c) Salinan Kenyataan Perkhidmatan.

Tarikh Tutup Permohonan : 20 Mac 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
#77
Jawatan Kosong Di Lembaga Tabung Haji (TH)

Sebagai sebuah badan yang berunsurkan korporat Tabung Haji amat peka dengan perkembangan dan perubahan yang melanda dunia di era 90an. Demi menjamin kesinambungan daya saingnya dalam era globalisasi satu kajian telah dibuat dalam tahun 1995 bagi meluaskan lagi skop dan peranan Tabung Haji. Dari itu, pada 1 Jun 1995 akta baru Tabung Haji iaitu Akta 535, Akta Lembaga Tabung Haji 1995 dikuatkuasakan yang memansuhkan akta lama dan nama Lembaga Urusan dan Tabung Haji digantikan dengan Lembaga Tabung Haji pada 28 Ogos 1997, dan serentak dengan itu huruf TH diperkenalkan sebagai singkatan nama menggantikan perkataan Tabung Haji.

Seiring dengan visi dan misi TH, permohonan adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan yang beragama Islam bagi mengisi jawatan yang ditawarkan seperti berikut:

1. POLIS BANTUAN TH (KONSTABEL) (KONTRAK) – Lelaki dan Wanita – Kekosongan di TH Heavy Engineering Limbungan Fabrikasi, Pulau Indah, Selangor

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan



[LOCK THE FOLLOWING PART]

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
i.Warganegara Malaysia yang beragama Islam;
ii.Berumur di antara 18 tahun hingga 45 tahun;
iii.Calon wanita yang bujang sahaja;
iv.Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Calon yang mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu; dan Lulus mata pelajaran Bahasa Ingggeris serta Matematik akan diberi keutamaan.
v.Mempunyai syarat-syarat ukuran badan dan pancaindera seperti berikut:-
a.Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita, tanpa sepatu;
b.Berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg (BMI normal antara 19 hingga 24);
c.Mempunyai ukuran lilitan dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (calon wanita dikecualikan daripada syarat ini);
d.Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; DAN
e.Pengecaman warna dan pendengaran sempurna serta sihat tubuh badan.

iv.Berpengetahuan mengenai perkara-perkara asas Fardhu Ain dengan baik dan berkemahiran membaca Al-Quran dengan lancar;
v.Bebas daripada sebarang rekod jenayah;
vi.Menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik dalam pertuturan dan penulisan;
vii.Keutamaan dan Kelebihan:-
 Calon daripada bekas polis dan tentera;
 Belum berkahwin bagi yang berumur 28 tahun dan ke bawah;
 Calon yang tinggal disekitar Pulau Indah, Kelang, Subang dan Shah Alam, Selangor adalah diberi keutamaan.

TEMU DUGA TERBUKA : 27 MAC 2013

Temu duga akan diadakan pada 27 Mac 2013 (Rabu), sila hadir ke alamat berikut:
TaHa D’ Kelana
Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
47301 PETALING JAYA
SELANGOR

Sila bawa bersama salinan asal dan fotokopi maklumat berikut:-
i.Satu (1) salinan Kad Pengenalan Malaysia (MyKad);
ii.Dokumen asal sijil-sijil akademik dan sijil penghargaan beserta salinan setiap satu;
iii.Satu (1) keping gambar terkini berukuran pasport; DAN
iv.Satu (1) salinan Resume yang lengkap.

Tarikh Tutup Permohonan : 27 Mac 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
#78
Jawatan Kosong Di Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK)

Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada 1 Julai 1963 bagi mengambil alih pentadbiran Pelabuhan Kelang daripada Keretapi Tanah Melayu.Sejajar dengan polisi kerajaan untuk menanam semangat pengurusan sektor swasta dalam pelbagai bidang yang dimiliki dan kawalan kerajaan di negara ini, maka penswastaan pertama kemudahan utama pelabuhan telah dilaksanakan di Pelabuhan Klang.

LEMBAGA PELABUHAN KELANG mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berdedikasi, bermotivasi tinggi, bertanggungjawab terhadap tugas dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:

I. Pegawai Skim Perkhidmatan Singkat (Contract For Service):

1. Pegawai Tadbir

II. Jawatan Tetap dan Kontrak (Contract of Service):

1. Penolong Pegawai Keselamatan


2. Pembantu Tadbir (Kewangan)



Cara Memohon Dan Tarikh Tutup Permohonan

[LOCK THE FOLLOWING PART]

Borang permohonan boleh diperolehi dari Jabatan Sumber Manusia, Lembaga Pelabuhan Kelang atau muat turun melalui laman web LPK di www.pka.gov.my. Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Ijazah, Diploma, Sijil-sijil Persekolahan, Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran dan lain-lain kelayakan yang berkaitan.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Pengurus Besar, Lembaga Pelabuhan Kelang, Beg Berkunci 202, Jalan Pelabuhan Utara, 42005 Pelabuhan Klang. [u.p: Pengurus (Sumber Manusia)]
Sila catitkan nama jawatan yang dipohon di tepi atas sampul surat permohonan.

Permohonan daripada pegawai/kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun hendaklah dimajukan melalui
Ketua Jabatan masing-masing.

Tarikh Tutup Permohonan : 22 Mac 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Joined
Dec 2, 2006
Messages
265
Likes
0
Points
16
Offline
#79
Jawatan Kosong Di Sekolah Pendidikan Profesional Dan Pendidikan Berterusan (UTMSPACE)

Sekolah Profesional dan Pendidikan Berterusan, Universiti Teknologi Malaysia atau lebih dikenali sebagai UTMSPACE telah bermula pada Julai 1993 dan telah ditubuhkan selaras dengan seruan kerajaan untuk meningkatkan bilangan ‘sumber manusia’ yang berkualiti di negara ini. UTMSPACE menyediakan laluan alternatif dalam bidang pendidikan untuk memberi peluang kepada mereka yang kurang berpeluang bersama-sama mengikuti sistem pendidikan arus perdana.

Sejajar dengan operasi organisasi yang semakin pesat berkembang dan imej UTMSPACE yang semakin dikenali di mata masyarakat, kami menjemput individu yang dinamik, inovatif serta mempunyai aspirasi yang tinggi untuk menyahut cabaran dalam bersama-sama merealisasikan Visi dan Misi UTMSPACE. Calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

1. Eksekutif Penerbitan

2. Jurugambar


Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan



[LOCK THE FOLLOWING PART]

Calon yang berminat, sila hantarkan surat permohonan beserta resume
anda kepada kami di alamat berikut:
Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (UTMSPACE)
Universiti Teknologi Malaysia,
34-50, Jalan Kebudayaan 1, Taman Universiti,
81300 Skudai, Johor Bahru, Johor
atau emelkan kepada : hr@utmspace.edu.my
Untuk pertanyaan, sila hubungi : 07-521 8129

Tarikh Tutup Permohonan : 22 Mac 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
 
Top