[JANGAN SILAP LAGI!!] Tips Penting Untuk Letak Nama Perniagaan Korang

Shamsul Amry

freshman
Joined
Jan 10, 2010
Messages
94
Points
6
belum daftar lagi sebab pendapatan belum betul2 kosisten lagi..
tp dah bercadang mahu daftarkan..

antara najmi ahmad network dan
najmi ahmad sdn bhd..

mana lagi oke?? ;)

Sdn Bhd hanya boleh guna untuk syarikat. Syarikat nak daftar kos dia mahal.
Yang daftar murah ialah perniagaan, RM60 setahun.
 

apes

Senior
Joined
Apr 7, 2008
Messages
290
Points
18
bagaimana agaknya hendak mencari idea bagi mencipta nama syarikat ?? suka tgk brand yg power2 , nama besa jer. Contoh macam sony , bmw , celcom , maxis , nestle sume tue....

A'ah, aku pun dah pening dok fikir nama-nama yang best2.. Takde ke tools atau apa-apa yang boleh membantu..
 
Joined
May 2, 2011
Messages
745
Points
0
dah blast thread ni kat fb aku......
moga2 ramai dapat manfaatnya......... hihi :)
 

shazrulnaim

freshman
Joined
Apr 18, 2011
Messages
37
Points
0
tq TT ~ tgah merancang jgak nak gi daftar syarikat ~ tapi dok pikir sampai arini x dapat nak letak nama ape ~ hehe
 

arifammar

freshman
Joined
Jun 8, 2010
Messages
92
Points
0
saya dah register semalam di ssm putra palace, prosesnya mudah je cuma nak kena sabar menunggu skit sbb ramai orang

untuk enterprise, solutions dan resources caj RM70 (rm10 carian nama, rm60 pendaftaran)
 

spycat

freshman
Joined
Feb 11, 2009
Messages
918
Points
16
Age
32
kalau takde perniagaan tapi nak register nama macam mana pulak ye?
boleh ke nak daftar jugak lepas tu dekat belakang tulis Sdn bhd.. padahal takde apa2 bisnes pun
 

shazwi

freshman
Joined
Jun 1, 2008
Messages
515
Points
16
lepas buat syarikat mesti nak buat akaun syarikat kan lepas tu (bagi yang betul2 serius)...

so macam mana nak buat akaun syarikat?
dengar cite kena ada referrer baru boleh buat.betul ke?ada sapa2 boleh share tak...

TQ
 

rexoxo

freshman
Joined
Nov 1, 2009
Messages
477
Points
0
ada sesiapa boleh guide tak macam mna nak daftar?

nanti ada kena income tax ke?
 

abutalib

Senior
Joined
Dec 29, 2010
Messages
4,058
Points
0
Terima kasih atas info yang dikongsikan...Bila lah nak daftar syarikat...hehehehe :D
 

wantech

freshman
Joined
Nov 27, 2010
Messages
27
Points
0
Peh walaupun thread ni da usia setahun...
Tapi tips dia masih releven...
Syabas dan thanks to TT
 

Siti Suzana

freshman
Joined
Jan 13, 2021
Messages
1
Points
1
Age
29
betul tu bro fizi.sy mula2 daftar company sy 4 tahun lepas, namanya WANTED GALAXY..sebenarnya nk bg nama WAN GALAXY..tp masa tu pk pun mcm budak2 lg, nk bunyi ganas tambah TED kat ujung nama..jadi macam WANTED..haha

tapi efeknya sekarang, bila saya bagitau nama cmpany, orang dgr dh lain macam..haha..dulu masa bg nama xpernah terpikir pasal kredibiliti n so on..

sekarang sy daftar 1 lg cmpany, IHI Creative & Design..bunyi cm gempak le sikit..hehe..(itupon lama dok pikir tu)lebih fokus kepada servis design..

memang diakui nak bg nama cmpany yg baik memanglah penting..



ps:nk tanya boleh tukar nama cmpany tak?kalau boleh berapa cajnya?:)
[/QUOT
Post automatically merged:

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ini saya nak kongsikan satu tips penting khas untuk usahawan yang baru sahaja nak mendaftarkan perniagaan mereka...

