Luar Negara "Jangan tuding jari pada kami"- Indonesia 'Claim' Jerebu Di Malaysia Berpunca Dari Sarawak

Joined
Sep 12, 2019
Messages
10
Likes
0
Points
1
Age
27
Offline
#1
"Ada informasi yang dia tidak buka. Sebetulnya asap yang masuk ke Malaysia, ke Kuala Lumpur itu dari Sarawak kemudian dari Semenanjung Malaya dan juga mungkin sebagian dari Kalimantan Barat. Seharusnya pemerintah Malaysia objektif menjelaskannya,"
Itu kenyataan yang diberikan Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia, Siti Nurbaya bagi menafikan bahawa Indonesia bukan penyebab masalah jerebu yang menyelubungi Kuala Lumpur ketika ini.

Jerebu datang dari Sarawak bukan INDONESIA!

Siti Nurbaya menegaskan bahawa jerebu yang mencetuskan kebimbangan rakyat di negara ini adalah datang dari Sarawak, lapor Astro Awani.


Sumber: klxpress

Menteri itu secara tegas juga meminta kerajaan Malaysia supaya bersikap objektif dan tidak hanya menuding jari kepada Indonesia..eh! pulak dah, macam mana ni.

Bukan itu sahaja, Siti Nurbaya juga pada masa sama mempersoalkan tindakan kerajaan Singapura yang turut mendakwa jerebu yang melanda negara itu berpunca dari Riau.

"Tidak benar ada asap dari Riau nyeberang ke Singapura..."

Dia sekeras-kerasnya menafikan perkara tersebut kerana titip api di Riau menunjukkan penurunan.

"Tidak benar, ada (asap) dari Riau nyeberang ke Singapura. Titik api di Riau sudah turun. Kita punya 46 helikopter yang bekerja di lapangan,"


Sumber: Utusan

Ujarnya masalah asap lintas negara (trans boundary haze) juga sudah tidak lagi berlaku.

"Puncak asap tertinggi terjadi pada 8 September pagi, tapi hanya terjadi satu jam kerana angin bergerak ke arah Barat Laut.

"Dari Kalimantan dan Sarawak, Kalimantan Barat, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Jadi jangan bilang hanya dari Indonesia,"

Berita penuh boleh baca kat sini https://lobakmerah.com/jangan-tudin...aim-jerebu-di-malaysia-berpunca-dari-sarawak/
 

Attachments

Top