Jauhi Faktor Yang Menghalang Kejayaan

thoha

freshman
Joined
Jan 1, 2010
Messages
743
Points
16
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semua orang yang hidup pasti inginkan kejayaan dalam hidup mereka.
Tidak kira apa saja perkara yang mereka lakukan sudah tentu kita inginkan
kejayaan hidup dunia dan akhirat. Jika anda masih belajar sudah tentu anda
mahukan kejayaan dalam pelajaran anda. Bagi yang telah bekerja pasti ingin
berjaya dengan kerja yang dilakukan.

Kejayaan bukan hanya kepada dunia tapi kita juga pasti ingin kejayaan
akhirat untuk menikmati syurga Allah di hari akhirat kelak. Tidak salah
untuk mengejar kejayaan hidup di dunia, asalkan kita tidak sesekali melupakan
hari akhirat. Biar ianya selari di antara dunia dan juga akhirat. Barulah kita
akan menikmati kejayaan hidup yang sebenarnya.

Faktor kejayaan seseorang adalah datang dari diri sendiri. Kejayaan sebenar
adalah bermula dari sikap seseorang itu sendiri. Jika mereka mahu menjadi
orang yang berjaya, insyaAllah mereka pasti akan mengecapi kejayaan yang
diimpikan. Faktor yang menghalang kepada kejayaan seseorang juga disebabkan
oleh apa yang mereka lakukan. Di sini saya akan berkongsikan beberapa faktor
yang menghalang kepada kejayaan yang perlu kita elakkan.

1) Suka menyalahkan Orang Lain Atas Apa Yang Berlaku

Dalam setiap perkara yang dilakukan hendaklah kita bersabar dengan apa
yang berlaku. Jika kita masih belum berjaya mengecapi kejayaan seperti
yang kita impikan janganlah cepat berputus asa. Janganlah pula kita cuba
untuk menyalahkan orang lain di atas apa yang berlaku. Setiap yang berlaku
pasti ada hikmahnya. Perbuatan suka menyalahkan orang lain adalah sangat
tidak baik kerana cuba menyalahkan orang lain yang belum tentu salahnya.

Sebaliknya anda hendaklah selidiki kembali dalam mungkin terdapat kesalahan
dalam diri anda sendiri. Cuba cari mana silapnya. Terus perbaiki silap tersebut
jangan bertangguh lama-lama. Jika anda mampu mengubahnya pada masa
sekarang, insyaAllah anda akan dapat mengecapi kejayaan yang sangat-sangat
anda impikan pada masa akan datang.

2) Merendahkan Kemampuan Dan Keyakinan Diri Sendiri

Setiap orang mempunyai kelemahan masing-masing dalam diri. Itu sememangnya
sifat semulajadi manusia yang tidak sempurna. Tapi jangan jadikan kelemahan
dalam diri itu sebagai satu sebab untuk anda tidak berjaya. Jika anda hanya
memikirkan kelemahan diri tersebut ia akan merendahkan kemampuan diri anda
sendiri. Pada masa yang sama keyakinan dalam diri anda juga akan menjadi
lemah untuk terus berjaya.

Sikap terlalu merendahkan kemampuan diri perlu dielakkan kerana ia boleh
melamahkan semangat anda untuk terus berjaya. Apa yang perlu anda lakukan
adalah anda perlu terus berusaha sedaya upaya ke arah kejayaan yang anda
impikan. Jangan lekas berputus asa jika masih belum berjaya. Anda hendaklah
bertawakal kepada Allah setelah anda berusaha.

Sumber artikel: http://www.layarsukses.com/motivasi/jauhi-faktor-yang-menghalang-kejayaan/
 

abutalib

Senior
Joined
Dec 29, 2010
Messages
4,058
Points
0
Kita hanya berusaha & bertawakal...

Allah yang berhak memberikan rezeki kepada hamba-hambanya yang berusaha....
 
Joined
Jan 16, 2009
Messages
1,457
Points
38
Kejayaan bukan hanya kepada dunia tapi kita juga pasti ingin kejayaan
akhirat untuk menikmati syurga Allah di hari akhirat kelak. Tidak salah
untuk mengejar kejayaan hidup di dunia, asalkan kita tidak sesekali melupakan
hari akhirat. Biar ianya selari di antara dunia dan juga akhirat. Barulah kita
akan menikmati kejayaan hidup yang sebenarnya.

terima kasih dengan perkongsian ini :)
 

MJais

Newbie
Joined
Jan 25, 2011
Messages
144
Points
18
Berfikir selalu yang negatif pada sesuatu perkara, juga salah satu sebab penghalang kejayaan...dan kata Dr. Fadhilah Kamsah- Orang Sibuk Buat Duit, Kita Sibuk Cari Alasan...
 
Top