Kepada yang dah daftar company, tiada masalah.. boleh baca jugak post ni.. mungkin berguna jika anda nak bukak 1 company lagi..

Tips ini adalah dari pengalaman saya sendiri yang sudah mendaftarkan perniagaan saya sejak tahun 2008 lagi.

Sekarang saya sedar saya telah melakukan kesalahan dalam meletakkan nama perniagaan.. Kini saya ingin kongsikan kepada anda supaya anda tidak melakukan kesalahan seperti saya dulu...

Nama perniagaan saya ialah IDEA MASTER ENTERPRISE.

Ce teka ce teka, apa kesalahan nama company saya itu?

Baiklah, sebelum saya berikan jawapannya. Saya nak bercerita sedikit mengenai nama perniagaan ini.

Tahukah korang apa pentingnya memberikan nama perniagaan yang betul?

Jawapan : KREDIBILITI.


Kredibiliti tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.. tapi ianya boleh diwujudkan sekiranya anda bertindak dengan betul...
Melalui nama perniagaan, anda dapat membina kredibiliti perniagaan anda dari pandangan mata pelanggan anda.

Nama perniagaan melambangkan produk / servis yang anda tawarkan, ATAU melambangkan identiti anda sendiri..


Cuba letakkan nama perniagaan yang memboleh orang akan sebut "Wow!" lepas baca nama company anda... Baru anda pun boleh kembang hidung skali... hehehe..

Baiklah, berbalik kesalahan utama nama perniagaan saya tadi.

IDEA MASTER ENTERPRISE.

Sudah jumpa jawapannya?

Kalau belum, saya berikan jawapan untuk anda...

Jawapan: Sebab ada perkataan "Enterprise" kat belakangnya...

Aikk? Kenapa salah plak yer? Macam takde masalah jer..


Ok2...

Secara umumnya tidak salah... sebab SSM pun dah luluskannya dah pun...
Cuma, berdasarkan pengalaman saya, perkataan "Enterprise" tu menyebabkan perniagaan anda nampak macam kecik saja...

Cuba anda tukar kepada perkataan emas yang lain seperti "SOLUTIONS", "RESOURCES", "PERNIAGAAN", "NETWORK", "SUPPLIES", "MARKETING" atau "BUSINESS"

ataupun nak bagi sedap lagi, letak perkataan "global" ataupun "world".

Sebagai contoh, "IDEA MASTER GLOBAL NETWORK"

ataupun "IDEA MASTER BUSINESS SOLUTIONS"

Haaa.. kan nampak macam gah nama company tu...:D

Sebenarnya tips ini khas untuk perniagaan jenis milikan tunggal saja.. sebab kalau anda dah daftar SDN BHD, dah tak perlu risau sebab memang nampak dah cukup besar dah...

Tambahan tips lagi, kalau boleh, jangan letak nama perniagaan yang susah untuk orang baca dan sebut. Sebagai contoh, "Schwarzalbenheim-one Enterprise"

haaa..kan susah orang nak sebut atau nak eja tu... Nama yang senang nak sebut atau nak eja akan menyenangkan customer anda nak tulis kat Cek nanti.. takde la dia silap nak kena tulis banyak-banyak kali...


Itu sahaja tips ringkas dari saya... sekiranya anda suka dengan thread ni, jangan lupa tinggalkan komen ya... Sebarang tambahan tips sangatlah dialu-alukan... ;)

Salam bisnes dari,


HAFIZI ZAIN
www.hafizizain.com

p/s: Insya-Allah Idea Master Enterprise akan berkembang lagi ke Sendirian Berhad pada tahun ini... ;)

Good info untuk kami yg baru nk mendaftar perniagaan. Thank you
 

Najwa_

freshman
Joined
Oct 6, 2021
Messages
1
Points
1
Age
31
Kalau saya kan.. siapa boleh bantu?? Nak letak apa kt belakng tu ye " NAJWA LEGACY ................."??
 
Top