Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Ini saya nak kongsikan satu tips penting khas untuk usahawan yang baru sahaja nak mendaftarkan perniagaan mereka...
Kepada yang dah daftar company, tiada masalah.. boleh baca jugak post ni.. mungkin berguna jika anda nak bukak 1 company lagi..
Tips ini adalah dari pengalaman saya sendiri yang sudah mendaftarkan perniagaan saya sejak tahun 2008 lagi.
Sekarang saya sedar saya telah melakukan kesalahan dalam meletakkan nama perniagaan.. Kini saya ingin kongsikan kepada anda supaya anda tidak melakukan kesalahan seperti saya dulu...
Nama perniagaan saya ialah
IDEA MASTER ENTERPRISE.
Ce teka ce teka, apa kesalahan nama company saya itu?
Baiklah, sebelum saya berikan jawapannya. Saya nak bercerita sedikit mengenai nama perniagaan ini.
Tahukah korang apa pentingnya memberikan nama perniagaan yang betul?
Jawapan :
KREDIBILITI.
Kredibiliti tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.. tapi ianya boleh diwujudkan sekiranya anda bertindak dengan betul...
Melalui nama perniagaan, anda dapat membina kredibiliti perniagaan anda dari pandangan mata pelanggan anda.
Nama perniagaan melambangkan produk / servis yang anda tawarkan, ATAU melambangkan identiti anda sendiri..
Cuba letakkan nama perniagaan yang memboleh orang akan sebut "Wow!" lepas baca nama company anda... Baru anda pun boleh kembang hidung skali... hehehe..
Baiklah, berbalik kesalahan utama nama perniagaan saya tadi.
IDEA MASTER ENTERPRISE.
Sudah jumpa jawapannya?
Kalau belum, saya berikan jawapan untuk anda...
Jawapan: Sebab ada perkataan "Enterprise" kat belakangnya...
Aikk? Kenapa salah plak yer? Macam takde masalah jer..
Ok2...
Secara umumnya tidak salah... sebab SSM pun dah luluskannya dah pun...
Cuma, berdasarkan pengalaman saya, perkataan "Enterprise" tu menyebabkan perniagaan anda nampak macam kecik saja...
Cuba anda tukar kepada perkataan emas yang lain seperti "SOLUTIONS", "RESOURCES", "PERNIAGAAN", "NETWORK", "SUPPLIES", "MARKETING" atau "BUSINESS"
ataupun nak bagi sedap lagi, letak perkataan "global" ataupun "world".
Sebagai contoh, "IDEA MASTER GLOBAL NETWORK"
ataupun "IDEA MASTER BUSINESS SOLUTIONS"
Haaa.. kan nampak macam gah nama company tu...
Sebenarnya tips ini khas untuk perniagaan jenis milikan tunggal saja.. sebab kalau anda dah daftar SDN BHD, dah tak perlu risau sebab memang nampak dah cukup besar dah...
Tambahan tips lagi, kalau boleh, jangan letak nama perniagaan yang susah untuk orang baca dan sebut. Sebagai contoh, "Schwarzalbenheim-one Enterprise"
haaa..kan susah orang nak sebut atau nak eja tu... Nama yang senang nak sebut atau nak eja akan menyenangkan customer anda nak tulis kat Cek nanti.. takde la dia silap nak kena tulis banyak-banyak kali...
Itu sahaja tips ringkas dari saya... sekiranya anda suka dengan thread ni, jangan lupa tinggalkan komen ya... Sebarang tambahan tips sangatlah dialu-alukan...
Salam bisnes dari,
HAFIZI ZAIN
www.hafizizain.com
p/s: Insya-Allah Idea Master Enterprise akan berkembang lagi ke Sendirian Berhad pada tahun ini...